Nabi Muhammad Tidak Mengucapkan 'Terima kasih.'


Hadith 'Nabi Tidak Dapat Tidur'

Aisyah melaporkan, katanya, "Pada suatu malam Rasulullah tidak dapat tidur. Lalu beliau berkata, 'Mudah-mudahan ada lelaki soleh daripada kalangan sahabatku yang akan datang menjagaku pada malam ini.' Kemudian kami terdengar bunyi senjata. Rasulullah bertanya, 'Siapakah itu?' Orang itu berkata, 'Saad bin Abu Waqas, wahai Rasulullah.' Rasulullah bertanya, 'Apakah yang membuatkan saudara datang?' Saad menjawab, 'Terdetik dalam diri saya perasaan risau tentang Rasulullah. Lalu saya datang bagi menjaga tuan.' Rasullullah berdoa untuknya, kemudian tidur." - Hadith ini terdapat dalam rekod koleksi sahih Muslim

Nota: Dalam rekod lain dicatatkan bahawa Aisyah melaporkan Nabi Muhammad tidur sampai dia dapat mendengar dengkurannya.

Analisis hadith:

1. Hadith ini menunjukkan teknik bagaimana Nabi Muhammad menyatakan rasa penghargaan kepada seseorang yang telah melakukan kebaikan kepada beliau.

2. Dalam hadith ini Saad bin Abu Waqas secara sukarela menjadi pengawal peribadi dan dia menjaga keselamatan Nabi Muhammad semasa beliau tidur.

3. Nabi Muhammad tidak berkata "Terima kasih." kepada Saad.

4. Nabi Muhammad membalas perbuatan baik Saad itu dengan membacakan doa untuknya.

5. Prinsip yang penting dalam hadith ini adalah: Budi baik dibalas dengan budi baik, bukan dengan ucapan 'terima kasih'.

i. Saad bin Abu Waqas melakukan budi baik untuk Nabi Muhammad. Dia menjaga keselamatan Nabi Muhammad.

ii. Nabi Muhammad membalas budi baik Saad itu dengan melakukan budi baik juga untuk Saad. Beliau membaca doa untuk Saad.

Nota: Percuma! Tuan boleh menerima kiriman dalam emel tuan semua posting dalam blog ini dengan mengisi jendela emel yang disediakan.



6 ulasan:

kiaisepuh berkata...

adapun doa daro itu satu rahmat yang cukup besar ertinya

kiaisepuh berkata...

aiseh salah taip ...adapun doa dari Nabi itu satu rahmat yang cukup besar ertinya

Miss Dhearty berkata...

Terima kasih. Mohon di share pengajaran hadith ini ya...jzkk..

Tanpa Nama berkata...

Kan lebih baik disebut Doa lebih aula dari terima kasih......
Berapa banyak hadis lain yg berkisah nabi mengucapkan jazakalah...

TS HMH ASQ berkata...

Salam semua pembaca,

Terima kasih kepada penulis blog di atas perkongsian point-point berguna dan semoga Allah membalas jasabaik kamu berkali ganda.

Saya ingin bertanyakan pendapat penulis jika saya mengamalkan ucapan 'Terima Kasih + Sebab + Doa', di mana adakah ianya lebih baik diamalkan lebih-lebih lagi pada zaman ini di mana kita semua berada di dalam masyarakat majmuk yang di mana agama-agam lain juga mulai sedar dan mempercayai kewujudan tuhan yang SATU...?

Tanpa Nama berkata...

Saya lebih biasa dengan kajian bertema...biasanya jika tidak theme up akan jadi kes seperti ini...lazim dibuat kajian seperti pengumpulan nas untuk istinbat hukum fekah untuk conclusion yang lebih tepat & adil. Juga harap dapat hadirkan sekumpulan panel yang ahli atau sudah terbiasa dengan ilmu-ilmu hadis untuk tujuan ini supaya lebih tepat hasilnya. Ia satu usaha yang bagus...syabas.