Nabi Muhammad Sebagai Seorang Trainer

Seorang pengurus latihan di sebuah syarikat menerima cadangan modul bina insan dari sebuah syarikat pembekal perkhidmatan training aliran Islamik. Apabila modul itu dijalankan, pengurus latihan itu mendapati tokoh-tokoh yang mengendalikan sesi telah banyak bercakap kepada peserta dengan gaya memberi kuliah agama. Semasa bercakap itu tokoh-tokoh tersebut menerangkan perkara-perkara penting berkenaan kaitan antara agama, insan, ibadah dan pekerjaan.

Salah satu mitos dalam bidang training adalah: Kalau peserta sudah tahu apa yang penting, maka peserta akan dapat memikirkan sendiri bagaimana perkara penting itu perlu diterjemahkan menjadi amalan praktis di tempat kerjanya. Namun ini adalah mitos. Ia umpama kita percaya apabila peserta faham bahawa sukan adalah penting bagi kesihatan, maka secara automatis mereka akan pandai bermain bola. Namun mitos ini sangat popular di kalangan tokoh-tokoh yang mengendalikan sesi training, di mana mereka banyak bercakap kepada peserta menerangkan prinsip-prinsip. Hasilnya peserta tahu apa yang penting tetapi tidak pandai menterjemahkan perkara-perkara penting itu menjadi amalan praktikal. Sebagai contoh, semua pekerja sudah faham bahawa bekerjasama adalah sangat penting, tetapi mereka tidak tahu cara-cara yang mudah dan betul apabila bekerjasama dalam pasukan. Ini kerana di satu pihak mereka digesa supaya mempunyai sikap daya saing yang tinggi dan berani menghadapi persaingan. Di satu pihak lagi mereka digesa supaya tidak mendahulukan kepentingan sendiri, sebaliknya hendaklah mendahulukan kepentingan pasukan.

Nabi Muhammad menunjukkan banyak ilmu yang relevan dengan sains dan kemahiran mendorong orang supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka kepada yang lebih baik. Antara perkara-perkara yang Nabi Muhammad tunjukkan adalah: (i) Apa itu prinsip, dan (ii) Apa itu teknik. Memahami perbezaan antara apa yang disebut dengan istilah 'prinsip' dan istilah 'teknik' adalah kemahiran kritikal kepada pendakwah, motivator, trainer dan penceramah.

Prinsip adalah statement yang memberitahu apa yang betul dan apa yang salah. Statement 'kerja adalah ibadah' adalah contoh sebuah prinsip. Memang betul bahawa dalam Islam kerja adalah sejenis ibadah.
Satu lagi contoh statement prinsip adalah 'nasihat yang baik adalah sedekah'.


Prinsip-prinsip adalah sebahagian daripada ilmu, itulah sebabnya hanya tokoh yang mempunyai ilmu sahaja yang dapat menerangkan prinsip-prinsip itu.
Apabila tokoh menerangkan prinsip, yakni ilmu, automatik tokoh itu akan banyak bercakap manakala peserta sesi training duduk mendengar sahaja. Tokoh itu banyak bercakap disebabkan dia mahu mengajarkan prinsip-prinsip itu kepada peserta. Dia mahu mencurahkan ilmunya yang banyak. Banyak sesi training yang dikendalikan oleh tokoh yang mempunyai banyak ilmu berakhir dengan peserta belajar dan faham apa yang dikatakan perkara-perkara yang penting, tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menterjemahkan perkara-perkara penting menjadi tindakan atau action.

Teknik-teknik menerangkan 'how to'. Jadi, teknik adalah cara dan prosedur bagaimana sesuatu kerja itu dilakukan step-by-step. Sebagai contoh, semua orang sudah tahu bahawa 'nasihat yang baik adalah sedekah', namun apabila nasihat yang baik itu diberikan dengan menggunakan teknik yang salah, kesannya orang yang dinasihati itu mungkin menolak nasihat itu, malah dia mungkin membenci si penasihat. Ini kerana tokoh-tokoh itu menerangkan hal-hal yang menjadi prinsip.

Cara-cara mengajarkan prinsip-prinsip dalam agama adalah melalui kuliah dan tazkirah, kerana prinsip-prinsip adalah sebahagian daripada 'ilmu pengetahuan', oleh itu ilmu disampaikan dengan teknik mengajar, ceramah dan tazkirah. Selepas menerangkan prinsip-prinsip, langkah seterusnya adalah menterjemahkan prinsip-prinsip itu menjadi teknik-teknik, dan seterusnya bagaimana menggunakan teknik-teknik itu.

Setakat mengetahui prinsip-prinsip adalah tidak cukup kerana bukan semua orang pandai mencipta sendiri strategi, prioriti, prosedur dan teknik-teknik bagi menerapkan prinsip-prinsip yang sudah diterangkan itu. Tugas menciptakan strategi, proriti, prosedur dan teknik-teknik adalah tugas kepakaran tinggi.

Teknik adalah sebahagian daripada skill atau kemahiran. Oleh itu skill dipindahkan daripada trainer kepada trainee menggunakan aktiviti-akitiviti problem-solving approach. Trainee diberikan problem dan mereka berlatih menyelesaikan problem itu. Pada akhir sesi, mereka sudah dapat mempelajari dan juga menguasai teknik-teknik yang diperlukan semasa menyelesaikan problem itu.

Nabi Muhammad ada menunjukkan teknik dan prosedur yang betul apabila menyebut kata-kata nasihat. Sebagai contoh, salah satu teknik Nabi Muhammad menyebutkan kata-kata nasihat adalah dengan bertanya dahulu kepada target apakah dia mahu mendengar nasihat yang akan diberikan itu. Sebelum memberi nasihat, Nabi Muhammad berkata, "Mahukah kamu....?" Hanya selepas target menjawab, "Mahu...." barulah Nabi menyebutkan kata-kata nasihat itu.

Jadi, Nabi Muhammad menunjukkan kepada kita bahawa teknik yang betul memberikan kata-kata nasihat adalah dengan bertanya dahulu kepada target apakah dia mahu mendengar apa yang akan disampaikan kepadanya ataupun tidak. Dengan lain perkataan, kita perlu meminta izin terlebih dahulu daripada target sebelum menyampaikan kata-kata nasihat kepadanya. Jika target setuju dan mahu, barulah nasihat itu diberikan. Jika dia tidak mahu, jangan diberikan nasihat itu.

Pada prinsipnya, mengucapkan kata-kata nasihat adalah perbuatan yang betul dan baik. Namun, apabila kata-kata nasihat yang betul diberikan dengan menggunakan teknik yang tidak betul, ia boleh menyebabkan banyak kesan negatif, terutamanya kesan emotif kepada target. Berdasarkan teknik yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad itu, sebelum menyampaikan ceramah yang mengandungi kata-kata nasihat, kita perlu bertanya dahulu kepada hadirin apakah mereka mahu mendengar nasihat yang akan kita sampaikan.

Nabi Muhammad adalah seorang trainer, dan beliau menggunakan teknik-teknik training. Salah satu lokasi yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi menjalankan sessi training adalah masjid. Apabila beliau duduk di dalam masjid, banyak sabahat-sahabat beliau ikut duduk bersama-sama. Ada masa-masanya beliau menjadi trainer, manakala sahabat-sahabat beliau menjadi trainee.

Ambil contoh hadith di bawah ini. Dengan menganalisis hadith ini kita dapat menggali beberapa prinsip dan teknik training yang digunakan oleh Nabi Muhammad:

Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad.
Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” -
Hadith No. 2689 dalam Kitab Shahih Sunan Tarmizi

Dalam hadith di atas, Nabi Muhammad menunjukkan kepada trainee-trainee beliau 3 teknik memberi salam yang betul, baik dan sempurna. Beliau menggunakan situasi live yang dapat dilihat dengan mata kasar trainee-trainee itu. Nabi Muhammad menggunakan orang-orang yang datang memberi salam kepada beliau itu sebagai prop training, ataupun alat bantu mengajar. Dalam zaman sekarang, kita sebagai trainer dapat menggunakan teknologi kamera video bagi merakamkan peristiwa live, dan kemudian tunjukkan rakaman video itu kepada trainee.

Hadith di bawah ini menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad menunjukkan
kepada Ammar bin Yasir teknik bersuci yang mudah apabila tidak dapat menggunakan air.

Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Ammar bin Yasir melaporkam bahawa Nabi Muhammad pernah menghantar dia supaya menjalankan suatu urusan. Kemudian Ammar melakukan hadas besar, tetapi dia tidak mempunyai air bagi melakukan mandi wajib. Lalu dia pun mengguling-gulingkan badannya di atas pasir seperti binatang ternak berguling-guling. Kemudian dia pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad lalu dia menceritakan apa yang dilakukannya kepada beliau. Nabi Muhammad berkata, "Sebenarnya, cukuplah saudara melakukannya dengan tangan kamu sahaja, begini caranya." Kemudian beliau menepuk kedua-dua tapak tangannya ke pasir dengan sekali tepuk, lalu mengibaskannya. Kemudian beliau mengusapkan tangan kirinya ke tangan kanannya, selepas itu mengusap bahagian atas kedua tapak tangannya, dan kemudian mengusapi mukanya." - Catatan ini terdapat dalam koleksi hadith-hadith autentik Bukhari dan koleksi Muslim.



Tiada ulasan: