Ketua-ketua perlu memotivasi orang bawahan mereka sendiri. Motivasi mempunyai 2 objektif utama:
1. Memotivasi orang bawahan yang sudah tinggi prestasinya supaya terus kekal tinggi. Ini kerana ada masa-masanya staf yang dahulunya mempunyai sikap positif dan berprestasi tinggi boleh jadi berubah menjadi kurang baik.
2. Memotivasi orang bawahan yang belum cukup bagus prestasinya supaya mahu meningkatkan prestasi mereka.
Salah satu strategi yang Nabi Muhammad gunakan bagi mendorong orang supaya mengekalkan perbuatannya yang betul dan baik adalah menggunakan verbal-feedback yang berfungsi sebagai positive-reinforcer. Teknik yang beliau gunakan adalah dengan memberitahu significance perbuatan baik itu.
Abu Musa melaporkan, pada suatu masa beliau berada di belakang Nabi Muhammad, dan beliau membaca 'Lahaula wala quwwata illa billah'. Nabi Muhammad berkata kepadanya, "Wahai Abdullah bin Qais, mahukah saudara saya tunjukkan suatu perbendaharaan syurga?" Abu Musa menjawab, "Sudah tentu, wahai Pesuruh Allah." Nabi Muhammad berkata, "Ucapkanlah, 'Lahaula wala quwwata illa billah.'" - dalam hadith nombor 1893 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.
Nota: Dalam sesi training peserta berlatih memilih kata-kata yang dapat mendorong orang bawahan supaya terus kekal melakukan perbuatan-perbuatan yang betul.
.