Sebagai seorang ketua, Nabi Muhammad juga seorang motivator yang sangat mahir menggunakan strategi linguistik bagi mendorong orang supaya mahu menjadi orang yang lebih baik.
Banyak catatan dalam rekod sejarah yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad bercakap, di mana kata-kata yang diucapkannya mendorong orang yang mendengar mahu berubah dan menjadi orang yang lebih baik daripada keadaan mereka waktu itu.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi Muhammad pernah berkata, "Sebanyak 70 ribu orang dari kalangan pengikutku akan masuk syurga tanpa dihisab. Wajah mereka bercahaya-cahaya laksana bulan purnama." Lalu Ukasyah bin Mihson al-Asadi bangun sambil meletakkan selimut ke badannya dia berkata, "Wahai Rasul Allah, doakanlah kepada Allah supaya saya dimasukkan ke dalam golongan mereka." Lalu Rasulullah berdoa, "Ya Allah, masukkanlah dia dalam golongan mereka." Lalu bangun seorang penduduk asal kota Madinah dan dia berkata, "Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah supaya saya dimasukkan dalam golongan mereka." Rasulullah berkata, "Saudara sudah mendahului Ukasyah." -- Peristiwa ini ada dalam rekod hadith-hadith autentik dalam koleksi Bukhari dan koleksi Muslim.
Dalam peristiwa itu ada beberapa perkara yang menarik diberi perhatian:
1. Jumlah semua orang yang ada di hadapan Nabi Muhammad tidak sampai 70 ribu orang. Namun beliau memberitahu mereka jumlah 70 ribu akan terus masuk syurga.
2. Beliau tidak mengatakan mereka yang ada bersama beliau semuanya termasuk dalam angka 70 ribu itu.
3. Beliau tidak menerangkan kriteria yang melayakkan 70 ribu orang itu masuk syurga tanpa dihisab.
.