Dalam amalan lazim, ketua-ketua khuatir mahu memuji seseorang secara terbuka di hadapan orang-orang lain disebabkan hal itu boleh menyebabkan timbulnya kesan-kesan sampingan yang negatif. Disebabkan kekhuatiran itu banyak ketua memberikan pujian kepada anak-anak buahnya secara sembunyi-sembunyi.
Memang perbuatan ketua memuji seseorang anak buah secara terbuka di hadapan rakan-rakan sekerja boleh mencipta risiko kesan sampingan negatif. Antara risiko itu adalah:
a. Orang yang dipuji itu menjadi perasan dan timbul perasaan riak dalam dirinya.
b. Orang-orang lain yang tidak dipuji berasa cemburu dan iri hati.
c. Hanya orang yang dipuji mengalami peningkatan motivasi, manakala yang orang-orang lain hilang motivasi.
Dalam catatan sejarah di bawah ini, Nabi Muhammad memberi pujian kepada satu orang, hasilnya orang lain yang mendengar pujian itu ikut melakukan perbuatan yang dipuji itu.
Salah seorang sahabat Nabi Muhammad bernama Ibnu Umar. Dalam laporannya, Ibnu Umar menceritakan, pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran seorang lelaki berkata, "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila." Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya kepada orang-orang yang ada, "Siapakah tadi yang membaca ucapan itu?" Lelaki itu menjawab, "Saya, ya Rasul Allah." Lalu Nabi Muhammad berkata, "Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu." Dalam laporannya itu, Ibnu Umar berkata, "Semenjak saya terdengar Nabi Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata itu." - Catatan peristiwa ini ada dalam rekod koleksi hadith-hadith autentik Muslim
Dalam peristiwa di atas, Ibnu Umar mengaku bahawa semenjak dia mendengar pujian yang diberikan oleh Nabi Muhammad kepada lelaki itu dia ikut mengucapkan kata-kata yang diucapkan oleh lelaki tersebut.
Apabila Nabi Muhammad memberi pujian kepada satu orang anak buahnya, beliau tidak mencipta kesan-kesan negatif ke atas motivasi anak-anak buahnya yang lain yang kebetulan menyaksikan peristiwa itu. Ini adalah disebabkan teknik yang beliau gunakan bagi menyampaikan pujiannya itu adalah betul, yakni beliau memuji hasil kerja orang itu, beliau tidak memuji diri orang itu.
Mengkaji Prinsip Psikologi, Strategi, Metod, Prosedur, Prioriti, Teknik dan Taktik Nabi Muhammad
Nabi Muhammad Menjaga Maruah Perempuan Berdosa
Nabi Muhammad adalah seorang yang sangat menjaga nama baik perempuan. Dalam suatu peristiwa, sepasang remaja lelaki dan perempuan telah melakukan dosa berat, yakni bercumbu-cumbu. Kemudian pemuda itu telah datang berjumpa Nabi Muhammad dan mengakui kesalahannya. Namun Nabi Muhammad langsung tidak bertanya siapa perempuan yang menjadi pasangannya itu.
Pada suatu hari, ada seorang lelaki datang berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan paduka tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang paduka tuan mahu.” Saidina Umar memarahi lelaki itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian lelaki itu pergi. Nabi Muhammad segera menyuruh orang memanggil lelaki itu supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepada lelaki itu ayat ini: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang sahaja, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab, “Untuk semua orang.” - (Hadith ini direkodkan oleh Abu Daud)
Dalam peristiwa di atas, meskipun pemuda itu telah mengaku bahawa dia pernah melakukan dosa yang berat dengan seorang perempuan, tetapi Nabi Muhammad tidak menyuruh supaya dia memberitahu siapa perempuan itu dengan bertanya:
* "Siapa nama perempuan itu?"
* "Dia anak siapa?"
* "Di mana rumahnya?"
* "Adakah dia anak dara, janda ataupun isteri orang?"
Sampai hari ini tidak ada sesiapa yang tahu siapa perempuan yang menjadi pasangan bercumbu pemuda tersebut.

Nabi Muhammad Tidak Bertanya Nama Orang yang Beliau Beri Pujian
Adalah menjadi kebiasaan di kalangan para pelapor hadith, apabila mereka melaporkan hadith mereka akan menyebut nama-nama orang penting yang ada peranan dalam hadith berkaitan. Namun, apabila individu yang terlibat itu bukan orang penting, nama mereka tidak direkodkan oleh orang yang melaporkan peristiwa tersebut.
Pakar-pakar komunikasi Barat sangat menyarankan supaya ketua-ketua menghafal nama-nama orang bawahan mereka dan menyebut nama mereka apabila berkomunikasi dengan mereka.
Saranan pakar-pakar Barat itu tidak selaras dengan amalan Nabi Muhammad. Dalam rekod sejarah Islam terdapat banyak catatan di mana Nabi Muhammad pernah memuji anak-anak buahnya yang beliau tidak tahu nama orang-orang itu, dan beliau tidak pula bertanya siapa nama-nama mereka.
Ada suatu catatan sejarah di mana Nabi Muhammad memberi pujian kepada seorang orang kecil. Orang itu adalah orang kecil kerana pelapor hadith itu tidak menyebut siapa orang itu. Pada peristiwa itu Nabi Muhammad mendengar suara berkata "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila." lalu bertanya siapa yang berkata itu. Apabila orang itu mengaku, Nabi Muhammad tidak bertanya, "Boleh saya tahu nama saudara?"
Ibnu Umar adalah salah seorang sahabat baik Nabi Muhammad. Dalam laporannya, Ibnu Umar menceritakan, pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran seorang lelaki berkata, "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila." Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya kepada orang-orang yang ada, "Siapakah tadi yang membaca ucapan itu?" Lelaki itu menjawab, "Saya, ya Rasul Allah." Lalu Nabi Muhammad berkata, "Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu." Dalam laporannya itu, Ibnu Umar berkata, "Semenjak saya terdengar Nabi Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata itu." - Catatan peristiwa ini ada dalam rekod koleksi hadith-hadith autentik Muslim.

Langgan:
Catatan (Atom)