Bagaimana Nabi Muhammad Berespon kepada Cakap Orang yang Tahap Ilmunya Rendah

Hadith 'Tuhan di Langit'
Muawiyah memberitahu, "Saya pernah mempunyai seorang hamba wanita yang bekerja menggembala kambing milik saya di kawasan Uhud dan Jawwaniyyah. Pada suatu hari, saya membuat pemeriksaan dan saya dapati seekor kambing telah dimakan serigala. Saya adalah manusia biasa yang boleh marah seperti mana orang lain marah, dan saya telah menamparnya satu kali. Kemudian saya pergi berjumpa Nabi Muhammad, dan beliau menganggap masalah saya itu masalah berat. Saya berkata, "Wahai Rasul Allah, apakah saya patut membebaskan dia?" Nabi Muhammad berkata, "Bawa dia ke sini." Lalu saya pun membawa hamba saya itu kepada Rasulullah. Beliau bertanya kepada hamba saya itu: "Di mana Allah?" Hamba saya menjawab: "Di langit." Nabi Muhammad bertanya lagi: "Siapa saya?" Dia menjawab: "Tuan adalah Rasul Allah." Nabi Muhammad berkata: "Bebaskan dia, kerana dia seorang wanita beriman." - Hadith ini terdapat dalam rekod hadith autentik koleksi Sahih Muslim

Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad berespon kepada jawapan seorang yang ilmu dan daya inteleknya lebih rendah.

Dalam persitiwa itu, Nabi Muhammad menjalankan ujian keimaman ke atas seorang hamba perempuan milik Muawiyah. Di sini kita membuat andaian bahawa hamba itu bukan seorang yang pintar dan mempunyai ilmu tauhid yang mendalam.

Soalan keimanan yang ditanya oleh Nabi Muhammad kepada hamba perempuan itu: "Di mana Allah?"

Hamba perempuan itu menjawab: "Di langit."

Mendengar jawapan hamba itu, Nabi Muhammad tidak berkata apa-apa. Beliau tidak mengatakan jawapan itu betul mahupun salah.

Beliau terus bertanyakan soalan kedua. "Siapa saya?" 

Hamba itu menjawab: "Tuan adalah Rasul Allah." 

Sesudah mendengar jawapan kedua itu barulah Nabi Muhammad memerintahkan Muawiyah supaya membebaskan hambanya.

------------
 
Nota: Percuma! Tuan boleh menerima kiriman dalam emel tuan semua posting dalam blog ini dengan mengisi jendela emel yang disediakan.

3 ulasan:

mokhtar berkata...

Saya teringat kisah Nabi MUhammad menyuruh Anjasyah (penarik unta)yang menarik unta dengan kuat (yang membawa wanita) agar perlahan kerana "..yang kamu tarik adalah botol-botol kaca ".(hadis Albukhari5857).

Unknown berkata...

Alhamdulillah atas perkongsian ilmiah. Semoga Allah merahmati semua, dan memberi manfaat kepada umat manusia. Mohon diperbetulkan.. Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam tidak akan berdiam diri jika ada perkara yang bercanggah dengan prinsip utama Islam..Baginda akan memperbetulkan di dalam majlis yang sama..jika tidak akan ada wahyu diturunkan untuk tujuan tersebut. Justeru, diamnya Baginda di sini apabila dijawab pertanyaan yang pertama "Allah di langit" menunjukkan Baginda memperakukan (taqrir) jawapan tersebut ...ertinya betul la tu..malah di akhir hadith dipersaksikan keimanan hamba tersebut. Mohon dirujuk kepada perbincangan ilmu mustalah hadith untuk lebih mendalam.
Baginda juga tidak akan sesekali memperakukan perkara yang batil, mungkar, lebih-lebih lagi syirik kepada Allah. Wallahu a'lam bissawab