Nabi Muhammad melakukan kerja-kerja sebagai guru dan juga kerja-kerja sebagai trainer. Pada satu masa beliau mengajarkan ilmu. Pada masa lain beliau memberikan skill.
Disebabkan ada perbezaan antara tugas-tugas trainer dan tugas-tugas guru, maka itulah sebabnya banyak trainer tidak mahir mengajar, manakala banyak guru tidak mahir melatih.
Guru mengajarkan ilmu kepada pelajarnya, seperti ilmu sains, matematik, sejarah, bahasa dan lain-lain. Tanggungjawab guru adalah memasukkan informasi ke dalam otak pelajarnya. Ilmu sains yang digunakan oleh guru semasa mengajar disebut pedagogi.
Trainer melatihkan skill kepada traineenya. Sebagai contoh trainer bidang kreativiti melatih trainee teknik-teknik berfikir secara kreatif sehingga trainee mempunyai skill itu. Trainer tidak menggunakan sains pedagogi. Metod, teknik dan alat-alat yang digunakan oleh trainer berbeza daripada yang digunakan oleh guru.
Ada masanya seseorang itu keliru antara profesion trainer dan profesion guru. Sebagai contoh, dia datang atas nama trainer yang akan menjalankan sesi training, namun apa yang berlaku adalah apabila di masuk ke dalam bilik training dia mula mengajar. Sebagai contoh, dia banyak bercakap, manakala peserta banyak diam mendengar. Dia obses memberi penerangan itu dan ini, yakni aktiviti memasukkan informasi ke dalam otak peserta dengan tujuan mahu memberi kefahaman. Itu adalah kerja guru, bukan kerja trainer....
.