Tugas Trainer Bukan Meningkatkan Iman dan Akidah Peserta Sesi Training

Trainer bertugas memindahkan skill. Bagi memindahkan skill, trainer menggunakan metod, teknik-teknik, tool-tool dan prosedur yang spesifik pada jenis-jenis skill yang akan dipindahkan dari trainer kepada trainee. Sebagai contoh, bagi melatih orang skill bermain bola sepak dan melatih orang skill berfikir secara kreatif metod, teknik-teknik, tool-tool dan prosedur yang digunakan adalah amat berbeza.

Iman dan akidah bukan sejenis skill. Iman dan akidah adalah sejenis kepercayaan. Fungsi memberikan iman kepada seseorang adalah fungsi ketuhanan, manakala fungsi menerangkan dan memperbaiki kefahaman tentang akidah adalah fungsi pakar-pakar agama. Oleh itu bagi menerangkan apa itu iman dan akidah, sesi yang diperlukan bukan sesi training, sebaliknya adalah sesi berdakwah.

Banyak pelanggan keliru apabila membeli modul training dari pembekal. Ada 3 kekeliruan yang biasa berlaku:

1. Pelanggan mengundang pakar agama bagi menjalankan sesi training, sebagai contoh training skill bekerjasama dalam pasukan. Hasilnya, pakar-pakar agama itu menjalankan sesi ceramah, tazkirah dan ritual ibadah secara berjemaah.

2. Pelanggan mengundang pakar agama bagi mengubati penyakit staf yang malas dan tidak mahu berinisiatif, sebagai contoh skill mendorong diri sendiri. Hasilnya,
pakar-pakar agama itu menjalankan sesi ceramah, tazkirah dan ritual ibadah.

3. Pelanggan mengundang pakar agama bagi menjalankan sesi motivasi bagi menaikkan semangat kerja di kalangan staff.
Hasilnya, pakar-pakar agama itu menjalankan sesi ceramah, tazkirah dan ritual ibadah.

Kekeliruan pada pihak pelanggan menyebabkan kekeliruan pada pihak pembekal. Hasilnya, modul training yang dibekalkan tidak menghasilkan apa yang dimahukan oleh pelanggan.