Sebagai Ketua: Bagaimana Nabi Muhammad Memberikan Dorongan Peningkatan Kualiti Kerja Anak-Anak Buahnya

Nabi Muhammad adalah seorang ketua. Beliau juga seorang motivator dan pendorong perubahan tingkah laku.

Salah satu fungsi ketua adalah menjadi motivator kepada anak-anak buahnya dengan memberikan dorongan supaya mereka secara sukarela meningkatkan kualiti kerja mereka.

Dalam amalan lazim, ketua-ketua yang mahu memotivasi anak-anak buahnya supaya meningkatkan kualiti kerja mereka cenderung mengkritik dengan bercakap panjang lebar menerangkan cara kerja anak-anak buahnya yang silap, salah, lemah dan oleh itu perlu diperbaiki.

Amalan lazim begini juga dilakukan oleh guru-guru, ibu bapa, pendakwah dan juga motivator amatur di mana fokus diberikan kepada aktiviti memberi dengan penerangan panjang lebar tentang pelbagai kesilapan dan kesalahan. Ini dilakukan atas keyakinan bahawa dengan memberikan penerangan negatif itu mereka akan terdorong memperbaiki kesilapan dan kelemahan mereka.

Ada sebuah catatan sejarah yang menunjukkan prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi mendorong orang supaya memperbaiki kualiti kerja mereka.

Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad
.
Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” --
Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi

Catatan di atas menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad menunjukkan kepada anak-anak buahnya yang diberikan dorongan itu 3 model kualiti kerja:

a. Kualiti kerja minimum -- setakat boleh diterima
b. Kualiti kerja sederhana -- baik
c. Kualiti kerja maksimum -- cemerlang

Dalam peristiwa di atas, apabila mendorong anak-anak buahnya supaya meningkatkan kualiti kerja mereka, Nabi Muhammad melakukan perkara-perkara berikut:

1. Tidak menerangkan kriteria yang digunakan bagi menetapkan markah yang diberikan.

2. Tidak menerangkan ciri-ciri yang membezakan antara amalan yang diberi markah rendah, sederhana dan tinggi.

3. Tidak menunjukkan contoh cara kerja yang silap dan salah.


Sebagai Trainer: Nabi Muhammad tidak Menunjukkan Model Kerja yang Salah

Nabi Muhammad adalah seorang pendorong perubahan tingkah laku. Di bawah pengaruh Nabi Muhammad, banyak orang yang buruk tingkah lakunya telah berubah menjadi orang-orang yang sangat baik.

Dalam amalan lazim, apabila kita hendak mendorong orang supaya memperbaiki kualiti kerja mereka, kita bukannya menunjukkan contoh-contoh yang baik, sebaliknya tunjukkan contoh-contoh yang buruk seperti sikap yang salah, akhlak yang salah, nilai yang salah, cara kerja yang salah, perbuatan yang salah, dan hasil-hasil kerja yang buruk.


Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad
.
Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” --
Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi

Dalam peristiwa di atas, teknik Nabi Muhammad mendorong anak-anak buahnya supaya memperbaiki cara mereka memberikan salam adalah dengan menunjukkan contoh-contoh yang betul perbuatan memberi salam.

Nabi Muhammad tidak menunjukkan contoh-contoh memberi salam dengan cara yang salah.


Sebagai Ketua: Strategi Motivasi Nabi Muhammad Apabila Mendorong Orang Supaya Buat Kerja yang Lebih Berkualiti

Nabi Muhammad adalah seorang motivator, yakni beliau mendorong anak-anak buahnya, alias pengikutnya, supaya meningkatkan prestasi mereka.

Apabila beliau memberi dorongan, beliau tidak berceramah panjang-panjang. Beliau juga tidak menyeru-nyeru, tidak menyuruh-nyuruh, tidak mendesak, tidak mengajak-ajak mereka, tidak mengkritik sikap mereka dan tidak menjanjikan apa-apa ganjaran supaya mereka menyahut dorongan beliau.

Bagi mendorong orang supaya meningkatkan kualiti kerja mereka, Nabi menggunakan strategi menunjukkan secara live kerja-kerja yang dilakukan dengan cara elok dan betul. Beliau menunjukkan 3 kategori kualiti kerja:

a. Kerja yang baik kualitinya
b. Kerja yang lebih baik kualitinya
c. Kerja yang paling baik kualitinya

Hadith di bawah ini menunjukkan strategi dan teknik yang Nabi gunakan sebagai alat pendorong supaya dijadikan ikutan:


Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” - Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi

Dalam hadith di atas Nabi Muhammad hanya menunjukkan cara melakukan kerja yang betul. Itu sahaja. Beliau tidak menyuruh mereka yang sedang didorong itu supaya menirunya dengan berkata seperti di bawah:

* Kita perlu memperbaiki cara kita memberi salam.
* Kamu hendaklah memberi salam macam cara Si Fulan itu memberi salam.
* Cara kamu beri salam sekarang tidak betul. Ikut cara mereka.
* Betulkan cara kamu memberi salam supaya kamu dapat banyak pahala.
* Kalau kamu hendak dapat banyak pahala, ikut cara mereka memberi salam.
* Si Fulan itu pandai memberi salam dengan betul. Tiru cara Fulan itu.

Strategi yang Nabi gunakan dalam hadith di atas bertentangan dengan sesetengah pendapat, di mana mereka mengatakan, kalau kita mahu mendorong orang supaya menjadi insan yang baik, kita perlu menunjukkan perkara-perkara buruk yang sebenarnya menjadi realiti dalam kehidupan.


Nota: Dalam sesi training peserta berlatih menyusun kata-kata yang betul apabila hendak memberi motivasi.

.

Nabi Muhammad Sebagai Seorang Trainer

Seorang pengurus latihan di sebuah syarikat menerima cadangan modul bina insan dari sebuah syarikat pembekal perkhidmatan training aliran Islamik. Apabila modul itu dijalankan, pengurus latihan itu mendapati tokoh-tokoh yang mengendalikan sesi telah banyak bercakap kepada peserta dengan gaya memberi kuliah agama. Semasa bercakap itu tokoh-tokoh tersebut menerangkan perkara-perkara penting berkenaan kaitan antara agama, insan, ibadah dan pekerjaan.

Salah satu mitos dalam bidang training adalah: Kalau peserta sudah tahu apa yang penting, maka peserta akan dapat memikirkan sendiri bagaimana perkara penting itu perlu diterjemahkan menjadi amalan praktis di tempat kerjanya. Namun ini adalah mitos. Ia umpama kita percaya apabila peserta faham bahawa sukan adalah penting bagi kesihatan, maka secara automatis mereka akan pandai bermain bola. Namun mitos ini sangat popular di kalangan tokoh-tokoh yang mengendalikan sesi training, di mana mereka banyak bercakap kepada peserta menerangkan prinsip-prinsip. Hasilnya peserta tahu apa yang penting tetapi tidak pandai menterjemahkan perkara-perkara penting itu menjadi amalan praktikal. Sebagai contoh, semua pekerja sudah faham bahawa bekerjasama adalah sangat penting, tetapi mereka tidak tahu cara-cara yang mudah dan betul apabila bekerjasama dalam pasukan. Ini kerana di satu pihak mereka digesa supaya mempunyai sikap daya saing yang tinggi dan berani menghadapi persaingan. Di satu pihak lagi mereka digesa supaya tidak mendahulukan kepentingan sendiri, sebaliknya hendaklah mendahulukan kepentingan pasukan.

Nabi Muhammad menunjukkan banyak ilmu yang relevan dengan sains dan kemahiran mendorong orang supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka kepada yang lebih baik. Antara perkara-perkara yang Nabi Muhammad tunjukkan adalah: (i) Apa itu prinsip, dan (ii) Apa itu teknik. Memahami perbezaan antara apa yang disebut dengan istilah 'prinsip' dan istilah 'teknik' adalah kemahiran kritikal kepada pendakwah, motivator, trainer dan penceramah.

Prinsip adalah statement yang memberitahu apa yang betul dan apa yang salah. Statement 'kerja adalah ibadah' adalah contoh sebuah prinsip. Memang betul bahawa dalam Islam kerja adalah sejenis ibadah.
Satu lagi contoh statement prinsip adalah 'nasihat yang baik adalah sedekah'.


Prinsip-prinsip adalah sebahagian daripada ilmu, itulah sebabnya hanya tokoh yang mempunyai ilmu sahaja yang dapat menerangkan prinsip-prinsip itu.
Apabila tokoh menerangkan prinsip, yakni ilmu, automatik tokoh itu akan banyak bercakap manakala peserta sesi training duduk mendengar sahaja. Tokoh itu banyak bercakap disebabkan dia mahu mengajarkan prinsip-prinsip itu kepada peserta. Dia mahu mencurahkan ilmunya yang banyak. Banyak sesi training yang dikendalikan oleh tokoh yang mempunyai banyak ilmu berakhir dengan peserta belajar dan faham apa yang dikatakan perkara-perkara yang penting, tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menterjemahkan perkara-perkara penting menjadi tindakan atau action.

Teknik-teknik menerangkan 'how to'. Jadi, teknik adalah cara dan prosedur bagaimana sesuatu kerja itu dilakukan step-by-step. Sebagai contoh, semua orang sudah tahu bahawa 'nasihat yang baik adalah sedekah', namun apabila nasihat yang baik itu diberikan dengan menggunakan teknik yang salah, kesannya orang yang dinasihati itu mungkin menolak nasihat itu, malah dia mungkin membenci si penasihat. Ini kerana tokoh-tokoh itu menerangkan hal-hal yang menjadi prinsip.

Cara-cara mengajarkan prinsip-prinsip dalam agama adalah melalui kuliah dan tazkirah, kerana prinsip-prinsip adalah sebahagian daripada 'ilmu pengetahuan', oleh itu ilmu disampaikan dengan teknik mengajar, ceramah dan tazkirah. Selepas menerangkan prinsip-prinsip, langkah seterusnya adalah menterjemahkan prinsip-prinsip itu menjadi teknik-teknik, dan seterusnya bagaimana menggunakan teknik-teknik itu.

Setakat mengetahui prinsip-prinsip adalah tidak cukup kerana bukan semua orang pandai mencipta sendiri strategi, prioriti, prosedur dan teknik-teknik bagi menerapkan prinsip-prinsip yang sudah diterangkan itu. Tugas menciptakan strategi, proriti, prosedur dan teknik-teknik adalah tugas kepakaran tinggi.

Teknik adalah sebahagian daripada skill atau kemahiran. Oleh itu skill dipindahkan daripada trainer kepada trainee menggunakan aktiviti-akitiviti problem-solving approach. Trainee diberikan problem dan mereka berlatih menyelesaikan problem itu. Pada akhir sesi, mereka sudah dapat mempelajari dan juga menguasai teknik-teknik yang diperlukan semasa menyelesaikan problem itu.

Nabi Muhammad ada menunjukkan teknik dan prosedur yang betul apabila menyebut kata-kata nasihat. Sebagai contoh, salah satu teknik Nabi Muhammad menyebutkan kata-kata nasihat adalah dengan bertanya dahulu kepada target apakah dia mahu mendengar nasihat yang akan diberikan itu. Sebelum memberi nasihat, Nabi Muhammad berkata, "Mahukah kamu....?" Hanya selepas target menjawab, "Mahu...." barulah Nabi menyebutkan kata-kata nasihat itu.

Jadi, Nabi Muhammad menunjukkan kepada kita bahawa teknik yang betul memberikan kata-kata nasihat adalah dengan bertanya dahulu kepada target apakah dia mahu mendengar apa yang akan disampaikan kepadanya ataupun tidak. Dengan lain perkataan, kita perlu meminta izin terlebih dahulu daripada target sebelum menyampaikan kata-kata nasihat kepadanya. Jika target setuju dan mahu, barulah nasihat itu diberikan. Jika dia tidak mahu, jangan diberikan nasihat itu.

Pada prinsipnya, mengucapkan kata-kata nasihat adalah perbuatan yang betul dan baik. Namun, apabila kata-kata nasihat yang betul diberikan dengan menggunakan teknik yang tidak betul, ia boleh menyebabkan banyak kesan negatif, terutamanya kesan emotif kepada target. Berdasarkan teknik yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad itu, sebelum menyampaikan ceramah yang mengandungi kata-kata nasihat, kita perlu bertanya dahulu kepada hadirin apakah mereka mahu mendengar nasihat yang akan kita sampaikan.

Nabi Muhammad adalah seorang trainer, dan beliau menggunakan teknik-teknik training. Salah satu lokasi yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi menjalankan sessi training adalah masjid. Apabila beliau duduk di dalam masjid, banyak sabahat-sahabat beliau ikut duduk bersama-sama. Ada masa-masanya beliau menjadi trainer, manakala sahabat-sahabat beliau menjadi trainee.

Ambil contoh hadith di bawah ini. Dengan menganalisis hadith ini kita dapat menggali beberapa prinsip dan teknik training yang digunakan oleh Nabi Muhammad:

Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad.
Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” -
Hadith No. 2689 dalam Kitab Shahih Sunan Tarmizi

Dalam hadith di atas, Nabi Muhammad menunjukkan kepada trainee-trainee beliau 3 teknik memberi salam yang betul, baik dan sempurna. Beliau menggunakan situasi live yang dapat dilihat dengan mata kasar trainee-trainee itu. Nabi Muhammad menggunakan orang-orang yang datang memberi salam kepada beliau itu sebagai prop training, ataupun alat bantu mengajar. Dalam zaman sekarang, kita sebagai trainer dapat menggunakan teknologi kamera video bagi merakamkan peristiwa live, dan kemudian tunjukkan rakaman video itu kepada trainee.

Hadith di bawah ini menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad menunjukkan
kepada Ammar bin Yasir teknik bersuci yang mudah apabila tidak dapat menggunakan air.

Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Ammar bin Yasir melaporkam bahawa Nabi Muhammad pernah menghantar dia supaya menjalankan suatu urusan. Kemudian Ammar melakukan hadas besar, tetapi dia tidak mempunyai air bagi melakukan mandi wajib. Lalu dia pun mengguling-gulingkan badannya di atas pasir seperti binatang ternak berguling-guling. Kemudian dia pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad lalu dia menceritakan apa yang dilakukannya kepada beliau. Nabi Muhammad berkata, "Sebenarnya, cukuplah saudara melakukannya dengan tangan kamu sahaja, begini caranya." Kemudian beliau menepuk kedua-dua tapak tangannya ke pasir dengan sekali tepuk, lalu mengibaskannya. Kemudian beliau mengusapkan tangan kirinya ke tangan kanannya, selepas itu mengusap bahagian atas kedua tapak tangannya, dan kemudian mengusapi mukanya." - Catatan ini terdapat dalam koleksi hadith-hadith autentik Bukhari dan koleksi Muslim.



Sebagai Trainer: Nabi Muhammad Tidak Membandingkan Teknik yang Betul dengan Teknik yang Salah

Apabila mendorong seseorang supaya melakukan kerja dengan cara-cara yang betul, adakah kita perlu menunjukkan model yang BETUL ataupun model yang SALAH?

Dalam psikologi Barat, mereka percaya manusia dapat belajar dengan memerhatikan model yang betul dan model yang salah. Oleh itu kita perlu menunjukkan kedua-dua model itu kepada pelatih. Teori Barat ini sangat mendalam pengaruhnya, bukan hanya di kalangan pengamal teori-teori Barat, malah kepada orang ramai kerana logik akal orang biasa-biasa pun selari dengan teori-teori Barat itu.

Lazimnya, kita percaya cara mengajar dan melatih yang betul adalah dengan menunjukkan kepada pelatih cara yang betul dan cara yang salah, atas rasional supaya pelatih dapat membandingkan perbezaaan antara kedua-duanya.

Jadi kita akan katakan, "Buat macam ini, BUKAN macam ini." Ataupun, kita akan katakan kepada pelatih, "Ini yang betul. Ini yang salah."


Dalam sastera tradisi Melayu orang Melayu menggunakan model salah dengan tujuan supaya kanak-kanak akan membesar menjadi anak yang baik dengan menggunakan model-model salah. Ini amat jelas pada cerita Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup dan lain-lain.

Dalam dunia filem Melayu, dalam filem Anakku Sazali dan filem Antara Dua Darjat, P. Ramlee menggunakan model-model salah.

Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad
.
Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” --
Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad mendorong orang supaya melakukan kerja dengan teknik yang betul dengan menunjukkan kepada mereka tiga model betul. Beliau tidak menunjukkan model salah.


Sebagai Trainer: Nabi Muhammad Tidak Membandingkan Teknik yang Betul dengan Teknik yang Salah

Nabi Muhammad adalah seorang pendorong perubahan tingkah laku. Banyak pengikutnya yang semasa mula-mula masuk Islam mereka mempunyai tingkah laku yang negatif, seperti minum arak dan berjudi, tetapi lama-lama mereka secara sukarela memberhentikan tingkah laku itu dan berubah menjadi individu-individu yang amat baik.

Beliau juga seorang trainer. Beliau menunjukkan dan melatih anak-anak buah beliau teknik-teknik melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan betul.

Salah satu perkara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad adalah beliau menjalankan dua tugas serentak: (i) Beliau memberikan dorongan kepada anak buahnya supaya mahu menjadi pekerja yang lebih baik, dan (ii) Serentak dengan itu beliau juga menunjukkan teknik melakukan kerja itu dengan cara yang lebih baik.

Ringkasnya
, Nabi Muhammad tidak mengasingkan proses memberi dorongan dengan proses melatih, yakni sambil beliau memberi dorongan sambil itu beliau menjalankan proses melatih.

Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad
.
Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” --
Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi

Dalam peristiwa di atas, apabila Nabi Muhammad menunjukkan secara live 3 cara melakukan kerja yang sama, anak-anak buahnya dapat melihat secara konkrit contoh-contoh kerja yang menerima markah berbeza-beza.

Nabi Muhammad hanya menunjukkan 3 cara kerja yang ketiga-tiganya adalah betul belaka, bezanya adalah pada markah yang diberikan berdasarkan kualiti kerja.

Point yang penting di sini, dalam peristiwa itu, Nabi Muhammad tidak membandingkan cara kerja yang salah dengan cara kerja yang betul, sebagaimana yang berlaku dalam amalan lazim kita, di mana lazimnya kita terangkan benda-benda yang salah sebelum memberitahu apa yang betul.


Sebagai Trainer: Cara Nabi Muhammad Memberi Markah Ranking

Dalam strategi motivasi, seseorang ketua melakukan 3 strategi ke atas orang-orang bawahannya supaya:

1. Dia terus mengekalkan prestasi mereka yang sudah sedia tinggi, yakni mengekalkan tingkah laku yang baik. Sebagai contoh, orang itu sudah solat 5 waktu, maka dia didorong supaya teruskan solat 5 waktu itu.

2. Dia mengambil inisiatif mahu meningkatkan lagi prestasinya supaya lebih tinggi, yakni menambahbaikkan lagi kualiti tingkah lakunya. Sebagai contoh, supaya dia mahu melakukan pula solat-solat sunat.

3. Dia memberhentikan prestasi rendahnya. Sebagai contoh, orang itu cuai solat, ada masanya solat, ada masanya tidak, ataupun dia tidak solat. Maka didorong supaya memberhentikan tingkah lakunya itu.

Salah satu faktor yang sangat mendorong seseorang itu mengulangi perbuatannya yang betul dan baik adalah apabila perbuatannya itu menerima maklumbalas dengan menggunakan sistem ranking.

Ada beberapa cara penilaian diberikan markah ranking:

1. Memberi markah A, B, C, D, E.
2. Memberi markah antara 1 hingga 5, 1 hingga 10 ataupun 1 hingga 100.
3. Memberi ranking dalam bentuk komen antara 'amat tidak memuaskan' sehingga 'amat memuaskan'.

Nabi Muhammad menggunakan sistem pemarkahan angka yang terdiri daripada 3 aras sahaja, iaitu 10, 20, dan 30. Markah diberi atas kriteria:

a. Perbuatan itu betul, yakni memenuhi kriteria minimum, yakni lulus dan dapat diterima = 10 markah

b. Perbuatan betul itu dan mempunyai ciri tambahan yang baik, tetapi belum sempurna = 20 markah

c. Perbuatan itu betul dan sempurna sehingga memenuhi ciri paling baik = 30 markah


Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad
.
Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” --
Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi


Sebagai Trainer: Teknik Nabi Muhammad Mendorong Orang Mencontohi Perbuatan yang Betul

Salah satu tugas ketua adalah mendorong orang bawahan supaya belajar membuat kerjanya dengan lebih berkualiti, dengan mencontohi cara kerja yang betul yang dilakukan oleh orang-orang lain.

Apabila Nabi Muhammad hendak mendorong orang supaya melakukan perbuatan yang betul, beliau menggunakan teknik sebagaimana yang dapat digali dari hadith di bawah ini:

Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad
.
Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” --
Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi

1. Tunjukkan contoh perbuatan yang betul itu sahaja.

Dalam hadith di atas, Nabi tidak menunjukkan contoh perbuatan yang salah. Beliau hanya menunjukkan perbuatan yang betul. Beliau juga tidak membandingkan antara yang salah dan yang betul dengan berkata:

a. "Jangan buat macam itu. Itu tidak betul. Buat macam ini. Ini yang betul."
b. "Cara awak memberi salam itu salah. Cara orang itu beri salam baru betul."
c. "Salam Si Fulan itu betul tapi kurang baik. Cara yang paling baik macam ini...."

2. Tunjukkan secara live perbuatan betul itu sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang lain, tetapi dengan tidak memberitahu kepada mereka yang dijadikan contoh itu bahawa beliau memuji cara kerja mereka.

3. Tunjukkan 3 peringkat kerja yang betul itu, yakni (i) kerja yang betul, (ii) kerja yang lebih betul, dan (iii) kerja yang paling betul.

Bandingkan teknik Nabi itu dengan teknik yang lazimnya digunakan di mana kita kerap menunjukkan kesilapan-kesilapan orang sebelum kita memberitahu cara yang betul.

Dengan menggunakan 3 teknik di atas secara serentak, orang-orang yang didorong supaya memperbaiki cara kerja mereka itu tahu dengan tepat ciri-ciri kerja yang betul, dan mereka juga tidak berasa dipersalahkan kerana belum pandai membuat kerja itu dengan cara yang betul.