Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan cara bagaimana Nabi Muhammad memuji 7 orang VIP (very important persons) serentak. Mereka adalah orang-orang yang memainkan peranan penting dalam sejarah perkembangan Islam:
i. Abu Bakar - Orang yang paling penyayang kepada umatku.
ii. Umar - Orang yang paling tegas dalam urusan Allah.
iii. Uthman - Orang yang paling jujur sifat malunya.
iv. Mu'az bin Jabal - Orang yang paling tahu berkenaan halal dan haram.
v. Zaid bin Thabit - Orang yang paling tahu berkenaan ilmu faraid.
vi. Ubay bin Ka'ab - Orang yang paling tahu bacaan al-Quran.
vii. Abu 'Ubaidah al-Jarrah - Orang yang amanah
Individu-individu yang sangat cemerlang agamanya, imannya dan prestasinya tetap berhak diberi pujian secara terbuka oleh ketua mereka. Pujian diberikan sama ada ke atas kelebihan pada sifat mereka, mahupun ke atas pencapaian mereka.
i. Abu Bakar - Sifat penyayang. Ciri peribadi. Bukan akademik
ii. Umar - Sifat tegas. Ciri peribadi. Bukan akademik
iii. Uthman - Sifat pemalu. Ciri peribadi. Bukan akademik
iv. Mu'az bin Jabal - Tahu halal haram. Penguasaan ilmu. Akademik
v. Zaid bin Thabit - Tahu faraid. Penguasaan ilmu. Akademik
vi. Ubay bin Ka'ab - Tahu bacaan Quran. Penguasaan ilmu. Akademik
vii. Abu 'Ubaidah al-Jarrah - Sifat amanah. Ciri peribadi. Bukan akademik
Tiga orang yang dipuji atas prestasi akademik mereka adalah (a) Mu'az bin Jabal, (b) Zaid bin Thabit dan (c) Ubay bin Ka'ab.
Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad menerangkan satu kelebihan sahaja bagi setiap orang yang dipuji.