Lagi Bukti Bagaimana Nabi Muhammad Mengurus Risiko Sosial

Risiko sosial adalah risiko mendapat malu dan jatuh martabat di khalayak ramai.

Dalam rekod-rekod sejarah terdapat banyak catatan yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad menguruskan risiko sosial.

Salah satu catatan itu adalah hadith di bawah ini:


Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar melaporkan, semasa orang-orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah, mereka semua berkumpul sementara menunggu masuknya waktu sembahyang. Pada masa itu belum ada apa-apa cara memanggil orang supaya bersembahyang. Disebabkan keadaan itu, pada suatu hari mereka berbincang berkenaan perkara tersebut. Ada antara mereka yang berkata, “Gunakan loceng macam orang-orang Kristian.” Ada pula yang berkata, “Gunakan trompet daripada tanduk, macam orang-orang Yahudi.” Lalu Umar berkata, “Bagaimana kalau saudara-saudara suruh seorang lelaki supaya melaungkan panggilan sembahyang?” Nabi Muhammad pun berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkan panggilan sembahyang.”
--
Hadith No. 190 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Dalam peristiwa di atas, ada 3 orang yang masing-masing mengemukakan cadangan idea:

(i) Idea menggunakan loceng.
(ii) Idea menggunakan trompet.
(iii) Idea menggunakan suara laungan.

Nabi Muhammad Muhammad menolak idea loceng dan trompet. Beliau tidak memberi apa-apa komen terhadap 2 idea yang ditolak itu, yakni beliau tidak menerangkan kelemahan-kelemahan idea-idea itu.

Beliau menerima idea suara laungan, namun beliau juga tidak menerangkan alasan mengapa beliau menerima idea itu.


Tiada ulasan: