Salah satu tugas yang dilakukan oleh Nabi Muhammad adalah sebagai panglima perang. Berperang adalah suatu jenis 'task' atau 'pekerjaan'. Nabi Muhammad adalah panglima perang, yakni ketua pasukan kerja.
Salah satu teknik Nabi Muhammad mendorong semangat kerja yang tinggi di kalangan anak-anak buahnya adalah dengan memberi gelaran yang sesuai dengan kerja yang dijalankan.
Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Jabir bin Abdillah melaporkan bahawa pada hari berlakunya Perang Khandaq, Nabi Muhammad telah mengumumkan panggilan perang, lalu Zubair bin Awam menyahut panggilan perang itu. Selepas itu, sekali lagi Nabi Muhammad menyeru panggilan perang, lalu sekali lagi Zubair bin Awam menyahut panggilan itu. Kemudian, sekali lagi Nabi Muhammad menyeru panggilan perang, lalu sekali lagi Zubair bin Awam menyahut panggilan itu. Lalu Nabi Muhammad berkata, “Sesungguhnya, tiap-tiap nabi mempunyai pembela, dan pembela saya adalah Zubair.” - Hadith nombor 1643 dalam kitab Ringkasan Sohih Muslim
Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad membuat pengumumam sebanyak 3 kali kali. Pengumuman itu adalah pengumuman mengajak orang sama-sama ikut pergi berperang. Setiap kali Nabi Muhammad membuat panggilan perang, setiap kali itulah Zubair bin Awam menyahut.
Terknik memuji yang Nabi Muhammad gunakan bagi menaikkan semangat berperang:
1. Pujian yang diberikan itu tepat dengan konteksnya.
Gelaran 'pembela' diberikan kepada Zubair sesuai dengan kerja yang akan dijalankan oleh Zubair, yakni beliau akan ikut sama bertugas dalam pasukan perang Nabi Muhammad. Peperangan itu adalah peperangan membela ajaran Nabi Muhammad, yakni Islam.
2. Nabi Muhammad membuat makluman bahawa 'tiap-tiap nabi mempunyai pembela" sebelum memberikan gelaran 'pembela' kepada Zubair.
Nabi Muhammad menyebut jawatannya sebagai seorang 'nabi', kemudian beliau menyebut salah satu persamaan yang ada pada beliau dan nabi-nabi lain, yakni mereka semua mempunyai pembela. Kemudian baru Nabi Muhammad memaklumkan kepada orang-orang yang hadir bahawa Zubair bin Awam adalah pembela beliau.
3. Pujian itu diberikan kepada Zubair yang baru sahaja menunjukkan semangat kerja yang tinggi, yakni dia belum pun mula melakukan kerja itu.
Pada waktu itu kerja berperang baru sedang hendak dimulakan, yakni masih dalam fasa perancangan. Kerja sebenar belum dimulakan. Hasil kerja itu pun belum diketahui, apakah akan berjaya ataupun gagal.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan