Kreativiti: Nabi Muhammad Tidak Mengkritik Idea Buruk Sekalipun

Salah satu tugas ketua adalah mendorong anak-anak buahnya mengemukakan idea dan cadangan. Pada masa ini salah istilah dan konsep yang popular dalam pengurusan organisasi adalah brainstorming. Aktiviti brainstorming sudah menjadi prosedur rutin apabila pengurusan perlu mencari idea-idea baru.

Dalam rekod sejarah hidup Nabi Muhammad, ada dicatatkan suatu peristiwa di mana Nabi Muhammad mengendalikan sesi mencari idea, dan sesi itu seakan-akan sesi
brainstorming:

Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar melaporkan, semasa orang-orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah, mereka semua berkumpul sementara menunggu masuknya waktu sembahyang. Pada masa itu belum ada apa-apa cara memanggil orang supaya bersembahyang. Disebabkan keadaan yang masih begitu, pada suatu hari mereka berbincang berkenaan perkara tersebut. Ada antara mereka yang berkata, “Gunakan loceng macam orang-orang Kristian.” Ada pula yang berkata, “Gunakan trompet daripada tanduk, macam orang-orang Yahudi.” Lalu Umar berkata, “Bagaimana kalau saudara-saudara suruh seorang lelaki supaya melaungkan panggilan sembahyang?” Nabi Muhammad pun berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkan panggilan sembahyang.” --
Hadith No. 190 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Dalam peristiwa di atas, apabila ada anggota kumpulan mengemukakan cadangan, tidak ada sesiapa pun yang mengulas cadangan itu, sama ada ulasan positif mahupun ulasan negatif, padahal sangat jelas bahawa cadangan menggunakan loceng dan tanduk itu bukan idea baru, malah idea yang diamalkan oleh agama-agama lain. Namun Nabi Muhammad dan semua sahabat beliau yang hadir bersikap senyap, langsung tidak mengkritik idea loceng dan tanduk itu.

Tingkah laku tidak mengulas ataupun mengkomen idea dan cadangan adalah serupa dengan prosedur
brainstorming yang diamalkan pada masa ini.

Kreativiti: Nabi Muhammad dan Prinsip Kepantasan Pelaksanaan Idea

Dalam dunia kerja, salah satu faktor yang menaikkan semangat kerja staf adalah apabila keputusan-keputusan mesyuarat dilaksanakan dengan cepat dan cekap.

Ketua-ketua yang cepat melaksanakan keputusan mesyuarat dipersepsi sebagai ketua yang berwibawa dan bagus, manakala ketua yang lambat melaksanakan keputusan dipersepsi sebagai ketua yang lembap dan lemah.


Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar melaporkan, semasa orang-orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah, mereka semua berkumpul sementara menunggu masuknya waktu sembahyang. Pada masa itu belum ada apa-apa cara memanggil orang supaya bersembahyang. Disebabkan keadaan itu, pada suatu hari mereka berbincang berkenaan perkara tersebut. Ada antara mereka yang berkata, “Gunakan loceng macam orang-orang Kristian.” Ada pula yang berkata, “Gunakan trompet daripada tanduk, macam orang-orang Yahudi.” Lalu Umar berkata, “Bagaimana kalau saudara-saudara suruh seorang lelaki supaya melaungkan panggilan sembahyang?” Nabi Muhammad pun berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkan panggilan sembahyang.” -- Hadith No. 190 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad terus melaksanakan idea kreatif yang sudah dinilai dan diterima olehnya. Beliau tidak melengah-lengahkan pelaksanaan idea itu.

Pelaksanaan idea yang dilakukan dengan cepat dan cekap menjadi pendorong kepada anak buah menghasilkan banyak cadangan dan idea-idea kreatif, begitu juga sebaliknya.


Kreativiti: Nabi Memberi Keutamaan kepada Idea Original

Dalam dunia idea, kita sentiasa berdepan dengan idea-idea yang banyak dan pelbagai, masing-masing dengan kelebihan dan kekurangannya, sehingga menyukarkan proses membuat pilihan yang tepat.

Apabila berdepan dengan situasi kepelbagaian idea, Nabi Muhammad memilih idea yang original.

Sesuatu idea itu dikatakan original apabila idea itu benar-benar baru, yakni belum ada sebelumnya. Jika sesuatu idea itu adalah idea lama yang sudah diperbaiki sahaja maka itu bukan idea original.


Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar melaporkan, semasa orang-orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah, mereka semua berkumpul sementara menunggu masuknya waktu sembahyang. Pada masa itu belum ada apa-apa cara memanggil orang supaya bersembahyang. Disebabkan keadaan itu, pada suatu hari mereka berbincang berkenaan perkara tersebut. Ada antara mereka yang berkata, “Gunakan loceng macam orang-orang Kristian.” Ada pula yang berkata, “Gunakan trompet daripada tanduk, macam orang-orang Yahudi.” Lalu Umar berkata, “Bagaimana kalau saudara-saudara suruh seorang lelaki supaya melaungkan panggilan sembahyang?” Nabi Muhammad pun berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkan panggilan sembahyang.” -- Hadith No. 190 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam peristiwa di atas Nabi Muhammad tidak memilih idea-idea yang dipinjam daripada pihak pesaing ataupun musuh.

Azan adalah idea original kerana sebelumnya idea itu tidak pernah ada. Azan juga bukan hasil pembaikan idea yang sudah sedia ada, yakni azan bukan hasil pembaikan pada idea loceng ataupun idea trompet tanduk.


Kreativiti: Ciri-Ciri Idea Kreatif Pilihan Nabi Muhammad

Kita sentiasa berdepan dengan banyak idea-idea alternatif sehingga ada masanya sukar hendak membuat pilihan.

Apabila membuat pilihan, Nabi Muhammad menggunakan kriteria yang sangat praktikal.


Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar melaporkan, semasa orang-orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah, mereka semua berkumpul sementara menunggu masuknya waktu sembahyang. Pada masa itu belum ada apa-apa cara memanggil orang supaya bersembahyang. Disebabkan keadaan itu, pada suatu hari mereka berbincang berkenaan perkara tersebut. Ada antara mereka yang berkata, “Gunakan loceng macam orang-orang Kristian.” Ada pula yang berkata, “Gunakan trompet daripada tanduk, macam orang-orang Yahudi.” Lalu Umar berkata, “Bagaimana kalau saudara-saudara suruh seorang lelaki supaya melaungkan panggilan sembahyang?” Nabi Muhammad pun berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkan panggilan sembahyang.”
--
Hadith No. 190 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Dalam peristiwa itu ciri-ciri yang ada pada idea kreatif yang dipilih:

1. Murah
Tidak seperti loceng dan trompet tanduk yang memerlukan alat, azan adalah lebih murah kerana ia hanya memerlukan suara manusia, m
anakala loceng dan trompet tanduk memerlukan kos pembuatan, azan tidak memerlukan sebarang kos.

2. Pelaksanaannya mudah
Azan dapat dilaksanakan serta-merta, manakala loceng dan trompet tanduk perlu dibuat terlebih dahulu.

3. Kemahirannya mudah
Kemahiran yang diperlukan bagi melaungkan azan lebih mudah dicari daripada kemahiran yang diperlukan bagi membuat loceng, ataupun membuat dan meniup trompet tanduk.

4. Idea itu tahan lama
Tidak seperti loceng dan trompet yang boleh rosak dan perlu diganti baru, azan tidak mungkin rosak.

5. Kos senggaraan
Loceng dan trompet perlu disenggara supaya keadaannya sentiasa elok dan dapat berfungsi dengan baik, dan itu memerlukan kos. Azan tidak memerlukan kos senggaraan.

6. Kos bekalan tambahan
Loceng dan trompet perlu dibuat yang baru setiap kali ia diperlukan di lokasi-lokasi baru, tetapi azan tidak perlu dibuat yang baru.

7. Idea mobile
Azan dapat digunakan di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

8. Teknologi yang baik
Azan dapat diberikan seni kata yang indah dan penuh makna, tetapi loceng dan trompet tidak.

.