Salah satu tugas yang dijalankan oleh Nabi Muhammad adalah menjadi ketua kumpulan orang-orang yang bersembahyang di dalam masjid. Jawatan itu dipanggil 'imam' manakala orang-orang yang bersembahyang dipanggil 'makmum'.
Apabila Nabi Muhammad bersembahyang beliau sangat fokus, yakni beliau sangat khusyuk. Seluruh fikirannya tertumpu kepada Allah yang disembah.
Dalam rekod sejarah ada catatan yang menunjukkan bagaimana telinga Nabi Muhammad yang sangat khusyuk apabila sedang bersembahyang itu telah terdengar ada orang bercakap-cakap, dan beliau dapat mendengar setiap patah perkataan orang itu. Ini bermakna orang itu bercakap cukup kuat sehingga Nabi Muhammad yang khusyuk pun terganggu.
Salah seorang sahabat Nabi Muhammad bernama Anas. Beliau melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil dia membaca dengan kuat 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' (Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh berkat.) Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” -- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim
Dalam peristiwa itu, lelaki tersebut datang lambat, yakni orang sudah memulakan sembahyang tetapi dia baru sampai. Dia juga masuk ke dalam masjid sambil bercakap kuat sehingga Nabi Muhammad terganggu. Nabi Muhammad tidak menegur ataupun mengkritik kesalahan lelaki itu. Malah Nabi Muhammad tidak menasihati lelaki itu supaya jangan datang lambat dan jangan buat bising sehingga mengganggu orang-orang yang sedang bersembahyang. Sebaliknya, Nabi Muhammad memujinya pula.
Daripada peristiwa itu dapat disimpulkan bahawa salah satu tugas imam sembahyang adalah:
1. Jangan mengkritik, menegur ataupun meleteri makmum apabila mereka melakukan kesalahan.
2. Memuji mana-mana makmum yang melakukan kebaikan.
Kesimpulan yang dapat ditarik daripada catatan di atas adalah, bahawa masjid adalah tempat memuji-muji orang yang datang. Masjid bukan tempat memarahi sama ada mereka yang ada di dalam masjid mahupun yang tidak datang ke masjid.
Mengkaji Prinsip Psikologi, Strategi, Metod, Prosedur, Prioriti, Teknik dan Taktik Nabi Muhammad
Nabi Muhammad Melayan Perasaan Orang yang Tidak Suka
Ketua-ketua sentiasa berdepan dengan anak-anak buah yang belum tentu setuju dengan dasar-dasar dan keputusan-keputusan yang sudah ditetapkan.
Dalam rekod sejarah terdapat catatan yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad bercakap dengan seorang sahabatnya berkenaan suatu ketetapan di mana masing-masing mempunyai sudut pandangan masing-masing.
Dalam sebuah catatan, Nabi Muhammad memberitahu kepada sahabatnya yang bernama Abu Zarr suatu ketetapan, iaitu: 'Setiap hamba Allah yang mengucapkan kalimat 'La ilaha illallah', lalu kemudian dia meninggal dunia dengan berpegang teguh pada kalimat itu, maka dia pasti masuk syurga.' Catatan peristiwa itu adalah seperti di bawah:
Abu Al-Aswad melaporkan apa yang didengarnya sendiri dari sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abu Zarr. Abu al-Aswad melaporkan bahawa Abu Zarr telah berkata, "Saya pergi berjumpa Nabi Muhammad, tetapi saya dapati beliau sedang tidur dengan memakai baju putih. Kemudian saya pergi lagi kepadanya, dan beliau masih lagi tidur. Kemudian saya pergi lagi, dan kali ini beliau sudah bangun daripada tidurnya. Kemudian beliau berkata, 'Setiap hamba Allah yang mengucapkan kalimat 'La ilaha illallah', lalu kemudian dia meninggal dunia dengan berpegang teguh pada kalimat itu, maka dia pasti masuk syurga.' Saya bertanya, 'Walaupun dia melakukan zina dan mencuri?' Nabi Muhammad menjawab, 'Ya, walaupun dia melakukan zina dan mencuri.' Saya bertanya lagi, 'Walaupun dia melakukan zina dan mencuri?' Beliau menjawab, 'Ya, walaupun dia melakukan zina dan mencuri.' Tanya-jawab ini berulang sebanyak tiga kali, dan pada kali keempatnya, beliau berkata, 'Walaupun Abu Zarr tidak suka.'" Lalu Abu Zarr pun keluar sambil berkata,"Walaupun Abu Zarr tidak suka." -- Hadith No. 53 dalam Bab Keimanan dalam kitab Ringkasan Sahih Bukhari.
1. Nabi Muhammad tidak memberi penerangan apa yang menjadi rasional mengapa orang yang mengucapkan 'La ilaha illallah' dan berpegang teguh pada ayat itu tetap masuk syurga walaupun dia melakukan dosa besar berzina dan mencuri.
2. Apabila Abu Zarr bertanya 'Walaupun dia melakukan zina dan mencuri?', Nabi Muhammad mengulangi kata-kata Abu Zarr itu sebagai menjawabnya dengan berkata, 'Ya, walaupun dia melakukan zina dan mencuri.'
3. Abu Zarr mengulang kata-kata yang sama sebanyak 4 kali, maka 4 kali juga Nabi Muhammad mengulang jawapan yang sama.
4. Pada kali keempat barulah Nabi Muhammad menutup jawapannya dengan berkata, 'Walaupun Abu Zarr tidak suka.' Di sini Nabi Muhammad menyebut nama Abu Zarr semasa bercakap kepada Abu Zarr.
5. Peristiwa di atas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad mengiktiraf sikap Abu Zarr yang tidak suka mendengar bahawa orang yang berzina dan mencuri pun masuk syurga atas kriteria dia mengucapkan 'La ilaha illallah' dan berpegang teguh pada kata-katanya itu. Meskipun sampai akhir sesi interaksi itu Abu Zarr tetap tidak suka, namun Nabi Muhammad tetap tidak memberitahu apa yang menjadi rasional orang seperti itu tetap dapat masuk syurga.
.

Nabi Muhammad sebagai Ketua Pasukan Kerja
Salah satu tugas yang dilakukan oleh Nabi Muhammad adalah sebagai panglima perang. Berperang adalah suatu jenis 'task' atau 'pekerjaan'. Nabi Muhammad adalah panglima perang, yakni ketua pasukan kerja.
Salah satu teknik Nabi Muhammad mendorong semangat kerja yang tinggi di kalangan anak-anak buahnya adalah dengan memberi gelaran yang sesuai dengan kerja yang dijalankan.
Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Jabir bin Abdillah melaporkan bahawa pada hari berlakunya Perang Khandaq, Nabi Muhammad telah mengumumkan panggilan perang, lalu Zubair bin Awam menyahut panggilan perang itu. Selepas itu, sekali lagi Nabi Muhammad menyeru panggilan perang, lalu sekali lagi Zubair bin Awam menyahut panggilan itu. Kemudian, sekali lagi Nabi Muhammad menyeru panggilan perang, lalu sekali lagi Zubair bin Awam menyahut panggilan itu. Lalu Nabi Muhammad berkata, “Sesungguhnya, tiap-tiap nabi mempunyai pembela, dan pembela saya adalah Zubair.” - Hadith nombor 1643 dalam kitab Ringkasan Sohih Muslim
Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad membuat pengumumam sebanyak 3 kali kali. Pengumuman itu adalah pengumuman mengajak orang sama-sama ikut pergi berperang. Setiap kali Nabi Muhammad membuat panggilan perang, setiap kali itulah Zubair bin Awam menyahut.
Terknik memuji yang Nabi Muhammad gunakan bagi menaikkan semangat berperang:
1. Pujian yang diberikan itu tepat dengan konteksnya.
Gelaran 'pembela' diberikan kepada Zubair sesuai dengan kerja yang akan dijalankan oleh Zubair, yakni beliau akan ikut sama bertugas dalam pasukan perang Nabi Muhammad. Peperangan itu adalah peperangan membela ajaran Nabi Muhammad, yakni Islam.
2. Nabi Muhammad membuat makluman bahawa 'tiap-tiap nabi mempunyai pembela" sebelum memberikan gelaran 'pembela' kepada Zubair.
Nabi Muhammad menyebut jawatannya sebagai seorang 'nabi', kemudian beliau menyebut salah satu persamaan yang ada pada beliau dan nabi-nabi lain, yakni mereka semua mempunyai pembela. Kemudian baru Nabi Muhammad memaklumkan kepada orang-orang yang hadir bahawa Zubair bin Awam adalah pembela beliau.
3. Pujian itu diberikan kepada Zubair yang baru sahaja menunjukkan semangat kerja yang tinggi, yakni dia belum pun mula melakukan kerja itu.
Pada waktu itu kerja berperang baru sedang hendak dimulakan, yakni masih dalam fasa perancangan. Kerja sebenar belum dimulakan. Hasil kerja itu pun belum diketahui, apakah akan berjaya ataupun gagal.

Langgan:
Catatan (Atom)