Nabi Muhammad adalah seorang ketua. Salah satu tugas ketua adalah memberi ganjaran kepada anak-anak buah.
Ganjaran yang diberikan oleh ketua boleh menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati kepada yang tidak menerima ganjaran. Perkara seperti ini pernah berlaku kepada Nabi Muhammad.
Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad. Dia melaporkan suatu peristiwa yang dia pernah saksikan. Menurutnya, pernah berlaku pada suatu masa ada dua orang lelaki bersin dekat dengan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad berdoa untuk salah seorang daripada mereka berdua dengan ucapan, "Yaharmukallah." Yang seorang lagi yang tidak didoakan oleh Nabi Muhammad. Lelaki itu tidak puas hati lalu berkata, "Mengapakah apabila si polan bersin, tuan mendoakan dia, tetapi apabila saya bersin, tuan tidak mendoakan saya?" Nabi Muhammad menjawab, "Selepas dia bersin, dia membaca Alhamdulillah, sedangkan saudara tidak membaca Alhamdulillah."
Daripada catatan peristiwa di atas, dapat disedut teknik bagaimana Nabi Muhammad memberikan ganjaran ke atas sesuatu pekerjaan:
1. Lelaki yang pertama melakukan kerja dengan teknik yang betul. Dia bersin dan dia menyebut Alhamdulillah. Disebabkan dia melakukan kerja itu dengan betul, Nabi Muhammad memberikan ganjaran kepadanya. Ganjaran itu adalah doa. Ganjaran itu diberikan secara terbuka, yakni diketahui oleh orang-orang lain, di mana Nabi Muhammad mendoakan lelaki itu dengan suara yang jelas dapat didengar oleh orang yang kebetulan ada di situ.
2. Lelaki yang kedua membuat kerja dengan teknik yang salah. Dia bersin tetapi dia tidak menyebut Alhamdulillah. Walaupun teknik itu salah, Nabi tidak menegur kesalahannya itu. Nabi Muhammad cuma tidak memberi ganjaran, yakni beliau tidak mendoakan lelaki itu. Orang yang tidak menerima doa itu tidak puas hati dan menyatakan bantahan mengapa dia tidak dapat doa dari Nabi Muhammad. Nabi Muhammad menerangkan kepada lelaki itu kriteria pemberian doa, dan mengapa doa tidak diberikan kepadanya.
Nabi Muhammad tidak memarahi orang yang tidak puas hati itu dengan berkata:
* "Kenapa awak cemburu?"
* "Kalau awak hendak saya doakan awak, awak kenalah perbaiki cara kerja awak."...
* "Lain kali awak buat kerja elok-elok macam Si Fulan, barulah saya beri awak ganjaran macam dia juga."
* "Sikap awak tak betul. Awak hendak saya beri ganjaran, tapi kerja awak tak semenggah!"
Mengkaji Prinsip Psikologi, Strategi, Metod, Prosedur, Prioriti, Teknik dan Taktik Nabi Muhammad
Sebagai Ketua: Teknik Nabi Memperkukuh Tingkah Laku yang Betul
Ketua-ketua perlu memotivasi orang bawahan mereka sendiri. Motivasi mempunyai 2 objektif utama:
1. Memotivasi orang bawahan yang sudah tinggi prestasinya supaya terus kekal tinggi. Ini kerana ada masa-masanya staf yang dahulunya mempunyai sikap positif dan berprestasi tinggi boleh jadi berubah menjadi kurang baik.
2. Memotivasi orang bawahan yang belum cukup bagus prestasinya supaya mahu meningkatkan prestasi mereka.
Salah satu strategi yang Nabi Muhammad gunakan bagi mendorong orang supaya mengekalkan perbuatannya yang betul dan baik adalah menggunakan verbal-feedback yang berfungsi sebagai positive-reinforcer. Teknik yang beliau gunakan adalah dengan memberitahu significance perbuatan baik itu.
Abu Musa melaporkan, pada suatu masa beliau berada di belakang Nabi Muhammad, dan beliau membaca 'Lahaula wala quwwata illa billah'. Nabi Muhammad berkata kepadanya, "Wahai Abdullah bin Qais, mahukah saudara saya tunjukkan suatu perbendaharaan syurga?" Abu Musa menjawab, "Sudah tentu, wahai Pesuruh Allah." Nabi Muhammad berkata, "Ucapkanlah, 'Lahaula wala quwwata illa billah.'" - dalam hadith nombor 1893 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.
Nota: Dalam sesi training peserta berlatih memilih kata-kata yang dapat mendorong orang bawahan supaya terus kekal melakukan perbuatan-perbuatan yang betul.
.

Sebagai Ketua: Teknik Bagaimana Nabi Muhammad Melatih Pekerja yang Masih Belum Pandai Melakukan Kerja Secara Profesional
Nabi Muhammad adalah seorang ketua dan juga trainer. Dalam hadith di bawah ini Nabi Muhammad menjalankan tugas sebagai seorang trainer kepada sekumpulan trainee.
Beliau menunjukkan teknik yang betul apabila mahu membetulkan kesilapan kerja yang dilakukan oleh trainee-trainee yang belum pandai menjalankan kerja-kerja secara profesional.
Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Jabir bin Samurah melaporkan bahawa Nabi Muhammad pernah datang kepada beliau dan beberapa orang lain. Nabi Muhammad berkata kepada mereka, “Mengapakah saya lihat saudara-saudara mengangkat tangan macam kuda nakal semasa sedang bersembahyang? Bertenanglah semasa sedang bersembahyang.” Kemudian Nabi Muhammad datang lagi, kali ini beliau melihat mereka berdiri dalam bulatan. Nabi Muhammad berkata, “Mengapakah saya lihat saudara-saudara berkelompok-kelompok?” Selepas itu, Nabi Muhammad datang lagi kepada mereka, lalu berkata, “Buat barisan, macam cara malaikat berbaris di sisi Tuhan.” Mereka pun bertanya kepada Nabi Muhammad “Wahai Rasul Allah, bagaimana cara malaikat berbaris di sisi Tuhan?” Nabi Muhammad menjawab, “Barisan pertama mereka lurus, dan barisan-barisan mereka rapat-rapat.” - Hadith No. 331 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.
Dalam peristiwa di atas, sekumpulan orang bersembahyang, tetapi mereka belum pandai melakukan sembahyang dengan cara yang profesional.
Mereka melakukan 2 kesilapan kerja:
a. Cara mereka mengangkat tangan tidak betul.
b. Cara mereka berbaris tidak betul.
Nabi Muhammad mununjukkan cara yang betul apabila mengangkat tangan dan apabila berbaris.
Hasil analisis hadith di atas menunjukkan Nabi Muhammad menggunakan teknik-teknik berikut:
a. Kesalahan itu dibetulkan serta-merta, yakni tidak menunggu lama selepas kesilapan itu dilakukan barulah mahu dibetulkan.
b. Nabi Muhammad memberitahu kesilapan itu dengan spesifik, kemudian diberitahu cara yang betul.
c. Nabi Muhammad tidak menyalahkan diri orang yang melakukan kesilapan itu, beliau cuma menerangkan kesilapan itu sahaja.
d. Apabila menerangkan kesilapan, Nabi menggunakan anologi.
e. Apabila menerangkan cara yang betul, Nabi juga menggunakan anologi.

Sebagai Ketua: Teknik Bagaimana Nabi Muhammad Memuji Orang Besar di Depan Khalayak
Salah satu tugas ketua adalah memuji orang-orang bawahannya, baik mereka yang statusnya tinggi mahupun yang rendah. Sebagai ketua, Nabi Muhammad adalah seorang yang murah dengan pujian kepada anak-anak buahnya.
Nabi Muhammad menunjukkan cara beliau memuji orang besar tidak serupa dengan cara beliau memuji orang kecil.
Abu Hurairah melaporkan bahawa pada suatu masa Nabi Muhammad pernah bertanya, “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang berpuasa pada hari ini?” Abu Bakar menjawab, “Saya.” Beliau bertanya lagi, “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini menghantar jenazah?” Abu Bakar menjawab, “Saya.” Beliau bertanya lagi, “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini memberi orang miskin makan?” Abu Bakar menjawab, “Saya.” Beliau bertanya lagi, “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini melawat orang sakit?” Abu Bakar menjawab, “Saya.” Lalu Nabi Muhammad berkata, “Seseorang yang melakukan perkara-perkara tersebut sudah tentu masuk syurga.” -- Hadith No. 543 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim
Dalam peristiwa di atas, teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila memuji orang besarnya adalah dengan bertanya empat soalan, di mana semua empat soalan itu dijawab oleh orang penting itu, yakni Saidina Abu Bakar:
1. Semasa bertanya, Nabi Muhammad tidak menyebut nama orang besar itu.
2. Soalan itu ditujukan kepada semua orang yang hadir, bukan kepada orang besar yang dipuji.
3. Apabila memuji, Nabi tidak menyebut nama orang besar yang dipuji itu.
4. Pujian yang diberikan oleh Nabi Muhammad adalah ganjaran yang akan diterima oleh orang penting itu, yakni kelayakan masuk syurga.

Sebagai Ketua: Teknik Nabi Muhammad Memberi Motivasi kepada Golongan yang Sedia Cemerlang
Ada 2 konsep yang berbeza dan bertindan iaitu (i) motivator (ii) pendorong perubahan tingkah laku.
Seseorang itu menjadi motivator apabila dia dapat menaikkan semangat orang-orang lain. Salah satu cara menaikkan semangat adalah dengan menyampaikan ucapan yang mampu membakar semangat mereka yang mendengar.
Semangat adalah unsur yang sangat fragile, yakni sangat rapuh. Semangat tidak tahan lama dan mudah pula berubah kerana semangat adalah sejenis emosi.
Semangat yang tinggi mungkin mendorong seseorang itu mengubah tingkah lakunya, tetapi ada kalanya semangat yang tinggi itu tidak diterjemahkan menjadi tindakan dan seterusnya perubahan.
Seseorang itu menjadi pendorong perubahan tingkah laku apabila dia dapat membantu orang-orang lain memperbaiki prestasi mereka daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Bantuan itu diberikan sama ada dengan mengucapkan kata-kata yang betul mahupun melakukan perkara-perkara yang betul, yakni yang mempunyai nilai dorongan.
Lazimnya, kita menganggap motivator adalah orang yang pandai bercakap di hadapan audiens dengan gaya yang fasih, menarik perhatian, malah berjaya menimbulkan rasa kagum di kalangan hadirin. Anggapan ini datang daripada pengalaman kita melihat motivator-motivator yang ada dalam pasaran sekarang.
Nabi Muhammad adalah seorang motivator. Hadith di bawah ini adalah salah satu teknik bagaimana beliau menaikkan semangat 40 orang lelaki yang sudah sedia mempunyai sifat-sifat gagah berani.
Abdullah bin Mas'ud melaporkan pada suatu masa beliau dengan sekitar 40 orang lelaki lain bersama-sama Nabi Muhammad berada di bawah khemah yang diperbuat daripada kulit. Nabi Muhammad berkata, “Sukakah saudara-saudara menjadi seperempat daripada semua penduduk syurga?” Mereka semua menjawab, “Ya.” Nabi Muhammad berkata lagi, “Sukakah saudara-saudara menjadi sepertiga daripada semua penduduk syurga?” Mereka semua menjawab, “Ya.” Lalu Nabi Muhammad berkata, “Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di dalam genggamannya, sesungguhnya saya mahukan saudara-saudara menjadi separuh daripada semua penduduk syurga. Sedangkan syurga itu hanya dapat dimasuki oleh jiwa yang muslim. Dan, perbandingan antara saudara-saudara dengan mereka yang menyembah berhala adalah umpama sehelai bulu putih pada kulit seekor seladang hitam, ataupun umpama sehelai bulu hitam pada kulit seekor seladang putih.” -- Hadith No. 102 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Sebagai Ketua: Nabi Muhammad Menguruskan Hal-Ehwal Kebajikan Anak Buahnya yang Perempuan
Nabi Muhammad adalah seorang ketua kepada ahli-ahli kumpulannya yang terdiri daripada lelaki dan perempuan.
Beliau bukan hanya membantu menyelesaikan masalah-masalah kehidupan yang dihadapi oleh kaum lelaki, malah beliau juga melakukan yang sama kepada kaum perempuan.
Dalam rekod sejarah, ada dicatatkan suatu peristiwa bagaimana Nabi Muhammad membantu seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya memilih suami baru.
Fatimah binti Qais melaporkan bahawa dirinya pernah dicerai dengan talak tiga oleh bekas suaminya. Nabi Muhammad menerangkan kepadanya bahawa dia tidak berhak menerima tempat tinggal dan belanja hidup dari bekas suaminya itu. Nabi Muhammad berkata kepadanya, “Apabila cikpuan sudah tamat tempoh iddah, beritahu saya.” Lalu apabila tempoh iddahnya sudah tamat, Fatimah pun memaklumkan perkara itu kepada Nabi Muhammad. Kemudian daripada itu ada tiga orang lelaki meminang dirinya, iaitu Muawiyah, Abu Jaham, dan Usamah bin Zaid. Nabi Muhammad berkata kepadanya, “Muawiyah itu miskin, sedangkan Abu Jaham suka memukul isterinya, sebaiknya cikpuan terima Usamah sahaja.” Hati Fatimah tidak setuju dengan nasihat Nabi Muhammad. Sambil dia memulas-mulas tangannya, dia berkata, “Usamah?” Kemudian Nabi Muhammad berkata, “Taat kepada Allah dan Rasulnya adalah lebih baik bagi cikpuan.” Lalu Fatimah pun bernikah dengan Usamah. Menurutnya, selepas itu dia mengecapi kebahagiaan dalam perkahwinannya dengan Usamah. -- Hadith No. 862 dalam kitab Ringkasan Sohih Muslim
Dalam peristiwa di atas Nabi Muhammad mengambil perhatian serius terhadap masalah yang dialami oleh Fatimah akibat dia diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya.
Daripada catatan sejarah itu, dapat dirumuskan bahawa ketua lelaki perlu menjalankan tugas-tugas menjaga kebajikan anak buahnya yang perempuan.

Sebagai Ketua: Bagaimana Nabi Muhammad Melayan Permintaan Orang Kecil
Nabi Muhammad adalah seorang ketua yang sangat sibuk. Masanya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai kerja penting. Tetapi beliau dapat melayan semua keperluan anak-anak buahnya. Ada masanya beliau sedang menjalankan tugas penting, tetapi beliau berhenti sebentar kerana mahu melayan permintaan anak buahnya yang datang mengejut.
Salah seorang sahabat Nabi Muhammad bernama Anas bin Malik. Beliau banyak menghafal dalam memorinya peristiwa dan kata-kata Nabi Muhammad yang pernah beliau saksikan sendiri. Salah satu peristiwa yang beliau laporan itu berlaku di dalam masjid pada hari Jumaat semasa Nabi Muhammad sedang menyampaikan khutbah di hadapan orang ramai yang datang bersembahyang.
Menurut Anas bin Malik, pada suatu masa Nabi Muhammad sedang berdiri dalam masjid menyampaikan khutbah Jumaat. Pada waktu itu Madinah sedang mengalami kemarau yang teruk. Semasa Nabi sedang berkhutbah itu, ada seorang lelaki tiba-tiba masuk ke dalam masjid dari pintu yang bertentangan dengan lokasi Darul Qadha'. Kemudian lelaki itu datang berdiri betul-betul menghadap Nabi Muhammad, lalu dia berkata, "Wahai Rasul Allah, harta benda binasa dan jalan-jalan pun terputus. Berdoalah supaya Dia menurunkan hujan kepada kami." Serta merta Nabi Muhammad mengangkat kedua tangannya lalu berdoa, "Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami. Turunkanlah hujan kepada kami. Turunkanlah hujan kepada kami." -- Rekod hadith ini ada dalam koleksi hadith-hadith autentik Bukhari dan koleksi Muslim
Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad tidak berkata:
* "Awak tak nampakah saya sedang sibuk? Jangan ganggu saya."
* "Awak tak nampakkah saya sedang buat?"
* "Kalau iya pun, takkan tak boleh tunggu saya selesai baca khutbah."
* "Tunggu di luar dahulu, sampai saya selesaikan kerja ini, baru masuk."
* "Siapa benarkan kamu masuk dengan tidak mengetuk pintu dahulu?"
* "Tunggulah sekejap, jangan main terjah sahaja!"
* "Awak ada appointment nak jumpa saya?"

Langgan:
Catatan (Atom)