Soalan Lazim tentang Sejauh Mana Modul Latihan Ini Berkesan

Soalan 1: Mengapa penyelidikan ini berfokus kepada cara Nabi Muhammad dan bukannya balik kepada sumber hukum yang utama iaitu kitab al-Quran?

Al-Quran menerangkan prinsip-prinsip umum, manakala sunnah Nabi Muhammad menterjemahkan prinsip-prinsip umum dalam al-Quran itu ke dalam bentuk strategi, pendekatan, teknik, prosedur, prioriti, kata-kata dan tool-tool yang praktikal.

Soalan 2: Berikan satu contoh yang menunjukkan perbezaan yang terang antara teknik Barat dan teknik Nabi Muhammad.

Contoh perbezaan cara Barat dan cara Nabi Muhammad:

Apabila ada orang datang berjumpa Nabi Muhammad dan mengaku dia telah melakukan kesalahan, Nabi Muhammad tidak menyiasat latar belakang orang itu ataupun mengapa dia telah melakukan kesalahan itu. Ini sangat berbeza dengan pendekatan kaunseling Barat di mana kaunselor akan mendorong kaunselee supaya menceritakan faktor-faktor yang menyebabkan dia melakukan kesalahannya.

Dalam teori kaunseling Barat, kita dikehendaki menyiasat latar belakang peribadi kaunselee dan punca-punca yang menyebabkan dia melakukan kesalahan atas alasan selepas kita tahu latar belakang itu baru kita dapat mencari jalan menyelesaikannya. Namun, Nabi Muhammad tidak menggunakan prosedur itu, sebaliknya beliau terus memberikan penyelesaiannya.

Soalan 3: Apakah teknik-teknik Nabi Muhammad nanti mengakibatkan semua teknik Barat tidak boleh diamalkan lagi dalam organisasi kami?

Tidak. Tidak semua teknik Barat tidak selaras dengan teknik Nabi Muhammad. Banyak teknik Nabi Muhammad adalah selaras dengan hasil penemuan penyelidikan dalam bidang sains psikologi Barat.

Teknik-teknik Barat yang selaras dengan teknik Nabi Muhammad boleh terus diaplikasikan di tempat kerja, manakala mana-mana teknik yang tidak selaras digantikan dengan teknik Nabi Muhammad yang kita tunjukkan.

Soalan 4: Apakah elemen berguna yang terhasil daripada penyelidikan ini?

Penemuan-penemuan daripada penyelidikan ini telah membolehkan kami menggali dan mengkonstruksi formula-formula di bawah:

a. Strategi-strategi yang Nabi Muhammad gunakan.
b. Pendekatan-pendekatan yang Nabi gunakan.
c. Teknik-teknik yang Nabi gunakan.
d. Prosedur-prosedur kerja yang Nabi gunakan.
e. Sistem prioriti yang Nabi gunakan.
f. Tool-tool yang Nabi gunakan.
g. Kata-kata yang Nabi gunakan.
h. Kata-kata yang Nabi tidak gunakan.


Soalan 5: Apakah kesan positif paling serta-merta yang diperoleh apabila staf diberikan latihan teknik-tenik Nabi Muhammad?

Kesan serta-merta adalah staf berasa yakin bahawa kali ini mereka dapat mengaplikasikan teknik yang dipelajari itu dengan mudahnya kepada orang-orang bawahan mereka. Apabila mereka yakin, mereka mempunyai dorongan tinggi mahu cepat-cepat menggunakan teknik-teknik itu sebaik-baik mereka tamat kursus.


Soalan 6: Staf organisasi kami terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, bukannya orang Melayu sahaja.

Modul ini hanya menerangkan teknik-teknik Nabi Muhammad dan melatih peserta menggunakan teknik-teknik itu. Justeru sesiapa sahaja dapat mengikuti sesi training ini tanpa jiwa mereka berasa tertekan disebabkan perbezaan fahaman agama.


Soalan 7: Bolehkah teknik Nabi Muhammad digunakan ke atas staf bukan Islam?

Teknik-teknik Nabi Muhammad boleh digunakan ke atas sesiapa sahaja kerana teknik-teknik itu dapat dipisahkan daripada sistem kepercayaan seseorang, sebagaimana dalam sukan boleh di mana teknik menendang bola dapat dipisahkan daripada agama pemainnya.


Soalan 8: Apakah bahan-bahan yang dijadikan sumber penyelidikan?

Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan catatan-catatan hadith dalam rekod (i) Imam Bukhari dan (b) Imam Muslim. Dua koleksi rekod itu dipilih berdasarkan status autentisiti koleksi tersebut mengikut konsensus para ulama besar.

Soalan 9: Apakah aspek-aspek yang dikaji, dianalisis dan ditafsir dalam hadith-hadith itu?

Penyelidikan dilakukan bagi mengetahui elemen-elemen praktikal seperti:
a. Apa peristiwa yang telah berlaku lalu dirujukkan kepada Nabi Muhammad.
b. Siapa yang melakukannya.
c. Apa kata-kata sebenar yang diucapkan oleh pengadu kes.
d. Apa konten dalam kata-kata si pengadu.
e. Siapa orang-orang lain yang kebetulan hadir pada waktu Nabi Muhammad mendengar kes itu dirujukkan kepada beliau.
f. Apa kata-kata yang diucapkan oleh orang-orang lain yang ada di situ.
g. Apa perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang lain itu.
h. Apa kata-kata yang diucapkan oleh Nabi Muhammad.
i. Apa kata-kata yang tidak diucapkan oleh Nabi Muhammad.
j. Kepada siapa kata-kata Nabi Muhammad itu ditujukan.
k. Apakah konten dalam kata-kata Nabi Muhammad.
l. Apakah cadangan yang Nabi Muhammad berikan kepada pengadu kes.
m. Berapa jumlah cadangan yang Nabi Muhammad berikan.
n. Siapa yang diarahkan oleh Nabi Muhammad supaya melakukan sesuatu pada sesi itu
o. Bila arahan Nabi Muhammad itu dilaksanakan.
p. Apa yang berlaku selepas Nabi Muhammad berkata-kata.
q. Apa yang Nabi Muhammad lakukan selepas beliau habis berkata-kata.

Soalan 10: Apakah tiada kemungkinan hasil penyelidikan ini tidak betul?

Bagi mengelakkan risiko hasil penyelidikan ini tidak betul, langkah-langkah berikut sudah dimasukkan dalam desain penyelidikan:

a. Melantik Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan sebagai penasihat desain penyelidikan supaya memenuhi ciri-ciri penyelidikan saintifik dan empirikal yang baik.

b. Dalam anggota tim penyelidik terdapat 3 orang lulusan fakulti pengajian Islam. Salah seorang adalah pakar hadith.


Soalan 11: Siapakah yang sesuai dihantar mengikuti kursus ini?

a. Staf yang mempunyai orang-orang bawahan.
b. Staf yang menjalankan tanggungjawab pengurusan sumber manusia.
c. Staf yang perlu meningkatkan prestasi orang bawahannya.
d. Staf yang mempunyai orang bawahan yang bermasalah.

Soalan 12: Organisasi kami sudah membeli pakej dan modul pembangunan insan yang dibekalkan oleh syarikat lain. Tidakkah nanti modul ini bertindan dengan pakej dan modul yang kami sudah beli itu?

Modul kami hanya menerangkan dan melatihkan teknik-teknik Nabi Muhammad kepada peserta. Modul kami tidak menghendaki peserta supaya membetulkan kefahaman mereka tentang konsep iman, ibadah, amanah dan lain-lain kerana topik-topik itu sebaiknya dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang-bidang itu.

.

Tiada ulasan: