Sebagai Ketua: Nabi Tidak Menegur Anak Buahnya yang Datang Kerja Lambat

Nabi Muhammad adalah seorang ketua, dan beliau mempunyai banyak anak buah. Banyak kerja yang beliau jalankan secara berkumpulan, di mana beliau menjadi ketua kumpulan.

Di kalangan anak-anak buah Nabi Muhammad, banyak yang disiplin kerja mereka kurang baik, sebagai contoh ada yang datang kerja tidak menepati waktu, namun beliau dapat mendorong mereka menaikkan mutu disiplin kerja mereka.

Ada catatan sejarah yang menunjukkan bagaimana cara Nabi Muhammad melayan seorang anak buahnya yang disiplin waktunya kurang baik.

Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil dia membaca dengan kuat 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' (Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh berkat.) Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” -- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam peristiwa di atas, ada seorang lelaki yang datang kerja lambat, namun Nabi Muhammad tidak menegur kesalahannya itu. Malah sampai habis beliau diam sahaja berkenaan perkara itu.


Sebagai Ketua: Nabi Muhammad Mendahulukan Kerja Memberi Pujian daripada Kerja Berdoa Selepas Sembahyang

Salah satu strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi mendorong perubahan tingkah laku daripada negatif kepada positif adalah dengan menggunakan 2 strategi serentak:

Strategi 1. Jangan ditegur tingkah laku yang negatif. Pura-pura tidak nampak dan buat macam tidak tahu.

Strategi 2. Cepat-cepat puji tingkah laku yang positf. Tangguhkan semua kerja lain. Dahulukan memberi pujian.

Hadith di bawah ini menunjukkan penggunaan 2 strategi itu secara serentak.

Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil dia membaca dengan kuat 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' (Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh berkat.)
Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.”
-- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam peristiwa itu,
lelaki yang dipuji oleh Nabi itu telah menunjukkan 4 tingkah laku yang kurang elok.

1. Dia datang lambat, orang sudah sembahyang baru dia sampai.
2. Sudahlah dia datang lambat, dia membaca zikir kuat-kuat pula.
3. Apabila ditanya siapa yang membaca zikir itu, dia tidak menjawab.
4. Bukan itu sahaja, zikir itu pula zikir yang Nabi tidak pernah ajarkan. Dia cipta sendiri zikir itu.

Sebaik-baik Nabi Muhammad selesai solat, beliau tidak terus berdoa, sebaliknya beliau terus memuji zikir 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih' yang dibaca oleh lelaki itu.
Dalam peristiwa itu Nabi mendahulukan memberi pujian daripada membaca doa selesai sembahyang. Bandingkan apa yang dilakukan oleh Nabi dengan apa yang lazimnya dilakukan oleh ketua-ketua. Lazimnya, ketua-ketua serta-merta mengkritik dan memarahi kesalahan kerja. Sebaliknya, apabila orang bawahan buat kerja betul, ketua-ketua buat macam tidak nampak, oleh itu tidak memberikan pujian.

Dalam catatan sejarah lain, Ibnu Umar menceritakan, pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran seorang lelaki berkata, "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila." Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya kepada orang-orang yang ada, "Siapakah tadi yang membaca ucapan itu?" Lelaki itu menjawab, "Saya, ya Rasul Allah." Lalu Nabi Muhammad berkata,
"Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu." Dalam laporannya itu, Ibnu Umar berkata, "Semenjak saya terdengar Nabi Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata itu." - catatan peristiwa ini ada dalam rekod koleksi hadith-hadith autentik Muslim.


Nota: Dalam sesi training peserta akan berlatih teknik-teknik yang betul bagi memberikan pujian kepada orang yang banyak melakukan kesalahan kerja.


.

Sebagai Komunikator: Teknik Nabi Muhammad Memberi Pujian Kepada Orang Kecil

Data-data daripada rekod-rekod sejarah menunjukkan Nabi Muhammad menggunakan teknik yang amat teknikal apabila memberi puji-pujian kepada orang-orang kecil di hadapan khalayak ramai.

1. Nabi Muhammad menyampaikan pujian itu dengan segera, yakni beliau tidak menangguhkan masa pujian itu diberikan. Di mana beliau nampak orang kecil itu melakukan kerja yang baik, di situ juga beliau memberikan pujiannya.

2. Nabi memuji hasil kerja orang kecil itu, bukan peribadinya ataupun personalitinya. Contoh pujian kepada hasil kerja: "
Saya kagum dengan kata-kata itu." Apabila orang kecil itu mengucapkan kata-kata yang baik, maka kata-kata baiknya itu yang dipuji oleh Nabi Muhammad.

3. Nabi memuji perbuatan itu dengan memberitahu apa yang beliau rasai: (a) "Saya kagum...." (b) “Sungguh, saya nampak...."

4. Nabi memberitahu apa yang berlaku akibat perbuatan baik yang dilakukan oleh orang kecil itu: (a) "Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu." (b)"...12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu."

Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' (
Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh berkat.)
Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucap sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.”
Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” --
Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam suatu peristiwa lain, Ibnu Umar menceritakan, pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran seorang lelaki berkata, "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila." Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya kepada orang-orang yang ada, "Siapakah tadi yang membaca ucapan itu?" Lelaki itu menjawab, "Saya, ya Rasul Allah." Lalu Nabi Muhammad berkata, "Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu." Dalam laporannya, Ibnu Umar berkata, "Semenjak saya terdengar Nabi Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata itu." - catatan peristiwa ini ada dalam rekod koleksi hadith-hadith autentik Muslim.


Sebagai Komunikator: Teknik Nabi Muhammad Memberi Pujian

Nabi Muhammad adalah seorang ketua yang amat murah dengan kata-kata pujiannya. Catatan-catatan dalam rekod sejarah menunjukkan beliau banyak memberi puji-pujian kepada orang-orang kecil dalam kumpulan yang diketuainya.

Apabila Nabi Muhammad bersembahyang di masjid, sahabat-sahabat beliau yang paling utama, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan lain-lain, sentiasa ada bersama. Mereka adalah orang-orang besar, maka itu dalam catatan sejarah nama-nama orang besar sentiasa dicatatkan oleh pelapor peristiwa itu.

Dari data catatan sejarah itu kita dapat membuat inferens tentang orang-orang kecil yang menerima pujian Nabi Muhammad kerana nama orang-orang itu tidak disebut oleh mereka yang menyaksikan peristiwa itu.

Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' (Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh berkat.)
Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucap sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.”
Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” --
Catatan peristiwa ini ada dalam rekod koleksi hadith-hadith autentik Muslim.

Dalam peristiwa di atas, meskipun lelaki itu melakukan 3 kesalahan, Nabi hanya memuji perkara betul yang dilakukannya. Dan pujian itu disebut dengan terang dan dan jelas di hadapan semua orang besar yang ada di situ. Nabi Muhammad memuji kata-kata yang diucapkan oleh orang kecil itu. Kata Nabi Muhammad:
“Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.”

Dalam suatu laporan lain, Ibnu Umar menceritakan, pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran seorang lelaki berkata, "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila." Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya kepada orang-orang yang ada, "Siapakah tadi yang membaca ucapan itu?" Lelaki itu menjawab, "Saya, ya Rasul Allah." Lalu Nabi Muhammad berkata,
"Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu." Dalam laporannya, Ibnu Umar berkata, "Semenjak saya terdengar Nabi Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata itu." - Catatan peristiwa ini ada dalam rekod koleksi hadith-hadith autentik Muslim.

Dalam peristiwa di atas Nabi Muhammad memuji kata-kata yang diucapkan oleh orang kecil itu:
Nabi Muhammad berkata, "Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu."

Dalam dua peristiwa itu, Nabi Muhammad memuji hasil kerja yang dilakukan oleh dua orang kecil tersebut. Dalam pujiannya, beliau mengatakan kata-kata yang mereka ucapkan itu sangat mulia dan istimewa.

Nabi Muhammad Sebagai Motivator

Nabi Muhammad adalah seorang motivator yang mahir memberi motivasi kepada anak-anak buahnya supaya mereka dengan sukarela meningkatkan kualiti diri mereka sendiri serta kualiti hasil kerja mereka. Beliau juga mahir mendorong orang lain supaya mengubah sikap mereka, seperti daripada sikap kedekut menjadi sikap pemurah, daripada sikap pemarah kepada sikap penyabar. Begitu pula, beliau dapat mendorong orang supaya mengubah keyakinan mereka, seperti daripada yakin terhadap pelbagai dewa dan berhala kepada yakin kepada Tuhan yang esa, daripada agama Kristian dan Yahudi kepada agama Islam.

Dalam bidang sains motivasi, ada dua konsep yang menarik:

a. Motivasi. Konsep 'motivasi' atau mendorong sudah popular dan difahami ramai. Aspek-aspek yang belum jelas adalah perbezaan dan persamaan yang ada antara teori-teori motivasi
dan teknik-teknik motivasi yang dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi Barat dengan prinsip-prinsip serta teknik-teknik motivasi yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.

Perlu diambil perhatian bahawa Nabi Muhammad tidak mengajarkan sebarang 'teori' kepada kita kerana beliau hanya mengajarkan apa yang benar sahaja. Dalam konsep ilmu-ilmu Barat, apa yang disebut sebagai 'teori' itu mengandungi elemen-elemen yang mungkin 'betul' dan yang mungkin 'salah'. Ini bertentangan dengan apa yang Nabi Muhammad ditunjukkan kepada kita, yakni semuanya adalah yang benar belaka.

b. De-motivasi atau nyah-motivasi atau hilang dorongan. Konsep de-motivasi bermakna hilangnya semangat motivasi yang sedia ada. Fenomena ini adalah sesuatu yang kerap berlaku. Sebagai contoh, sewaktu mula-mula masuk bekerja di syarikat, si pekerja itu mempunyai semangat tinggi mahu bekerja bersungguh-sungguh untuk kemajuan syarikat, tetapi semakin lama dia bekerja semakin turun semangatnya sehingga lama-lama langsung hilang, dan dia datang bekerja kerana tiada pilihan.

Kesan de-motivasi adalah sesuatu yang tidak pernah dialami oleh anak-anak buah Nabi Muhammad. Tidak ada dalam rekod sejarah sebarang catatan yang menunjukkan Nabi Muhammad pernah berkata ataupun melakukan sesuatu yang telah menyebabkan orang hilang semangat kerjanya.

Sekiranya seseorang ketua itu tidak mahir memberi motivasi, hal itu tidak membahayakan survival syarikat kerana manusia pandai memotivasi dirinya sendiri. Sebaliknya jika ketua itu melakukan perkara-perkara yang men-demotivasi anak buahnya, maka situasi itu amat membahayakan survival syarikat. Apa yang kerap berlaku, atas nama mahu memotivasi pekerja, sebaliknya apa yang dilakukan oleh ketua menyebabkan sebaliknya, yakni menjatuhkan semangat kerja mereka.

Salah satu tujuan memberi motivasi adalah supaya orang yang sudah sedia suka melakukan kerja-kerja yang baik itu mempunyai semangat mahu meneruskan kerja-kerjanya yang baik itu dengan lebih kerap dan dengan kualiti kerja yang lebih tinggi. Sebagai contoh, orang yang sudah mahu sembahyang diberi motivasi supaya dia terus mahu sembahyang dengan konsisten, dan juga supaya mutu sembahyangnya diperingkatkan lagi.

Dalam rekod sejarah, ada catatan berkenaan suatu peristiwa bagaimana Nabi Muhammad memotivasi seorang lelaki supaya meningkatkan kualiti kerjanya. Daripada catatan itu kita dapat menggali
strategi, prosedur, teknik dan taktik yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi mendorong perubahan tingkah laku seseorang yang prestasi kerjanya di bawah par.

Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil dia membaca dengan kuat 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' (Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh berkat.)
Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.”
-- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Prestasi lelaki itu di bawah par kerana:

a. Walaupun dia datang solat berjamaah di masjid, tetapi dia datang lambat, itu yang menyebabkan dia terkocoh-kocoh sampai nafasnya termengah-mengah.

b. Sudahlah dia datang lambat, dia buat bising dengan berzikir kuat-kuat, sehingga Nabi yang sangat khusyuk pun telah terdengar zikirnya dengan terang dan jelas, apatah lagi orang-orang lain dalam makmum.

c. Apabila ditanya oleh Nabi siapa yang buat bising, dia tidak mahu mengaku.

d. Walaupun dia berzikir, tetapi zikirnya itu bukan zikir yang diajarkan oleh Nabi, yakni dia pandai-pandai mencipta zikirnya sendiri, itulah sebabnya Nabi sampai berkata bahawa zikir itu bukan sesuatu yang berdosa, baru dia berani mengaku.

Dalam peristiwa di atas, lelaki itu melakukan 3 perkara yang tidak baik alias kesalahan, dan dia melakukan 1 perkara baik iaitu mengucapkan
'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.'

Apakah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad? Beliau diam, tidak menyebut sedikit pun 3 kesalahan yang telah dilakukan oleh lelaki itu. Sebaliknya beliau memuji 1 perbuatannya yang baik dengan berkata,
“Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.”

Kita yakin, selepas lelaki itu menerima pujian dari Nabi dengan disaksikan oleh semua makmum yang ada, lelaki itu tidak pernah datang lambat lagi ke masjid, dan dia tidak buat bising lagi!

Bandingkan pula antara apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dalam peristiwa itu dengan apa yang lazimnya dilakukan oleh ketua-ketua kepada orang bawahannya yang lebih banyak melakukan kesilapan daripada melakukan apa yang betul.

Nota: Dalam sesi training, peserta akan berlatih menggunakan strategi, prosedur dan teknik-teknik bagaimana mendorong orang bawahan supaya mengubah tingkah laku mereka yang buruk kepada yang baik.

.

Sebagai Ketua: Nabi Muhammad Memuji Anak Buahnya yang Melakukan Kesalahan

Lazimnya, apabila ketua hendak memotivasi anak-anak buahnya yang tidak cemerlang, dia menyuruh mereka supaya mencontohi orang-orang yang cemerlang. Semasa menyuruh itu si ketua memuji-muji orang yang cemerlang itu. Amalan ini adalah berdasarkan andaian bahawa dengan memuji-muji orang yang cemerlang maka semangat kerja mereka yang tidak cemerlang akan naik sebab mereka teruja mahu menjadi cemerlang macam orang yang dipuji-puji itu. Adakah andaian ini benar?

Nabi Muhammad adalah seorang ketua dan juga seorang motivator serentak. Beliau dapat mendorong orang yang sikap, tingkah laku dan prestasi kerjanya yang tidak cemerlang berubah sehingga menjadi sangat cemerlang.

Salah satu strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi mendorong individu yang kurang cemerlang supaya mahu mengubah sikap dan cara kerjanya adalah dengan memuji individu itu di hadapan orang-orang besar, yakni VIP (very important person).

Dalam menjalankan kerja secara berpasukan, Nabi Muhammad sentiasa menjadi ketua. Orang-orang lain semua menjadi anggota pasukannya. Dalam pasukan itu ada anggota yang kualiti kerja mereka masih kurang cemerlang. Sebagai ketua Nabi Muhammad menjalankan tugas mendorong mereka menjadi anggota pasukan yang cemerlang.

Apabila Nabi Muhammad bersembahyang di masjid, sahabat-sahabat beliau yang paling utama, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan lain-lain, sentiasa ada bersama. Mereka adalah VIP.

Salah satu strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi mendorong individu-individu yang belum cemerlang supaya meningkatkan kualiti kerja mereka adalah dengan memuji mereka di hadapan orang-orang besar, yakni VIP.

Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' (Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh berkat.)
Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucap sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.”
Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” --
Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam hadith di atas, lelaki itu melakukan 3 kesalahan:
a. Dia datang sembahyang tetapi lambat.
b. Dia bercakap kuat sehingga mengganggu orang lain yang sedang sembahyang.
c. Apabila ditanya, dia tidak mengaku.

Tetapi pada waktu yang sama lelaki itu juga melakukan 1 perkara yang betul, iaitu zikir yang dibacanya itu adalah zikir yang baik.

Dalam peristiwa di atas, meskipun lelaki itu melakukan 3 kesalahan, Nabi hanya memuji perkara betul yang dilakukannya. Dan pujian itu disebut dengan terang dan dan jelas di hadapan semua VIP yang ada.


Dalam suatu peristiwa lain, Ibnu Umar menceritakan, pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran seorang lelaki berkata, "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila." Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya kepada orang-orang yang ada, "Siapakah tadi yang membaca ucapan itu?" Lelaki itu menjawab, "Saya, ya Rasul Allah." Lalu Nabi Muhammad berkata,
"Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu." Dalam laporannya, Ibnu Umar berkata, "Semenjak saya terdengar Nabi Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata itu." - catatan peristiwa ini ada dalam rekod koleksi hadith-hadith autentik Muslim.

Dalam peristiwa di atas, orang kecil yang dipuji oleh Nabi Muhammad itu juga melakukan kesilapan, yakni beliau bercakap kuat di dalam masjid. Meskipun dia bercakap kuat tetapi kata-kata yang diucapkannya itu adalah kata-kata yang baik. Nabi Muhammad tidak menegur kesilapannya bercakap kuat, sebaliknya memuji kebaikan kata-kata yang diucapkannya.



Teknik Nabi Muhammad Memuji Orang Kecil Datang Lambat

Nabi Muhammad seorang ketua yang pemurah dengan puji-pujian. Beliau memberi pujian kepada semua orang. Orang besar-besar pun beliau puji, orang kecil-kecil pun beliau puji. Malah orang yang membuat banyak kesilapan pun beliau puji juga.

Hadis di bawah ini menunjukkan teknik bagaimana Nabi Muhammad memberikan pujian kepada orang kecil. Prinsip yang beliau gunakan adalah membezakan antara 'orang' dan 'hasil kerjanya'.

Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' (Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh berkat.) Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucap sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” -
Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad tidak memuji diri orang kecil itu.
Apabila Nabi Muhammad memuji orang kecil, perkara yang dipujinya itu adalah hasil kerja si orang kecil tersebut. Katanya, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.”

Beliau tidak berkata:

* "Kamu bagus."
* "Kamu pandai berzikir"
* "Kamu hebat."
* "Kamu pandai."


Sebagai Ketua: Cara Bagaimana Nabi Muhammad Menjaga Maruah Orang Kecil

Risiko sosial adalah risiko mendapat malu dan jatuh maruah di hadapan orang lain.

Lazimnya kita sangat berhati-hati apabila mahu mengkritik orang besar secara terbuka, yakni di hadapan orang lain, tetapi kurang berhati-hati apabila orang itu adalah orang kecil.
Ini kerana kita anggap maruah orang besar lebih berharga daripada maruah orang kecil.

Sebagai contoh, guru besar berhati-hati hendak menegur kesalahan guru-guru secara terbuka di hadapan murid, tetapi tidak berhati-hati apabila menegur murid-murid di hadapan guru-guru. Di rumah pun begitu juga, kita berhati-hati menegur pasangan kita di hadapan anak-anak, tetapi kita tidak berhati-hati menegur anak-anak di hadapan pasangan kita.

Dalam rekod sejarah, ada catatan tentang suatu kejadian yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad menjaga maruah orang kecil.

Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' (Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh berkat.) Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucap sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” -
Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad melakukan dua perkara serentak:

a. Tidak menyebut sama sekali berkenaan tiga kesalahan yang dilakukan oleh orang kecil itu.
b. Memuji satu perkara betul yang dilakukan oleh orang kecil itu.


Nabi Muhammad Mengurus Risiko Sosial

Istilah 'risiko sosial' merujuk kepada risiko mendapat malu ataupun jatuh martabat di hadapan orang lain.

Faktor risiko sosial adalah faktor utama yang menyebabkan seseorang itu tidak mahu tampil ke hadapan, baik bagi tujuan bertanya, mengemukakan pendapat, idea ataupun menyumbangkan daya usaha, disebabkan mereka takut mendapat malu sekiranya idea mereka dikritik dan ditolak dengan cara yang menjatuhkan maruah mereka.

Risiko sosial juga menyebabkan pecah-belah dalam kumpulan. Orang yang pendapatnya, ilmunya dan sikapnya telah secara terbuka dikritik, ditegur, dimalukan dan dijatuhkan martabatnya tidak akan berterima kasih, bergembira dan semakin hormat dan menyukai orang yang telah menyebabkan dia mendapat malu.

Dalam rekod sejarah, ada catatan tentang suatu kejadian yang menunjukkan unsur risiko sosial dan bagaimana Nabi Muhammad mengurus risiko itu.

Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' (Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh berkat.) Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucap sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” -
Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad bertanya dua kali
“Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” tetapi tidak ada jawapan. Selepas beliau berkata, “Sebenarnya dia tidak mengucap sesuatu yang berdosa.” barulah orang itu mengaku.

Dalam peristiwa itu juga, lelaki yang sama melakukan kesalahan datang lambat dan bercakap kuat, tetapi dua kesalahan itu tidak ditegur oleh Nabi Muhammad, padahal kesalahan itu sangat terang dan nyata, namun Nabi Muhammad mendiamkannya sahaja, seolah-olah tidak ada apa-apa kesalahan telah dilakukan.

Kita dapat simpulkan, dalam peristiwa itu, antara (i) menegur kesalahan dan (ii) menjaga risiko sosial, Nabi Muhammad mengutamakan urusan menjaga risiko sosial.


Kritik: Psikologi Aliran Barat Menggalakkan Kritikan Membina bagi Membetulkan Sikap dan Tingkah Laku yang Salah

Ilmu psikologi aliran Barat mengajarkan kepada kita konsep constructive criticism (kritikan membina) sebagai alat kerja apabila kita mahu membetulkan sikap dan tingkah laku yang salah. Konsep 'kritikan membina' ini adalah konsep yang dicipta oleh Barat dan kita meminjam konsep itu serta menjadikannya amalan.

Pakar-pakar psikologi dan komunikasi interpersonal Barat mencipta dan mengajarkan kepada kita pelbagai strategi dan teknik bagaimana menyampaikan kritikan membina supaya efektif, yakni supaya kita dapat membetulkan kesalahan-kesalahan orang di sekeliling kita.

Kita juga diajar supaya bersikap terbuka terhadap kritikan-kritikan yang ditujukan kepada kita. Realiti bahawa kita tidak pandai bersikap terbuka apabila menerima kritikan adalah faktor mengapa kita didorong supaya bersikap terbuka.

Pengaruh konsep 'kritikan membina' itu sangat mendalam sehingga golongan agama pun belajar menggunakan kritikan sebagai alat kerja mereka apabila berceramah ataupun menyampaikan kuliah.

Intipati apa yang disebut sebagai kritikan membina adalah menyebut di mana seseorang itu tidak tahu, bodoh, jahil, tidak faham, tersalah, tersilap, tidak betul, terlupa, lemah, leka, alpa, cuai, berniat tidak elok dan banyak lagi.

Disebabkan kita yakin bahawa kritikan mempunyai banyak manfaat, dan bahawa kritikan adalah cara yang betul, maka kita cenderung menyalahkan orang yang tidak mahu menerima kritikan dengan menuduh mereka tidak bersikap terbuka dan lain-lain tuduhan.

Keyakinan bahawa kritikan adalah alat kerja yang betul menyebabkan kita lebih terfokus kepada aktiviti mencari kelemahan dan kesilapan bagi dijadikan bahan untuk dikritik. Kita menjadi sangat mahir mencari salah silap orang. Kita juga menjadi sangat mahir mengkritik orang. Akibatnya, banyak penceramah motivasi, baik daripada golongan agama mahupun bukan, tidak tahu lagi bagaimana hendak menyampaikan ceramahnya tanpa mengkritik mana-mana pihak.

Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' (Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh berkat.) Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucap sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.”
Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” --
Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam hadith di atas, lelaki itu melakukan 3 kesalahan:
a. Dia datang sembahyang tetapi lambat.
b. Dia bercakap kuat sehingga mengganggu orang lain yang sedang sembahyang.
c. Apabila ditanya, dia tidak mengaku.

Dalam hadith di atas, dalam keadaan Nabi Muhammad nampak 3 'kesalahan' itu, beliau 'tutup mata' terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu, sebaliknya beliau memuji satu perkara betul yang dilakukannya.


Nota: Dalam kalangan pakar-pakar psikologi Barat, ada sekumpulan yang menolak amalan menggunakan constructive criticism. Mereka mengatakan apa yang disebut
constructive criticism itu tidak wujud. Ia adalah teori semata-mata, dan teori itu tidak dapat dibuktikan benar dengan cara ujikaji dalam makmal. Mereka mengatakan semua bentuk kritikan adalah destructive, yakni merosakkan, kerana apa jua bentuk kritikan ia mencederakan psikologi individu yang dikritik.


Sebagai Ketua: Nabi Tidak Menegur Kesalahan yang Dilakukan oleh Orang yang Berusaha

Salah satu tujuan mendorong perubahan tingkah laku adalah supaya seseorang itu menjalankan kerja-kerjanya dengan kualiti yang tinggi. Dalam amalan lazim, kita banyak menegur orang yang menjalankan kerjanya secara sukarela tetapi masih ada kesilapan pada hasil kerjanya itu.

Nabi Muhammad adalah seorang pendorong perubahan tingkah laku yang sangat efektif. Banyak anak buah beliau bermula sebagai individu tidak cemerlang tetapi, di bawah pengaruh Nabi Muhammad, lama kelamaan mereka menjadi indidvidu-individu yang cemerlang.

Dalam catatan sejarah ada suatu peristiwa di mana salah seorang anak buah Nabi Muhammad menjalankan kerjanya tetapi cara dia menjalankan kerjanya itu tidak sempurna, yakni belum cukup baik.


Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil dia membaca dengan kuat 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' (Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh berkat.)
Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.”
-- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam peristiwa di atas, ada seorang lelaki melakukan kerja tetapi kualiti kerjanya tidak tinggi. K
erja yang dilakukannya itu adalah kerja sukarela, bukan kerja yang wajib dilakukan. Contoh kerja sukarela adalah sembahyang regular yang dijalankan secara beramai-ramai di masjid.

Lelaki dalam catatan sejarah itu datang secara sukarela ke masjid bagi melakukan ibadah sembahyang beramai-ramai, tetapi beliau datang lambat. Sudahlah beliau datang lambat, beliau juga bercakap kuat sehingga dapat didengar oleh orang lain yang minda mereka sedang fokus kepada Tuhan. Namun Nabi Muhammad sama sekali tidak menegur kesalahan anak buahnya itu.