Sa'ad bin Abi Waqas
melaporkan bahawa Nabi Muhammad berkata, "Apakah ada seseorang dalam
kalangan kalian yang penat melakukan 1000 kebaikan tiap-tiap hari?" Ada orang
bertanya dari tempat duduknya, "Bagaimanakah kami dapat melakukan 1000 kebaikan?" Nabi Muhammad berkata, "Bertasbih seratus kali, dicatatkan seribu kebaikan." -- Hadith ini direkodkan dalam Sahih Muslim
Nota: Tasbih = subhanallah
Nota: Tasbih = subhanallah
Dalam hadith itu Nabi Muhammad mendorong hadirin supaya suka bertasbih setiap hari.
Kepada hadirin beliau bertanya: "Apakah ada seseorang dalam
kalangan kalian yang penat melakukan 1000 kebaikan tiap-tiap hari?"
Pertanyaan itu menyebabkan seorang bertanya bagi pihak semua hadirin: "Bagaimanakah kami dapat melakukan 1000 kebaikan?" Kata-kata ini menunjukkan hadirin yang mendengar terdorong mahu melakukan 1000 kebaikan setiap hari.
Barulah kemudian Nabi Muhammad menerangkan perkara baik yang membolehkan mereka melakukan 1000 kebaikan setiap hari. Kata beliau: "Bertasbih seratus kali, dicatatkan seribu kebaikan."
Teknik yang beliau gunakan adalah:
1. Sebut dahulu ganjaran perbuatan baik itu.
2. Gunakan ayat tanya.
3. Kemudian baru terangkan apa pekerjaan yang digalakkan.
.