Training adalah proses memindahkan skill dari trainer kepada trainee. Ini dilakukan dengan trainer menerangkan kepada trainee teknik-teknik yang betul bagaimana sesuatu kerja itu dijalankan, dan seterusnya dengan membimbing trainee berlatih menggunakan teknik itu.
Cara-cara menunjukkan teknik yang betul:
a. Trainer sendiri melakukan demo. Trainee tengok bagaimana trainer menggunakan teknik itu. Sebagai contoh trainer ambil air sembahyang. Semua trainee tengok sahaja.
b. Tunjukkan contoh-contoh teknik yang salah. Dengan menunjukkan cara-cara yang salah, maka trainee dapat kaitkan dengan kesilapan yang mereka pernah lakukan.
c. Gunakan alat bantu seperti klip video dll.
Cara-cara memindahkan skill dari trainer kepada trainee:
a. Desain aktiviti latihan yang berkaitan dengan skill. Sebagai contoh, adakan sesi di mana tiap-tiap trainee berlatih mengambil air sembahyang di hadapan trainer. Trainee buat, trainer perhatikan.
b. Bimbing trainee berlatih melakukan kerja itu dengan menggunakan teknik-teknik yang ditunjukkan. Apabila trainee buat kesilapan, tunjukkan teknik yang betul, sehinggalah dia dapat melakukannya dengan betul.
1 ulasan:
Ketika Allah memberikan kemukjizatan kepada tongkat Nabi Musa, Nabi Musa juga mendapat training iaitu training melempar tongkat yang bertukar menjadi ular. Jika tidak; ketika Firaun lari ketakutan melihat tongkat menjadi ular, pelempar tongkat sendiri pun akan lari kerana terperanjat dan ketakutan.
Catat Ulasan