Apa itu Training

Training adalah proses memindahkan skill dari trainer kepada trainee. Ini dilakukan dengan trainer menerangkan kepada trainee teknik-teknik yang betul bagaimana sesuatu kerja itu dijalankan, dan seterusnya dengan membimbing trainee berlatih menggunakan teknik itu.

Cara-cara menunjukkan teknik yang betul:

a. Trainer sendiri melakukan demo. Trainee tengok bagaimana trainer menggunakan teknik itu. Sebagai contoh trainer ambil air sembahyang. Semua trainee tengok sahaja.

b. Tunjukkan contoh-contoh teknik yang salah. Dengan menunjukkan cara-cara yang salah, maka trainee dapat kaitkan dengan kesilapan yang mereka pernah lakukan.

c. Gunakan alat bantu seperti klip video dll.

Cara-cara memindahkan skill dari trainer kepada trainee:

a. Desain aktiviti latihan yang berkaitan dengan skill. Sebagai contoh, adakan sesi di mana tiap-tiap trainee berlatih mengambil air sembahyang di hadapan trainer. Trainee buat, trainer perhatikan.

b. Bimbing trainee berlatih melakukan kerja itu dengan menggunakan teknik-teknik yang ditunjukkan. Apabila trainee buat kesilapan, tunjukkan teknik yang betul, sehinggalah dia dapat melakukannya dengan betul.


Mitos dalam Training

Seorang pengurus latihan di sebuah syarikat menerima cadangan modul bina insan dari sebuah syarikat pembekal perkhidmatan training aliran Islamik. Apabila modul itu dijalankan, pengurus latihan itu mendapati tokoh-tokoh yang mengendalikan sesi telah banyak bercakap kepada peserta dengan gaya memberi kuliah agama. Semasa bercakap itu tokoh-tokoh tersebut menerangkan perkara-perkara penting berkenaan kaitan antara agama, insan, ibadah dan pekerjaan. Namun kuliah yang diberikan itu tidak termasuk dalam bidang 'training'.

Nabi Muhammad menunjukkan banyak ilmu yang relevan dengan sains dan kemahiran mendorong orang supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka kepada yang lebih baik. Antara perkara-perkara yang Nabi Muhammad tunjukkan adalah: (i) Apa itu prinsip, dan (ii) Apa itu teknik.

Memahami perbezaan antara apa yang disebut dengan istilah 'prinsip' dan istilah 'teknik' adalah kemahiran kritikal kepada pendakwah, motivator, trainer dan penceramah.
Prinsip adalah statement yang memberitahu apa yang betul dan apa yang salah. Statement 'kerja adalah ibadah' adalah contoh sebuah prinsip. Memang betul bahawa dalam Islam kerja ada sejenis ibadah. Satu lagi contoh statement prinsip adalah 'nasihat yang baik adalah sedekah'.
Prinsip-prinsip adalah sebahagian daripada ilmu, itulah sebabnya hanya tokoh yang mempunyai ilmu sahaja yang dapat menerangkan prinsip-prinsip itu. Banyak sesi training yang dikendalikan oleh tokoh yang mempunyai banyak ilmu berakhir dengan peserta belajar dan faham apa yang dikatakan perkara-perkara yang penting, tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menterjemahkan perkara-perkara penting menjadi tindakan atau action.

Apabila tokoh menerangkan prinsip, yakni ilmu, automatik tokoh itu akan banyak bercakap manakala peserta sesi training duduk mendengar sahaja. Tokoh itu banyak bercakap disebabkan dia mahu mengajarkan prinsip-prinsip itu kepada peserta. Dia mahu mencurahkan ilmunya yang banyak.

Salah satu mitos dalam bidang training adalah: Kalau peserta sudah tahu apa yang penting, maka peserta akan dapat memikirkan sendiri bagaimana perkara penting itu perlu diterjemahkan menjadi amalan praktis di tempat kerjanya. Namun ini adalah mitos. Ia umpama kita percaya apabila peserta faham bahawa sukan adalah penting bagi kesihatan, maka secara automatis mereka akan pandai bermain bola. Namun mitos ini sangat popular di kalangan tokoh-tokoh yang mengendalikan sesi training, di mana mereka banyak bercakap kepada peserta menerangkan prisnisp-prinsip. Hasilnya peserta tahu apa yang penting tetapi tidak pandai mengaplikasikan perkara-perkara penting itu.
Teknik-teknik menerangkan 'how to'. Jadi, teknik adalah cara dan prosedur bagaimana sesuatu kerja itu dilakukan step-by-step. Sebagai contoh, semua orang sudah tahu bahawa 'nasihat yang baik adalah sedekah', namun apabila nasihat yang baik itu diberikan dengan menggunakan teknik yang salah, kesannya orang yang dinasihati itu mungkin menolak nasihat itu, malah dia mungkin membenci si penasihat. Ini kerana tokoh-tokoh itu menerangkan hal-hal yang menjadi prinsip.

Cara-cara mengajarkan prinsip-prinsip dalam agama adalah melalui kuliah dan tazkirah, kerana prinsip-prinsip adalah sebahagian daripada 'ilmu pengetahuan', oleh itu ilmu disampaikan dengan teknik mengajar, ceramah dan tazkirah. Selepas menerangkan prinsip-prinsip, langkah seterusnya adalah menterjemahkan prinsip-prinsip itu menjadi teknik-teknik, dan seterusnya bagaimana menggunakan teknik-teknik itu.

Setakat mengetahui prinsip-prinsip adalah tidak cukup kerana bukan semua orang pandai mencipta sendiri strategi, prioriti, prosedur dan teknik-teknik bagi menerapkan prinsip-prinsip yang sudah diterangkan itu. Tugas menciptakan strategi, proriti, prosedur dan teknik-teknik adalah tugas kepakaran tinggi.
Teknik adalah sebahagian daripada skill atau kemahiran. Oleh itu skill dipindahkan daripada trainer kepada trainee menggunakan aktiviti-akitiviti problem-solving approach. Trainee diberikan problem dan mereka berlatih menyelesaikan problem itu. Pada akhir sesi, mereka sudah dapat mempelajari dan juga menguasai teknik-teknik yang diperlukan semasa menyelesaikan problem itu.

Nabi Muhammad ada menunjukkan teknik dan prosedur yang betul apabila menyebut kata-kata nasihat. Sebagai contoh, salah satu teknik Nabi Muhammad menyebutkan kata-kata nasihat adalah dengan bertanya dahulu kepada target apakah dia mahu mendengar nasihat yang akan diberikan itu. Sebelum memberi nasihat, Nabi Muhammad berkata, "Mahukah kamu....?" Hanya selepas target menjawab, "Mahu...." barulah Nabi menyebutkan kata-kata nasihat itu.

Jadi, Nabi Muhammad menunjukkan kepada kita bahawa teknik yang betul memberikan kata-kata nasihat adalah dengan bertanya dahulu kepada target apakah dia mahu mendengar apa yang akan disampaikan kepadanya ataupun tidak. Dengan lain perkataan, kita perlu meminta izin terlebih dahulu daripada target sebelum menyampaikan kata-kata nasihat kepadanya. Jika target setuju dan mahu, barulah nasihat itu diberikan. Jika dia tidak mahu, jangan diberikan nasihat itu.

Pada prinsipnya, mengucapkan kata-kata nasihat adalah perbuatan yang betul dan baik. Namun, apabila kata-kata nasihat yang betul diberikan dengan menggunakan teknik yang tidak betul, ia boleh menyebabkan banyak kesan negatif, terutamanya kesan emotif kepada target. Berdasarkan teknik yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad itu, sebelum menyampaikan ceramah yang mengandungi kata-kata nasihat, kita perlu bertanya dahulu kepada hadirin apakah mereka mahu mendengar nasihat yang akan kita sampaikan.

Prinsip, Metod, Teknik dan Skill

Apakah itu prinsip?

Prinsip menerangkan apa yang betul. Contoh prinsip:

* Jawatan ketua adalah amanah.
* Ketua hendaklah bersikap adil kepada orang bawahan.
* Ketua tidak boleh menyalahgunakan kuasa.
* Kerja adalah ibadah yang diberi ganjaran pahala.

Kerana prinsip menerangkan perkara-perkara yang betul, maka oleh itu prinsip disampaikan dengan menggunakan format ceramah, kuliah dan tazkirah.

Apa itu metod?

Metod terdiri daripada suatu set teknik-teknik yang menggunakan asas yang serupa. Contoh-contoh metod memotivasi staf:

Metod aplikasi teori psikologi Barat
Metod memberi pelbagai ganjaran
Metod mengenakan denda
Metod berkongsi keuntungan
Metod feedback

Apakah itu teknik?

Teknik adalah cara dan prosedur langkah-demi-langkah bagaimana menjalankan sesuatu kerja.

Contoh: Teknik mengambil air sembahyang.
Langkah pertama: Sediakan air.
Langkah kedua: Niat.
Langkah ketiga: seterusnya....

Apakah itu skill?

Skill adalah kemahiran. Skill bertambah baik dengan melakukan sesuatu kerja itu berkali-kali dengan menggunakan teknik-teknik yang betul.

Dalam sesi training, prinsip diterangkan pada bahagian pembukaan setiap sesi, yakni sebelum memperkenalkan teknik dan seterusnya diikuti oleh sesi latihan menggunakan teknik itu.

Contoh pembahagian masa bagi modul yang selama 30 minit:

05 minit = Trainer merangkan prinsip 'Ketua hendaklah menilai kerja orang bawahan.'

10 minit = Trainer menerangkan teknik bagaimana Nabi Muhammad memberikan markah kepada kerja yang dijalankan.

15 minit = Peserta berlatih mendapatkan skill dengan memberi markah menggunakan teknik Nabi.



Teknik adalah Bebas-agama

Teknik adalah sesuatu yang bebas agama. Justeru teknik menendang bola, ataupun teknik berpidato tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana agama. Teknik-teknik itu dapat dipelajari dan diamalkan oleh sesiapa sahaja.

Teknik-teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad dapat dipisahkan daripada elemen keberagamaan, oleh itu teknik-teknik tersebut dapat dipelajari dan digunakan oleh sesiapa sahaja, baik oleh orang Islam mahupun oleh orang yang menganut agama-agama lain. Inilah yang dilakukan oleh orang-orang bukan Islam apabila mereka meminjam elemen-elemen dalam Islam.

Sebagai contoh, teknik Nabi Muhammad memberi markah kepada hasil sesuatu kerja dapat digunakan oleh sesiapa sahaja. Di bawah ini adalah hadith yang menunjukkan teknik pemarkahan yang digunakan oleh Nabi Muhammad:

Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” (Dari Kitab Shahih Sunan Tarmizi: Hadith No. 2689)

Teknik pemarkahan itu dapat diaplikasikan bagi menilai dan memberi ganjaran kepada apa-apa sahaja kerja, bukan khusus untuk kerja memberi salam.

Dengan memisahkan teknik daripada agama, organisasi bukan milik orang Islam pun dapat menggunakan teknik-teknik Nabi Muhammad. Malah trainer bukan Islam pun dapat menyampaikan modul yang menggunakan teknik-teknik Nabi Muhammad.

Nota: Dalam sesi training peserta akan belajar dan berlatih menggunakan teknik-teknik Nabi Muhammad sahaja. Mereka tidak dipaksa mengikuti program ritual ibadah bersama trainer.

Trainer Melatih, Guru Mengajar

Nabi Muhammad melakukan kerja-kerja sebagai guru dan juga kerja-kerja sebagai trainer. Pada satu masa beliau mengajarkan ilmu. Pada masa lain beliau memberikan skill.

Disebabkan ada perbezaan antara tugas-tugas trainer dan tugas-tugas guru, maka itulah sebabnya banyak trainer tidak mahir mengajar, manakala banyak guru tidak mahir melatih.

Guru mengajarkan ilmu kepada pelajarnya, seperti ilmu sains, matematik, sejarah, bahasa dan lain-lain. Tanggungjawab guru adalah memasukkan informasi ke dalam otak pelajarnya. Ilmu sains yang digunakan oleh guru semasa mengajar disebut pedagogi.

Trainer melatihkan skill kepada traineenya. Sebagai contoh trainer bidang kreativiti melatih trainee teknik-teknik berfikir secara kreatif sehingga trainee mempunyai skill itu. Trainer tidak menggunakan sains pedagogi. Metod, teknik dan alat-alat yang digunakan oleh trainer berbeza daripada yang digunakan oleh guru.

Ada masanya seseorang itu keliru antara profesion trainer dan profesion guru. Sebagai contoh, dia datang atas nama trainer yang akan menjalankan sesi training, namun apa yang berlaku adalah apabila di masuk ke dalam bilik training dia mula mengajar. Sebagai contoh, dia banyak bercakap, manakala peserta banyak diam mendengar. Dia obses memberi penerangan itu dan ini, yakni aktiviti memasukkan informasi ke dalam otak peserta dengan tujuan mahu memberi kefahaman. Itu adalah kerja guru, bukan kerja trainer....

.

Ciri-Ciri Trainer yang Bagus

Orang yang memiliki banyak ilmu belum tentu dapat menjadi trainer dalam bidang ilmunya. Sebagai contoh, profesor komunikasi belum tentu pandai melatih orang sampai menjadi komunikator yang baik.

Orang yang pandai membuat sesuatu kerja pun belum tentu pandai menjadi trainer kerana 'pandai buat' dan 'pandai train' orang lain adalah dua skill yang berlainan. Sebagai contoh, orang yang pandai menghias kek pengantin belum tentu pandai melatih orang-orang lain sampai orang itu pandai macam dia apabila menghias kek pengantin.

Trainer yang bagus tahu menggunakan teknik-teknik yang betul bagi memindahkan skill kepada trainee.

Dengan lain perkataan trainer yang bagus memiliki skill dalam 2 perkara:

a. Trainer memilik skill dalam bidang 'teknik mengajarkan teknik'
b. Trainer memiliki 'skill memindahkan skill'

Dua skill di atas dapat diperoleh dengan:

a. Mengikuti kursus TOT (train the trainer)
b. Berlatih di bawah bimbingan trainer senior

.

Speaker dan Trainer

Ada beberapa profesion yang termasuk dalam industri training.

Speaker
Speaker tampil di hadapan audiens dan menyampaikan ceramah, kuliah, tazkirah dan syarahan. Contoh speaker yang terkenal adalah Datuk Dr. Fadzillah Kamsah.

Objektif speaker bercakap adalah memberi awareness kepada audiens berkenaan topik ceramahnya. Jadi, pada akhir ceramah mereka yang mendengar sedar akan perkara-perkara yang disampaikan dalam ceramah.

Speaker tidak menjalankan fungsi latihan, oleh itu audiens tidak belajar skill.

Trainer
Trainer mengendalikan sesi training.
Tugas trainer adalah memberikan skill kepada trainee. Mereka datang dengan modul-modul dan bahan-bahan latihan. Mereka mengendalikan sesi di mana trainee berlatih skill-skill baru.

Trainer tidak menyampaikan ceramah, oleh itu m
ereka tidak banyak bercakap di hadapan peserta.

Coach
Mereka juga mengendalikan sesi training yang tetapi cara kerja mereka berbeza sedikit. Lazimnya mereka melatih individu.

Fasilitator
Mereka membantu sesi training supaya berjalan lebih lancar.

Ada kalanya pelanggan keliru antara speaker dan trainer. Mereka mengundang speaker bagi menjalankan sesi training. Hasilnya mereka mendengar banyak ceramah, bukan mendapat skill-skill yang dimahukan.

.

Speaker, Trainer dan Showmanship

Showmanship adalah salah satu alat kerja yang digunakan oleh speaker bagi menyampaikan ceramah mereka supaya berkesan. Speaker yang mahir menggunakan showmanship berpeluang menjadi selebriti dan menerima yuran tinggi. Sebaliknya, speaker yang tidak memiliki bakat showmanship yang tinggi akan menerima yuran biasa-biasa sahaja.

Menyampaikan ceramah adalah suatu bentuk drama, yang mempunyai skrip yang dilakonkan bagi menyampaikannya. Inilah faktor yang menyebabkan para speaker mempunyai busana khusus, menggunakan prop, dan mempunyai bakat berlakon. Faktor-faktor itu menjadikan mereka orang lain, yakni bukan diri mereka yang sebenar, semasa mereka sedang berada di hadapan audiens.

Disebabkan speaker mempunyai 2 wajah, iaitu satu wajah palsu yang ditampilkan di pentas, dan satu lagi wajah sebenar di dalam kehidupan peribadi. Apabila berada di pentas mereka menampilkan wajah orang yang serba-serbi bagus dan cemerlang. Ini memaksa
mereka sentiasa sangat menjaga imej dan penampilan mereka di khalayak.

Trainer tidak menggunakan showmanship kerana keberkesanan training tidak memerlukan showmanship kerana dalam training kualiti modul adalah faktor paling penting yang mempengaruhi keberkesanan sesi training.

.

Teknik dan Formula Bagaimana Nabi Muhammad Berkongsi Hasil Keuntungan Bisnes

Ini adalah contoh bagaimana Islam dapat dimasukkan ke dalam SOP (standard operating procedure) organisasi:

PTS adalah sebuah syarikat yang mengaplikasi salah satu formula bagaimana Nabi Muhammad membahagi-bahagikan keuntungan di kalangan semua pihak yang menyumbang kepada pemerolehan keuntungan itu.

Dalam kes ini PTS menggunakan formula bagaimana Nabi Nabi Muhammad membahagi-bahagikan harta rampasan perang.

Nabi Muhammad membahagikan tentera Islam ke dalam 3 kategori:

1. Tentera pasukan berkuda menerima porsi paling tinggi.
2. Tentera pasukan pemanah menerima porsi kedua tinggi.
3. Tentera pasukan berjalan kaki dan pasukan logistik menerima porsi ketiga tinggi.

Aplikasi di PTS:
Setiap bulan semua staf PTS menerima komisen daripada hasil jualan buku-bukunya. Di sini amalan PTS berbeza daripada amalan tradisional di mana komisen jualan hanya dibayarkan kepada salesman sahaja, manakala di PTS semua staf yang berjawatan tetap, termasuk cleaner-cleaner pun menerima komisen jualan.

Unit kawalan kredit bertugas mengutip hutang daripada kedai-kedai buku. Daripada jumlah hutang yang dapat dikutip itu, sebahagian daripadanya diambil dan diberikan kepada semua staf sebagai komisen jualan.

PTS membayar komisen bulanan kepada semua staf pada setiap 15 haribulan.

Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad, semua staf PTS dikategorikan ke dalam 3 kategori juga:

1. Staf pasukan berkuda PTS
Contoh saf yang tergolong dalam kategori ini adalah mereka yang secara langsung menjalankan kerja-kerja jualan seperti pengurus dan salesman. Kerani-kerani di jabatan jualan tidak termasuk dalam kategori ini.

2. Staf pasukan pemanah PTS
Contoh staf yang termasuk dalam kategori ini adalah semua staf jabatan editorial dan jabatan marketing.

3. Staf pasukan infantri PTS
Contoh staf yang termasuk dalam kategori ini adalah staf jabatan kewangan, staf jabatan sumber manusia dan semua staf perkeranian.

Apa yang diaplikasikan di PTS adalah contoh bagaimana Islam dapat dimasukkan ke dalam salah satu kamar di dalam jantung organisasi.

Dalam kes ini semua staf, baik yang Islam mahupun bukan Islam, berpeluang menerima benefit daripada aplikasi Islam dalam pengurusan. Malah formula yang diaplikasikan di PTS juga dapat diaplikasikan oleh organisasi-organisasi bukan Islam.

.

Tugas Trainer Bukan Meningkatkan Iman dan Akidah Peserta Sesi Training

Trainer bertugas memindahkan skill. Bagi memindahkan skill, trainer menggunakan metod, teknik-teknik, tool-tool dan prosedur yang spesifik pada jenis-jenis skill yang akan dipindahkan dari trainer kepada trainee. Sebagai contoh, bagi melatih orang skill bermain bola sepak dan melatih orang skill berfikir secara kreatif metod, teknik-teknik, tool-tool dan prosedur yang digunakan adalah amat berbeza.

Iman dan akidah bukan sejenis skill. Iman dan akidah adalah sejenis kepercayaan. Fungsi memberikan iman kepada seseorang adalah fungsi ketuhanan, manakala fungsi menerangkan dan memperbaiki kefahaman tentang akidah adalah fungsi pakar-pakar agama. Oleh itu bagi menerangkan apa itu iman dan akidah, sesi yang diperlukan bukan sesi training, sebaliknya adalah sesi berdakwah.

Banyak pelanggan keliru apabila membeli modul training dari pembekal. Ada 3 kekeliruan yang biasa berlaku:

1. Pelanggan mengundang pakar agama bagi menjalankan sesi training, sebagai contoh training skill bekerjasama dalam pasukan. Hasilnya, pakar-pakar agama itu menjalankan sesi ceramah, tazkirah dan ritual ibadah secara berjemaah.

2. Pelanggan mengundang pakar agama bagi mengubati penyakit staf yang malas dan tidak mahu berinisiatif, sebagai contoh skill mendorong diri sendiri. Hasilnya,
pakar-pakar agama itu menjalankan sesi ceramah, tazkirah dan ritual ibadah.

3. Pelanggan mengundang pakar agama bagi menjalankan sesi motivasi bagi menaikkan semangat kerja di kalangan staff.
Hasilnya, pakar-pakar agama itu menjalankan sesi ceramah, tazkirah dan ritual ibadah.

Kekeliruan pada pihak pelanggan menyebabkan kekeliruan pada pihak pembekal. Hasilnya, modul training yang dibekalkan tidak menghasilkan apa yang dimahukan oleh pelanggan.




Tugas Trainer Memberikan Skill, bukan Mengubah Sikap

Dalam profesion training, tugas trainer adalah memindahkan skill yang dimilikinya kepada peserta-peserta dalam sesi training yang dijalankan. Sebagai contoh:

a. Pilot senior melatih pilot junior menerbangkan pesawat yang terbaru dibeli oleh syarikat.
b. Pakar bedah senior melatih doktor bedah junior menjalankan pembedahan mikro.
c. Chef hotel melatih tukang masak cara-cara menyediakan omelet ala-Perancis.
d. Coach pasukan bola melatih pemain bola bermain menggunakan strategi open-football.
e. Trainer yang fasih bercakap menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) melatih peserta kursus bercakap menggunakan BMT juga.

Namun banyak pelanggan mahukan supaya trainer membetulkan dan mengubah sikap staf mereka yang bermasalah. Ini lebih-lebih lagi apabila pelanggan hendak membeli modul training Islami. Mereka mempunyai pengharapan yang sangat tinggi modul Islamik itu dapat mengubah sikap staf yang dihantar mengikutinya.

Fungsi mengubah dan membetulkan sikap bukan tugas trainer. Ia adalah fungsi dan tugas kaunselor. Namun, disebabkan pelanggan cenderung menghantar ke sesi training staf-staf yang menunjukkan masalah human-problem, akibatnya para trainer cenderung cuba mengubah sikap peserta, padahal trainer tidak memiliki kelayakan dalam bidang perubahan sikap.

Apabila sekembalinya staf dari sesi training dengan tidak menunjukkan perubahan sikap, pelanggan cenderung menyalahkan kegagalan pihak trainer. Manakala trainer cenderung menyalahkan peserta!



Tugas Trainer Bukan Mengubah Sistem Kepercayaan Staf Organisasi

Tugas trainer adalah memberikan skill, skill, skill. Tugas trainer bukan membetulkan kepercayaan dan sikap-sikap buruk peserta.

Menurut ahli-ahli psikologi, sikap adalah pancaran sistem kepercayaan seseorang.
Oleh yang demikian, sikap berubah apabila sistem kepercayaan itu berubah. Tingkah laku pula adalah pancaran sikap. Tingkah laku berbubah apabila sikap berubah.

Sebagai contoh, apabila seseorang sangat percaya kepada perkara-perkara tahyul, maka sikapnya terhadap tahyul akan selaras dengan kepercayaannya itu. Walaupun ada pihak mengatakan itu tahyul semata-mata, namun dia percaya perkara itu benar, bukan tahyul. Sikapnya itu menyebabkan dia melakukan perbuatan-perbuatan yang selaras dengan sikapnya itu.

Di kalangan staf organisasi, setiap orang staf mempunyai jumlah kepercayaan yang tidak terhitung banyaknya. Sebagai contoh, ada staf yang percaya mereka tidak perlu melakukan lebih banyak kerja daripada apa yang diarahkan oleh ketua. Ada pula staf yang percaya pekerjaannya hanyalah cara dia mencari makan.

Tugas mengubah sistem kepercayaan bukan tugas trainer. Ia adalah tugas pakar-pakar dalam bidang-bidang lain, seperti pakar psikologi dan pakar agama.

Namun ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa fungsi terpenting kepimpinan dalam organisasi adalah mengubah sikap staf. Hasil kajian projek ini mendapati Nabi Muhammad menjalankan fungsi mengubah sistem kepercayaan anak-anak buahnya. Dengan perubahan kepercayaan itu, sikap mereka berubah, dan seterusnya tingkah laku mereka berubah. Kepimpinan jenis inilah yang disebut dengan istilah transformational leadership.
Bagi melaksanakan kepimpinan transformasi, ertinya ketua-ketua dalam organisasi memerlukan kompetensi bagi menjalankan fungsi itu.

Nota: Kajian ini menggali strategi, prinsip, teknik, prosedur dan prioriti yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi dijadikan konten dalam modul latihan bagi meningkat kompetensi peserta kursus.



Tugas Trainer bukan Memberi Motivasi kepada Pekerja Malas dan Bermasalah

Dalam semua organisasi sentiasa ada sebilangan kecil staf yang prestasi kerjanya tidak cukup tinggi. Mereka menjadi beban kepada pengurusan, oleh itu lazimnya pengurusan cuba menaikkan semangat kerja staf itu dengan mengambil beberapa langkah seperti:

a. Mengadakan jawatan kaunselor yang memiliki ijazah dalam bidang psikologi organisasi.
b. Mengadakan program bimbingan rakan sekerja.
c. Mengundang speaker-motivator datang menyampaikan ceramag motivasi kerja.
d. Mengundang ustaz menyampaikan tazkirah tentang kaitan kerja dan ibadah.
e. Menghantar staf ke kem-kem motivasi kerja.
f. Membeli pakej motivasi komersial yang diimport dari luar negara.

Tugas memberi motivasi adalah tugas ketua-ketua di tempat kerja. Sebagaimana jeneral tentera bertanggungjawab menaikkan semangat askar di bawah arahannya, demikianlah juga dengan ketua-ketua dalam organisasi. Merekalah yang semestinya menaikkan semangat kerja orang-orang bawahan mereka.

Apabila ada staf yang malas bekerja, maka ketuanya yang bertanggungjawab mendorong orang bawahannya yang malas itu, bukan tugas orang lain seperti trainer, ustaz ataupun speaker-motivator yang dibawa dari luar dan dibayar.

Banyak pelanggan membeli pakej motivasi dengan harapan selepas mengikuti pakej motivasi itu semua staf mereka akan mengalami peningkatan semangat kerja, semangat bersaing mahu naik pangkat dengan cara meningkatkan prestasi kerja masing-masing.

Banyak staf yang malas sebenarnya hanya malas apabila dia berada di tempat kerjanya sahaja, manakala dia adalah orang yang rajin di tempat-tempat lain. Ini menunjukkan ada faktor-faktor di tempat kerjanya yang menyebabkan semangat kerjanya hilang.

Tanggungjawab memulihkan semangat pekerja itu tidak dapat dipindahkan daripada ketuanya kepada orang luar seperti trainer, ustaz ataupun speaker-motivator.

Ini bermakna ketua-ketua perlu memiliki kompetensi menjadi pendorong kepada orang bawahan mereka.

Nota: Dalam sesi training, peserta akan berlatih menggunakan teknik-teknik yang Nabi Muhammad gunakan bagi menaikkan semangat orang bawahan.


.

Tugas Trainer adalah Membantu Ketua Meningkatkan Kompetensi Sebagai Pendorong kepada Orang Bawahannya Sendiri

Ketua-ketua yang efektif dapat mentransformasi orang-orang bawahannya menjadi staf yang lebih baik dan tinggi produktivitinya dari waktu ke waktu. Tugas memotivasi dan mentransformasi staf tidak boleh diserahkan kepada motivator dari luar.

Tugas memotivasi orang bawahan adalah tugas keketuaan yang sentiasa dijalankan pada bila-bila masa. Pada setiap saat, semua tindakan dan perkataan yang diucapkan oleh ketua adalah dengan tujuan memberikan motivasi kepada orang bawahannya. Bagi melakukan ini, ketua-ketua memerlukan ilmu, teknik dan skill. Ketiga-tiga komponen itu dapat diberikan oleh trainer yang spesialis dalam sains motivasi.

Tiga kualiti dan kompetensi yang wajib dimiliki oleh seseorang ketua adalah:


1. Kemahiran memotivasi orang-orang bawahannya
2. Kemahiran berkomunikasi
3. Memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam hal-ehwal teknikal tugas-tugas perjawatannya

Dalam pendekatan Barat, ketua-ketua diberikan pendedahan tentang teori-teori tingkah laku organisasi (organisational behavior) bagi meningkatkan kompetensi mereka sebagai ketua. Teori-teori ciptaan pakar-pakar Barat itu sangat berguna, tetapi tidak semestinya sesuai pada semua ketika dan dalam semua keadaan.

Nabi Muhammad adalah seorang motivator dan transformer. Beliau menggunakan pelbagai strategi, metod, teknik dan prosedur bagi memberikan pelbagai dorongan kepada individu-individu di sekelilingnya sehingga mereka mampu melaksanakan tugas-tugas mereka dengan cemerlang.


Nota: Dalam sesi training, peserta akan ditunjukkan dan dilatih menggunakan strategi, metod, teknik dan prosedur Nabi Muhammad supaya mereka memiliki kompetensi menjalankan fungsi mereka sebagai ketua-cum-motivator kepada orang bawahan mereka sendiri.


.

Contoh Rungutan Peserta Kursus yang Tidak Puas Hati

Di bawah ini adalah contoh surat emel yang pernah diterima dari peserta training yang tidak puas hati dengan mutu training yang beliau pernah ikuti sebelumnya.

Senarai rungutan beliau itu menunjukkan perkara 1 - 4 yang penting dielakkan.

Puan Ainon yang dihormati, pagi ini saya menerima emel daripada jabatan HR (Human Resource) meminta supaya saya hadir ke training ini:

Tarikh: 22 & 23 Oktober 2011
Tajuk: Effective Communication Through Emotional Intelligence & Managing Conflicts

Hati saya rasa sangat berat mahu pergi. Saya sudah bayangkan apa akan berlaku selama 2 hari itu, walau saya harap ia tidak berlaku:

1. Trainer memberitahu perkara-perkara yang saya boleh baca dalam buku.
2. Trainer menunjukkan klip-klip video yang didownload dari YouTube.
3. Peserta diminta menjawab soalan dan melakukan aktiviti dalam kelas yang memalukan atau tidak menarik.
4. Trainer menasihatkan peserta seperti budak-budak.
5. Para peserta akan bermuka masam sepanjang sesi, kecuali mereka yang boleh berlakon.
6. Para peserta akan mengumpat dan mengutuk-ngutuk sesi training ketika sesi makan tengah hari.

Nota: Penulis surat di atas adalah seorang eksekutif kanan dalam sebuah korporat Bumiputera yang sahamnya didagangkan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).


Soalan Lazim tentang Sejauh Mana Modul Latihan Ini Berkesan

Soalan 1: Mengapa penyelidikan ini berfokus kepada cara Nabi Muhammad dan bukannya balik kepada sumber hukum yang utama iaitu kitab al-Quran?

Al-Quran menerangkan prinsip-prinsip umum, manakala sunnah Nabi Muhammad menterjemahkan prinsip-prinsip umum dalam al-Quran itu ke dalam bentuk strategi, pendekatan, teknik, prosedur, prioriti, kata-kata dan tool-tool yang praktikal.

Soalan 2: Berikan satu contoh yang menunjukkan perbezaan yang terang antara teknik Barat dan teknik Nabi Muhammad.

Contoh perbezaan cara Barat dan cara Nabi Muhammad:

Apabila ada orang datang berjumpa Nabi Muhammad dan mengaku dia telah melakukan kesalahan, Nabi Muhammad tidak menyiasat latar belakang orang itu ataupun mengapa dia telah melakukan kesalahan itu. Ini sangat berbeza dengan pendekatan kaunseling Barat di mana kaunselor akan mendorong kaunselee supaya menceritakan faktor-faktor yang menyebabkan dia melakukan kesalahannya.

Dalam teori kaunseling Barat, kita dikehendaki menyiasat latar belakang peribadi kaunselee dan punca-punca yang menyebabkan dia melakukan kesalahan atas alasan selepas kita tahu latar belakang itu baru kita dapat mencari jalan menyelesaikannya. Namun, Nabi Muhammad tidak menggunakan prosedur itu, sebaliknya beliau terus memberikan penyelesaiannya.

Soalan 3: Apakah teknik-teknik Nabi Muhammad nanti mengakibatkan semua teknik Barat tidak boleh diamalkan lagi dalam organisasi kami?

Tidak. Tidak semua teknik Barat tidak selaras dengan teknik Nabi Muhammad. Banyak teknik Nabi Muhammad adalah selaras dengan hasil penemuan penyelidikan dalam bidang sains psikologi Barat.

Teknik-teknik Barat yang selaras dengan teknik Nabi Muhammad boleh terus diaplikasikan di tempat kerja, manakala mana-mana teknik yang tidak selaras digantikan dengan teknik Nabi Muhammad yang kita tunjukkan.

Soalan 4: Apakah elemen berguna yang terhasil daripada penyelidikan ini?

Penemuan-penemuan daripada penyelidikan ini telah membolehkan kami menggali dan mengkonstruksi formula-formula di bawah:

a. Strategi-strategi yang Nabi Muhammad gunakan.
b. Pendekatan-pendekatan yang Nabi gunakan.
c. Teknik-teknik yang Nabi gunakan.
d. Prosedur-prosedur kerja yang Nabi gunakan.
e. Sistem prioriti yang Nabi gunakan.
f. Tool-tool yang Nabi gunakan.
g. Kata-kata yang Nabi gunakan.
h. Kata-kata yang Nabi tidak gunakan.


Soalan 5: Apakah kesan positif paling serta-merta yang diperoleh apabila staf diberikan latihan teknik-tenik Nabi Muhammad?

Kesan serta-merta adalah staf berasa yakin bahawa kali ini mereka dapat mengaplikasikan teknik yang dipelajari itu dengan mudahnya kepada orang-orang bawahan mereka. Apabila mereka yakin, mereka mempunyai dorongan tinggi mahu cepat-cepat menggunakan teknik-teknik itu sebaik-baik mereka tamat kursus.


Soalan 6: Staf organisasi kami terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, bukannya orang Melayu sahaja.

Modul ini hanya menerangkan teknik-teknik Nabi Muhammad dan melatih peserta menggunakan teknik-teknik itu. Justeru sesiapa sahaja dapat mengikuti sesi training ini tanpa jiwa mereka berasa tertekan disebabkan perbezaan fahaman agama.


Soalan 7: Bolehkah teknik Nabi Muhammad digunakan ke atas staf bukan Islam?

Teknik-teknik Nabi Muhammad boleh digunakan ke atas sesiapa sahaja kerana teknik-teknik itu dapat dipisahkan daripada sistem kepercayaan seseorang, sebagaimana dalam sukan boleh di mana teknik menendang bola dapat dipisahkan daripada agama pemainnya.


Soalan 8: Apakah bahan-bahan yang dijadikan sumber penyelidikan?

Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan catatan-catatan hadith dalam rekod (i) Imam Bukhari dan (b) Imam Muslim. Dua koleksi rekod itu dipilih berdasarkan status autentisiti koleksi tersebut mengikut konsensus para ulama besar.

Soalan 9: Apakah aspek-aspek yang dikaji, dianalisis dan ditafsir dalam hadith-hadith itu?

Penyelidikan dilakukan bagi mengetahui elemen-elemen praktikal seperti:
a. Apa peristiwa yang telah berlaku lalu dirujukkan kepada Nabi Muhammad.
b. Siapa yang melakukannya.
c. Apa kata-kata sebenar yang diucapkan oleh pengadu kes.
d. Apa konten dalam kata-kata si pengadu.
e. Siapa orang-orang lain yang kebetulan hadir pada waktu Nabi Muhammad mendengar kes itu dirujukkan kepada beliau.
f. Apa kata-kata yang diucapkan oleh orang-orang lain yang ada di situ.
g. Apa perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang lain itu.
h. Apa kata-kata yang diucapkan oleh Nabi Muhammad.
i. Apa kata-kata yang tidak diucapkan oleh Nabi Muhammad.
j. Kepada siapa kata-kata Nabi Muhammad itu ditujukan.
k. Apakah konten dalam kata-kata Nabi Muhammad.
l. Apakah cadangan yang Nabi Muhammad berikan kepada pengadu kes.
m. Berapa jumlah cadangan yang Nabi Muhammad berikan.
n. Siapa yang diarahkan oleh Nabi Muhammad supaya melakukan sesuatu pada sesi itu
o. Bila arahan Nabi Muhammad itu dilaksanakan.
p. Apa yang berlaku selepas Nabi Muhammad berkata-kata.
q. Apa yang Nabi Muhammad lakukan selepas beliau habis berkata-kata.

Soalan 10: Apakah tiada kemungkinan hasil penyelidikan ini tidak betul?

Bagi mengelakkan risiko hasil penyelidikan ini tidak betul, langkah-langkah berikut sudah dimasukkan dalam desain penyelidikan:

a. Melantik Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan sebagai penasihat desain penyelidikan supaya memenuhi ciri-ciri penyelidikan saintifik dan empirikal yang baik.

b. Dalam anggota tim penyelidik terdapat 3 orang lulusan fakulti pengajian Islam. Salah seorang adalah pakar hadith.


Soalan 11: Siapakah yang sesuai dihantar mengikuti kursus ini?

a. Staf yang mempunyai orang-orang bawahan.
b. Staf yang menjalankan tanggungjawab pengurusan sumber manusia.
c. Staf yang perlu meningkatkan prestasi orang bawahannya.
d. Staf yang mempunyai orang bawahan yang bermasalah.

Soalan 12: Organisasi kami sudah membeli pakej dan modul pembangunan insan yang dibekalkan oleh syarikat lain. Tidakkah nanti modul ini bertindan dengan pakej dan modul yang kami sudah beli itu?

Modul kami hanya menerangkan dan melatihkan teknik-teknik Nabi Muhammad kepada peserta. Modul kami tidak menghendaki peserta supaya membetulkan kefahaman mereka tentang konsep iman, ibadah, amanah dan lain-lain kerana topik-topik itu sebaiknya dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang-bidang itu.

.