Nabi Muhammad adalah seorang komunikator yang baik. Antara impak teknik komunikasi yang beliau gunakan adalah orang yang bercakap dengan beliau akan mengalami sekurang-kurangnya tiga kesan positif:
1. Faham apa yang beliau maksudkan
2. Yakin beliau bercakap benar
3. Terpengaruh dengan mesej tersurat dalam kata-kata beliau
Salah satu teknik yang beliau gunakan adalah mengulang kata-penting yang diucapkan oleh rakan-bual beliau. Teknik itu ada terdapat dalam catatan sejarah di bawah ini:
Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Huzaifah melaporkan, pada suatu hari ada rombongan wakil penduduk negeri Najran datang berjumpa Nabi Muhammad. Mereka berkata, “Wahai Rasul Allah, hantarkanlah untuk kami seorang lelaki yang dapat dipercayai.” Lalu Nabi Muhammad menjawab, “Baiklah, saya akan hantarkan seorang lelaki yang amat dipercayai. Dia benar-benar dipercayai. Benar-benar dipercayai.” Menurut Huzaifah, orang-orang pun memikir-mikirkan siapa gerangan lelaki itu. Akhirnya, terbukti Nabi Muhammad menghantarkan Abu Ubaidah bin Jarrah. - Hadith No. 1651 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim
Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad mengulang kata-penting yang digunakan oleh wakil rombongan dari negeri Najran itu sebanyak 3 kali.
Menurut Anas, pada suatu masa Nabi Muhammad sedang berdiri dalam masjid menyampaikan khutbah Jumaat. Pada waktu itu Madinah sedang mengalami kemarau yang teruk. Semasa Nabi sedang berkhutbah, ada seorang lelaki masuk ke dalam masjid dari pintu yang bertentangan dengan posisi Darul Qadha'. Kemudian lelaki itu berdiri menghadap Nabi Muhammad, lalu berkata, "Wahai Rasul Allah, harta benda binasa dan jalan-jalan pun terputus. Berdoalah supaya Dia menurunkan hujan kepada kami." Serta merta Nabi Muhammad mengangkat kedua tangannya lalu berdoa, "Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami. Turunkanlah hujan kepada kami. Turunkanlah hujan kepada kami." -- Rekod hadith ini ada dalam koleksi hadith-hadith autentik Bukhari dan koleksi Muslim
Mengkaji Prinsip Psikologi, Strategi, Metod, Prosedur, Prioriti, Teknik dan Taktik Nabi Muhammad
Sebagai Komunikator: Nabi Muhammad Tidak Mempersoal Maksud dalam Hati Rakan-bualnya
Perkataan lain yang hampir sama maknanya dengan istilah 'integriti' adalah maruah.
Salah satu punca yang menyebabkan proses komunikasi rosak adalah apabila salah seorang berasa integriti dirinya dipersoal.
Dalam catatan sejarah ada suatu peristiwa di mana Nabi Muhammad tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif apabila ada orang yang mengucapkan kata-kata yang boleh menyebabkan proses komunikasi rosak.
Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Huzaifah melaporkan, pada suatu hari ada rombongan wakil penduduk negeri Najran datang berjumpa Nabi Muhammad. Mereka berkata, “Wahai Rasul Allah, hantarkanlah untuk kami seorang lelaki yang dapat dipercayai.” Lalu Nabi Muhammad menjawab, “Baiklah, saya akan hantarkan seorang lelaki yang amat dipercayai. Dia benar-benar dipercayai. Benar-benar dipercayai.” Menurut Huzaifah, orang-orang pun memikir-mikirkan siapa gerangan lelaki itu. Akhirnya, terbukti Nabi Muhammad menghantarkan Abu Ubaidah bin Jarrah. - Hadith No. 1651 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim
Dalam peristiwa di atas, jurucakap rombongan dari negeri Najran itu berkata "....hantarkanlah untuk kami seorang lelaki yang dapat dipercayai.” Bagi orang biasa-biasa, kata-kata macam cakap orang Najran itu boleh menyebabkan dia berasa integriti dirinya dipertikaikan.
Namun, dalam peristiwa itu Nabi Muhammad tidak berkata:
* "Kenapa? Kamu tidak percaya kepada saya?"
* "Takkanlah orang macam saya mahu melantik orang jahat menjadi wakil saya!"
* "Apa? Kamu fikir dalam kalangan sahabat-sahabat saya ini ada orang jahat, ya?"
* "Kenapa kamu bercakap begitu? Takkanlah saya akan hantar orang jahat kepada kaummu?"
* "Apakah kamu fikir saya akan menghantar orang yang tidak boleh dipercayai?"
* "Tidak mungkin saya sebagai ketua akan menghantar orang yang tidak baik sebagai wakil saya kepada kaum saudara!"
* "Kamu tidak percayakah kepada kebijaksanaan saya?"
* "Pernahkah kamu dengar cerita saya menghantar wakil orang yang munafik?"
Ayat-ayat dalam contoh di atas itu disebut sebagai ayat-ayat mind-reading. Mind-reading adalah perbuatan apabila kita menyangka kita tahu apa yang tersembunyi di dalam hati dan fikiran orang lain.

Sebagai Komunikator: Nabi Muhammad Mengulang-Ulang Jawapan
Abu Hurairah adalah sahabat Nabi Muhammad yang menghafal banyak kata-kata yang dia sendiri pernah dengar diucapkan oleh Nabi Muhammad. Dia ada melaporkan suatu peristiwa apabila pada suatu hari ada seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad, "Wahai Rasul Allah, berilah saya nasihat." Nabi Muhammad berkata, "Janganlah saudara marah." Lelaki itu telah mengulang-ulang soalannya beberapa kali. Setiap kali lelaki itu mengulang soalannya, setiap kali itulah pula Nabi Muhammad mengulang jawapannya, "Janganlah saudara marah." -- Peristiwa ini dipetik daripada rekod hadith-hadith autentik dalam koleksi Bukhari.
Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad tidak berkata:
* "Saya sudah kata, jangan marah, jangan marahlah! Awak tak fahamkah?"
* "Jawapan yang mudah macam itu pun awak tak faham-faham juga!"
* "Tak faham-faham lagikah? Saya kata jangan marah, jangan marahlah, banyak tanya pula!"
* "Awak tak dengarkah apa saya kata tadi? Saya kata, jangan marah."
* "Apa kena dengan awak ini. Bahasa yang simpel pun awak tak faham!"

Sebagai Komunikator: Cara Nabi Muhammad Menolak Permintaan
Nabi Muhammad adalah seorang komunikator yang persuasif. Apabila beliau bercakap, orang yang mendengar mudah dapat memahami mesej-mesej yang disampaikannya.
Bercakap bagi tujuan menolak permintaan adalah sesuatu yang sangat sukar dilakukan oleh kebanyakan orang. Namun, apabila Nabi Muhammad menolak permintaan, orang yang permintaannya ditolak itu tidak berkecil hati, malah berasa beruntung.
Dalam rekod sejarah, ada catatan tentang suatu peristiwa apabila Nabi Muhammad menolak permintaan.
Ali bin Abu Talib adalah menantu kepada Nabi Muhammad. Beliau melaporkan bahawa isterinya, Fatimah binti Muhammad, pernah meminta kepada ayahnya supaya dia diberi seorang pembantu rumah. Nabi Muhammad menjawab dengan berkata, "Mahukah ayahanda beritahu sesuatu yang lebih baik untuk anakanda berdua dibandingkan dengan seorang pembantu rumah? Apabila anakanda berdua pergi ke katil kamu berdua, ataupun anakanda pergi ke tempat tidur kamu berdua, bacalah takbir 33 kali, dan baca tasbih 33 kali, dan baca tahmid 33 kali. Itul adalah lebih baik bagi anakanda berdua daripada seorang pembantu rumah." -- Hadith ini dipetik dari koleksi hadith-hadith autentik dalam rekod Bukhari.
Dalam peristiwa di atas, apabila Nabi Muhammad menolak permintaan, beliau melakukan perkara-perkara berikut:
a. Beliau menolak apa yang diminta oleh orang itu, dan beliau memberikan gantian yang lebih murah tetapi nilainya lebih tinggi.
b. Beliau memulakan ayat penolakan dengan berkata "Mahukah kamu...."
c. Beliau tidak memberi alasan-alasan yang menyebabkan beliau tidak dapat memberikan apa yang minta.
d. Beliau tidak mengkritik si peminta.
e. Beliau tidak membuat si peminta berasa bersalah kerana meminta apa yang dimintanya.
f. Beliau tidak merendah-rendahkan perkara yang diminta itu.
g. Beliau tidak meminta maaf kerana tidak dapat memberikan apa yang diminta.

Langgan:
Catatan (Atom)