Kepimpinan Kuku Besi Gaya Nabi Muhammad

Salah satu perkara yang sukar dilakukan adalah menolak pandangan, bantahan, kritikan, idea, cadangan dan syor yang dikemukakan oleh orang-orang lain kepada kita. Kita tidak pandai mengucapkan kata-kata yang sesuai bagi menolak harapan orang tanpa menyebabkan mereka berasa kecil hati ataupun kecewa. Orang yang mengemukakan idea ataupun pandangan memang mempunyai harapan tinggi kita akan menerimanya. Jadi, kita berasa bersalah apabila terpaksa menolaknya.

Pada masa ini, ada tekanan supaya ketua-ketua menerangkan kepada anak-anak buah segala rasional yang menjadi kriteria keputusan dan pilihan yang diambil. Ini kerana anak-anak buah mahu tahu mengapa sesuatu keputusan itu diambil. Apabila cadangan mereka ditolak, mereka mahu tahu mengapa. Apabila cadangan mereka diterima, mereka juga mahu tahu mengapa. Malah anak-anak buah mahu tahu mengapa bantahan dan kritikan mereka ditolak ataupun diterima.

Apabila ketua-ketua tidak memberi penerangan yang diharapkan itu, mereka mempunyai pandangan sangat negatif terhadap gaya kepimpinan ketua itu. Akibatnya mereka menuduh si ketua sebagai seorang yang kuku besi dan tidak demokratik. Persepsi seperti itu menyebabkan mereka menjadi sangat tidak puas hati dan berkempen mempengaruhi rakan-rakan supaya ikut menentang keputusan si ketua.


Dalam rekod sejarah terdapat banyak catatan yang menunjukkan teknik Nabi Muhammad menolak idea dan pandangan. Salah satu catatan itu adalah seperti di bawah:


Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar melaporkan, semasa orang-orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah, mereka semua berkumpul sementara menunggu masuknya waktu sembahyang. Pada masa itu belum ada apa-apa cara memanggil orang supaya bersembahyang. Disebabkan keadaan itu, pada suatu hari mereka berbincang berkenaan perkara itu. Ada antara mereka yang berkata, “Gunakan loceng macam orang-orang Kristian.” Ada pula yang berkata, “Gunakan trompet daripada tanduk, macam orang-orang Yahudi.” Lalu Umar berkata, “Bagaimana kalau saudara-saudara suruh seorang lelaki supaya melaungkan panggilan sembahyang?” Nabi Muhammad pun berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkan panggilan sembahyang.” --
Hadith No. 190 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad adalah beliau sama sekali tidak menyebut idea-idea yang ditolak, sebaliknya beliau mendiamkan sahaja. Beliau juga tidak menerangkan kelebihan idea yang diterimanya. Malah beliau tidak menerangkan kriteria beliau memilih pelaksana idea yang diterimanya.

Pada peristiwa di atas, Nabi Muhammad menolak dua idea dan menerima satu idea. Nabi Muhammad tidak menerangkan kekurangan dan kelemahan idea loceng dan trompet sehingga beliau menolak kedua-dua idea itu. Beliau juga tidak menerangkan kelebihan idea yang beliau terima, yakni idea azan. Malah, Nabi Muhammad juga tidak menerangkan mengapa beliau memilih Bilal menjadi pelaksana idea yang dipilih itu.

Langkah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad, yakni tidak memberitahu alasan di sebalik keputusan yang diambil, sentiasa mengundang risiko bantahan. Namun sebaliknya, langkah seperti yang lazimnya diamalkan sekarang, yakni memberitahu apa yang sebenarnya menjadi alasan juga mengundang risiko, malah risiko itu lebih besar.


Ada masanya ada kumpulan anak-anak buah yang menolak diri si ketua. Mereka tidak suka kepada ketua itu, jadi apa juga keputusan yang diambil oleh si ketua akan ditolak dan dibantah. Begitu juga sebaliknya, ada pula kumpulan anak-anak buah yang menyukai siketua, golongan ini mudah menerima keputusan si ketua.

Ada pula masanya, keputusan si ketua itu yang diterima ataupun ditolak oleh anak-anak buahnya. Mereka mengasingkan antara diri si ketua daripada keputusannya. Ada anak-anak buah yang tidak menyukai si ketua tetapi menyokong keputusan si ketua. Sebaliknya juga begitu.

Ada masanya pula, pada awalnya anak-anak buah bukan menolak diri si ketua. Mereka juga bukan menolak keputusan si ketua. Mereka menolak alasan yang dijadikan asas sesuatu keputusan itu diambil oleh si ketua. Mereka mengulas alasan itu dan menyuarakan pendapat mengapa mereka tidak setuju dengan alasan yang digunakan oleh si ketua.

Kemudian ada pula anak-anak buah yang setuju dan menyokong alasan-alasan si ketua. Lalu berlaku perbahasan dan perdebatan. Yang dibahas dan didebatkan itu bukan keputusan, tetapi alasan-alasan di sebalik keputusan.

Di sinilah letakkan risiko memberitahu alasan-alasan sesuatu keputusan itu dibuat. Ada risiko di mana disebabkan anak-anak buah tidak setuju atas alasan yang digunakan, lama kelamaan mereka bukan menentang alasan itu lagi, sebaliknya lama-lama mereka menentang keputusan si ketua. Malah boleh berlaku di mana semakin mereka berbahas dan berdebat, lama kelamaan mereka menentang kepimpinan si ketua itu sendiri!



Nabi Muhammad Tidak Memberi Alasan Mengapa Beliau Menolak Idea

Salah satu perkara yang sukar dilakukan adalah menolak idea, cadangan, syor dan permintaan yang dikemukakan oleh orang-orang lain kepada kita. Kita tidak pandai mengucapkan kata-kata yang sesuai bagi menolak harapan orang tanpa menyebabkan mereka berasa kecil hati ataupun kecewa.

Orang yang mengemukakan idea ataupun permintaan memang mempunyai harapan tinggi kita akan menerimanya. Jadi,
kita berasa bersalah apabila terpaksa menolaknya.

Dalam rekod sejarah terdapat banyak catatan yang menunjukkan teknik Nabi Muhammad menolak idea. Salah satu catatan itu adalah seperti di bawah:


Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar melaporkan, semasa orang-orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah, mereka semua berkumpul sementara menunggu masuknya waktu sembahyang. Pada masa itu belum ada apa-apa cara memanggil orang supaya bersembahyang. Disebabkan keadaan itu, pada suatu hari mereka berbincang berkenaan perkara itu. Ada antara mereka yang berkata, “Gunakan loceng macam orang-orang Kristian.” Ada pula yang berkata, “Gunakan trompet daripada tanduk, macam orang-orang Yahudi.” Lalu Umar berkata, “Bagaimana kalau saudara-saudara suruh seorang lelaki supaya melaungkan panggilan sembahyang?” Nabi Muhammad pun berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkan panggilan sembahyang.” --
Hadith No. 190 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Pada peristiwa di atas, Nabi Muhammad menolak dua idea dan menerima satu idea. Apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad adalah:

1. Nabi Muhammad sama sekali tidak menyebut idea-idea yang ditolak, sebaliknya beliau mendiamkan sahaja.

2. Beliau tidak menerangkan kelemahan idea-idea yang ditolak.

3. Beliau tidak menerangkan kelebihan idea yang diterima.