Kritik: Idea yang Ditolak pun Tidak Dikritik oleh Nabi Muhammad

Aktiviti kritik mengkritik adalah tidak produktif, yakni kritikan tidak menghasilkan idea-idea baru yang original dan yang lebih baik dibandingkan dengan idea yang dikritik itu.

Bagi menerangkan prinsip ini, katakanlah kita mengkritik pelbagai kelemahan kereta yang berteknologi lembu, yakni kereta lembu. Dengan mengkritik kereta lembu kita dapat memperbaiki kereta lembu itu, dan menghasilkan kereta lembu yang lebih baik. Namun, kritikan-kritikan terhadap kereta lembu itu tidak menghasilkan idea kereta berteknologi piston, kerana idea piston bukan dicipta dengan memperbaiki kelemahan lembu.

Nabi Muhammad pernah menolak idea-idea yang dikemukakan kepada beliau. Meskipun idea-idea itu ditolak, beliau sama sekali tidak mengkritik idea-idea itu. Beliau tidak menerangkan kelemahan dan kesilapan idea-idea yang ditolaknya. Beliau diam sahaja, yakni beliau tidak mendedahkan kepada pengetahuan orang-orang lain alasan beliau menolak idea-idea itu.


Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar melaporkan, semasa orang-orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah, mereka semua berkumpul sementara menunggu masuknya waktu sembahyang. Pada masa itu belum ada apa-apa cara memanggil orang supaya bersembahyang. Disebabkan keadaan itu, pada suatu hari mereka berbincang berkenaan perkara tersebut. Ada antara mereka yang berkata, “Gunakan loceng macam orang-orang Kristian.” Ada pula yang berkata, “Gunakan trompet daripada tanduk, macam orang-orang Yahudi.” Lalu Umar berkata, “Bagaimana kalau saudara-saudara suruh seorang lelaki supaya melaungkan panggilan sembahyang?” Nabi Muhammad pun berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkan panggilan sembahyang.”
--
Hadith No. 190 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Dalam amalan lazim, kegiatan mengkritik idea orang lain menjadi aktiviti yang popular di kalangan golongan pandai, kerana melainkan kita pandai kita tidak berupaya mengkritik idea-idea orang lain dengan mengemukakan hujah dan dalil yang persuasif. Ini kerana kemahiran mengkritik hanya dapat dilakukan apabila kita mahir berfikir secara kritikal di mana kita perlu menerangkan semua yang salah dan tidak betul yang ada pada idea-idea orang itu. Namun, selepas mengeluarkan pelbagai hujah dan alasan, sang pengkritik tidak juga dapat mengemukakan idea-idea original yang lebih baik (setaraf dengan idea piston).


Lagi Bukti Bagaimana Nabi Muhammad Mengurus Risiko Sosial

Risiko sosial adalah risiko mendapat malu dan jatuh martabat di khalayak ramai.

Dalam rekod-rekod sejarah terdapat banyak catatan yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad menguruskan risiko sosial.

Salah satu catatan itu adalah hadith di bawah ini:


Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar melaporkan, semasa orang-orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah, mereka semua berkumpul sementara menunggu masuknya waktu sembahyang. Pada masa itu belum ada apa-apa cara memanggil orang supaya bersembahyang. Disebabkan keadaan itu, pada suatu hari mereka berbincang berkenaan perkara tersebut. Ada antara mereka yang berkata, “Gunakan loceng macam orang-orang Kristian.” Ada pula yang berkata, “Gunakan trompet daripada tanduk, macam orang-orang Yahudi.” Lalu Umar berkata, “Bagaimana kalau saudara-saudara suruh seorang lelaki supaya melaungkan panggilan sembahyang?” Nabi Muhammad pun berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkan panggilan sembahyang.”
--
Hadith No. 190 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Dalam peristiwa di atas, ada 3 orang yang masing-masing mengemukakan cadangan idea:

(i) Idea menggunakan loceng.
(ii) Idea menggunakan trompet.
(iii) Idea menggunakan suara laungan.

Nabi Muhammad Muhammad menolak idea loceng dan trompet. Beliau tidak memberi apa-apa komen terhadap 2 idea yang ditolak itu, yakni beliau tidak menerangkan kelemahan-kelemahan idea-idea itu.

Beliau menerima idea suara laungan, namun beliau juga tidak menerangkan alasan mengapa beliau menerima idea itu.


Nabi Muhammad Sebagai Pengerusi Sesi Brainstorming

Nabi Muhammad adalah seorang ketua kerja yang banyak mengadakan sesi menyuarat, diskusi dan brainstorming, khususnya apabila beliau memerlukan idea-idea kreatif.

Dalam rekod sejarah, terdapat banyak catatan yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad mengendalikan sesi brainstorming. Salah satu catatan itu adalah hadith di bawah ini:


Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar melaporkan, semasa orang-orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah, mereka semua berkumpul sementara menunggu masuknya waktu sembahyang. Pada masa itu belum ada apa-apa cara memanggil orang supaya bersembahyang. Disebabkan keadaan itu, pada suatu hari mereka berbincang berkenaan perkara tersebut. Ada antara mereka yang berkata, “Gunakan loceng macam orang-orang Kristian.” Ada pula yang berkata, “Gunakan trompet daripada tanduk, macam orang-orang Yahudi.” Lalu Umar berkata, “Bagaimana kalau saudara-saudara suruh seorang lelaki supaya melaungkan panggilan sembahyang?” Nabi Muhammad pun berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkan panggilan sembahyang.”
--
Hadith No. 190 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Dalam peristiwa di atas, sepanjang-panjang masa anak buahnya sedang mengemukakan idea dan cadangan, Nabi Muhammad diam membisu. Beliau tidak mengemukakan sebarang komen ataupun ulasan berkenaan idea-idea yang dikemukakan, yakni beliau hanya mendengar dan menilai dalam diam sahaja setiap idea itu.

Kemudian, pada akhir sesi
brainstorming, barulah Nabi Muhammad bercakap bagi memberitahu (i) idea mana yang beliau pilih, dan (ii) nama orang yang beliau pilih bagi melaksanakan idea itu.

Beliau tidak memberitahu alasan di sebalik idea yang ditolak ataupun idea diterima. Beliau juga tidak memberitahu alasan beliau melantik Bilal bagi melaksanakan idea itu.


Contoh Lembaran Aktiviti yang Digunakan dalam Kursus Hadith Psikologi


Dalam pengajaran hadith cara tradisional, hadith diajarkan menggunakan (a) membaca kitab dan (b) berkuliah.

Kelemahan cara mengajar hadith dengan berkuliah:

1. Berkuliah adalah cara belajar yang pasif dan 'ustaz-centered' di mana ustaz sahaja yang aktif bercakap manakala peserta pasif mendengar.

Mengajar ilmu hadith menggunakan kuliah adalah ibarat orang menuangkan air dari dalam cerek ke dalam gelas kosong. Namun, otak peserta bengkel adalah gelas yang tidak kosong kerana mereka adalah orang dewasa yang mempunyai banyak maklumat dalam memori mereka.

Sepanjang tempoh ustaz berkuliah, peserta kursus tidak berpeluang menggunakan secara aktif kepintaran, pengalaman dan informasi yang ada dalam memori mereka sebagai alat bantu belajar.

Kelebihan cara berkuliah adalah sesiapa sahaja boleh berkuliah, oleh itu banyak ustaz dapat menjalankan kerja-kerja mengajarkan hadith. Kerja ustaz adalah sangat mudah. Hampir tiada persiapan diperlukan bagi menyampaikan kuliah.

Dengan menggunakan teknologi peta informasi (information mapping) peserta belajar secara aktif. Cara ini adalah 'trainee-centred'. Menggunakan IM, proses trainee belajar menjadi mudah.

Kelemahan cara IM ini adalah sebelum data hadith dapat disampaikan dengan cara yang memudahkan trainee belajar, trainer memerlukan ilmu-ilmu bantu selain ilmu hadith bagi memproses data-data dalam hadith dan me-representasi-kan maklumat itu ke dalam bentuk peta-peta informasi. Kerja ustaz menjadi susah!

.