Nabi Muhammad sebagai Pemimpin Kuku Besi

Nabi Muhammad adalah seorang pemimpin politik. Beliau berjaya menubuhkan sebuah negara berperlembagaan dengan pusat pentadbirannya di kota Madinah.

Antara hadith yang menunjukkan kepintaran Nabi Muhammad sebagai pemimpin politik adalah hadith di bawah ini:

"Jikalau saudara-saudara mengkritik kepimpinan Usamah bin Zaid, bermakna saudara-saudara mengkritik kepimpinan ayahnya, Zaid bin Harithah. Demi Allah, dia selayaknya memegang kepimpinan pasukan ini. Demi Allah, dia adalah seorang yang paling saya kasihi. Demi Allah, dia selayaknya memegang kepimpinan pasukan ini. Demi Allah, dia seorang yang paling saya kasihi selepas ayahnya. Oleh kerana itu saya berpesan kepada saudara-saudara, sesungguhnya dia adalah antara orang-orang saleh di kalangan saudara-saudara." - Hadith No. 1681 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Latar belakang kepada hadith di atas adalah: Nabi Muhammad melantik Usamah bin Zaid sebagai panglima perang, sedangkan beliau baru berusia 17 tahun. Hal ini tidak disokong oleh banyak pengikut Nabi Muhammad yang lebih senior daripada Usamah, baik dari segi usia mahupun dari segi pengalaman berperang.

Dalam hadith di atas Nabi Muhammad menjawab kritikan mereka dengan mempertahankan keputusan itu. Taktik Nabi Muhammad yang dapat digali daripada hadith di atas adalah:

Apabila dikritik, Nabi Muhammad tidak menarik balik keputusannya. Beliau mempertahankan keputusannya melantik Usamah bin Zaid. Dalam mempertahankan keputusannya, beliau mengatakan Usamah adalah sangat layak menjadi panglima tentera, itu sahaja. Beliau tidak pula menerangkan apa kriteria yang menjadi asas beliau memilih Usamah.

Dalam amalan lazim, apabila keputusan ketua ditentang oleh anak-anak buahnya, ketua akan memberi penerangan panjang lebar berkenaan hujah dan rasional di sebalik keputusan yang dibuatnya itu. Dia akan menggunakan ayat-ayat "Oleh sebab...." dan "Kerana...." Namun hal ini tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad.

Sampai hari ini tidak ada sesiapa yang tahu apa sebenarnya alasan beliau melantik Usamah bin Zaid. Jika ada orang yang mengemukakan alasan, hal itu hanyalah sangkaannya sahaja.

Dalam bahasa hari ini, taktik begitu dikatakan sebagai taktik seorang diktator, seorang pemimpin kuku besi.

Namun, dari hadith ini dapat disimpulkan bahawa Nabi Muhammad menunjukkan kepada kita dua prinsip kepimpinan:

1. Ada masanya pemimpin perlu memimpin dengan secara kuku besi.
2. Ada masanya pemimpin jangan menerangkan kriteria keputusan yang diambilnya.


Sebagai Ketua: Teknik Nabi Muhammad Mempertahankan Keputusannya

Nabi Muhammad adalah seorang ketua. Pada suatu masa Nabi Muhammad melantik Usamah bin Zaid sebagai ketua panglima perang tentera Islam. Usamah seorang yang sangat muda usianya, dan sangat junior dalam ilmu peperangan.

Dalam mempertahankan keputusannya melantik Usamah bin Zaid itu, beliau berkata kepada semua anak buahnya:

"Jikalau saudara-saudara mengkritik kepimpinan Usamah bin Zaid, bermakna saudara-saudara mengkritik kepimpinan ayahnya, Zaid bin Harithah. Demi Allah, dia selayaknya memegang kepimpinan pasukan ini. Demi Allah, dia adalah seorang yang paling saya kasihi. Demi Allah, dia selayaknya memegang kepimpinan pasukan ini. Demi Allah, dia seorang yang paling saya kasihi selepas ayahnya. Oleh kerana itu saya berpesan kepada saudara-saudara, sesungguhnya dia adalah antara orang-orang saleh di kalangan saudara-saudara." - Hadith No. 1681 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Daripada kata-kata Nabi Muhammad itu, beberapa teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad:

1. Beliau menggunakan perkataan 'jikalau' dalam ayat
"Jikalau saudara-saudara mengkritik kepimpinan Usamah bin Zaid...." Perkataan 'jikalau' itu menyebabkan beliau dipersepsi sebagai tidak menuduh mana-mana pihak dengan tuduhan yang tepat.

2. Beliau tidak menegur sikap dan perbuatan golongan yang mengkritik pelantikan Usamah, yakni Nabi Muhammad tidak mengatakan apa yang mereka lakukan itu adalah melawan ketua dan salah besar.

3. Beliau mengatakan Usamah layak menjadi pemimpin, tetapi beliau tidak menerangkan satu persatu ciri-ciri yang ada pada diri Usamah yang melayakkan dia menjadi pemimpin.

4. Beliau empat kali bersumpah, "Demi Allah,..."

5. Beliau memuji kepimpinan ayah Usamah, Zaid bin Harithah.

6. Beliau mengistiharkan kasih beliau kepada Zaid dan Usamah.

7. Beliau dua kali mengulang kenyataan "
Demi Allah, dia selayaknya memegang kepimpinan pasukan ini."

8. Beliau menamatkan ucapan dengan mengatakan bahawa Usamah adalah orang yang saleh sebagaimana mereka semua adalah orang-orang yang saleh.


Sebagai Motivator: Nabi Muhammad Memberi Harapan Masuk Syurga

Sebagai seorang ketua, Nabi Muhammad juga seorang motivator yang sangat mahir menggunakan strategi linguistik bagi mendorong orang supaya mahu menjadi orang yang lebih baik.

Banyak catatan dalam rekod sejarah yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad bercakap, di mana kata-kata yang diucapkannya mendorong orang yang mendengar mahu berubah dan menjadi orang yang lebih baik daripada keadaan mereka waktu itu.

Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi Muhammad pernah berkata, "Sebanyak 70 ribu orang dari kalangan pengikutku akan masuk syurga tanpa dihisab. Wajah mereka bercahaya-cahaya laksana bulan purnama." Lalu Ukasyah bin Mihson al-Asadi bangun sambil meletakkan selimut ke badannya dia berkata, "Wahai Rasul Allah, doakanlah kepada Allah supaya saya dimasukkan ke dalam golongan mereka." Lalu Rasulullah berdoa, "Ya Allah, masukkanlah dia dalam golongan mereka." Lalu bangun seorang penduduk asal kota Madinah dan dia berkata, "Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah supaya saya dimasukkan dalam golongan mereka." Rasulullah berkata, "Saudara sudah mendahului Ukasyah." -- Peristiwa ini ada dalam rekod hadith-hadith autentik dalam koleksi Bukhari dan koleksi Muslim.


Dalam peristiwa itu ada beberapa perkara yang menarik diberi perhatian:

1. Jumlah semua orang yang ada di hadapan Nabi Muhammad tidak sampai 70 ribu orang. Namun beliau memberitahu mereka jumlah 70 ribu akan terus masuk syurga.

2. Beliau tidak mengatakan mereka yang ada bersama beliau semuanya termasuk dalam angka 70 ribu itu.

3. Beliau tidak menerangkan kriteria yang melayakkan 70 ribu orang itu masuk syurga tanpa dihisab.

.

Sebagai Motivator: Nabi Muhammad Menggunakan Kriteria Positif bagi Mencapai Target Positif

Nabi Muhammad adalah seorang ketua. Salah satu tugas ketua adalah memberi target yang mesti dicapai oleh anak-anak buahnya. Selepas memberikan target, ketua memberikan pula langkah-langkah bagaimana target itu dapat dicapai.

Dalam rekod sejarah ada catatan yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad menetapkan target dan kemudian teknik yang beliau gunakan bagi mendorong anak-anak buahnya supaya melaksanakan tugas mencapai target itu.

Abu Hurairah adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad. Beliau melaporkan bahawa Nabi Muhammad pernah berkata, "Demi jiwaku yang berada di tanganNya, saudara-saudara semua tidak akan masuk Syurga sehingga
saudara-saudara semua beriman. Saudara-saudara semua tidak beriman sehingga saudara-saudara semua saling kasih mengasihi. Mahukah saudara-saudara saya terangkan perbuatan yang apabila saudara-saudara semua lakukan maka saudara-saudara akan saling kasih mengasihi? Ucapkanlah salam sesama saudara-saudara." -- Hadith ini direkodkan oleh Muslim dan Abu Daud.

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad menggunakan apa yang disebut strategi positif. Analisis strategi positif beliau adalah seperti di bawah:

Target positif: Masuk syurga
Kriteria positif masuk syurga: Beriman
Kriteria
positif beriman: Kasih mengasihi
Kriteria
positif kasih mengasihi: Mengucapkan salam

Strategi positif Nabi Muhammad itu dapat dibandingkan dengan strategi negatif yang lazim digunakan dalam masyarakat:

Target negatif: Tidak masuk neraka
Kriteria negatif masuk neraka: Tidak beriman
Kriteria negatif tidak
beriman: Tidak kasih mengasihi
Kriteria
negatif tidak kasih mengasihi: Tidak mengucapkan salam