Dalam semua organisasi sentiasa ada sebilangan kecil staf yang prestasi kerjanya tidak cukup tinggi. Mereka menjadi beban kepada pengurusan, oleh itu lazimnya pengurusan cuba menaikkan semangat kerja staf itu dengan mengambil beberapa langkah seperti:
a. Mengadakan jawatan kaunselor yang memiliki ijazah dalam bidang psikologi organisasi.
b. Mengadakan program bimbingan rakan sekerja.
c. Mengundang speaker-motivator datang menyampaikan ceramag motivasi kerja.
d. Mengundang ustaz menyampaikan tazkirah tentang kaitan kerja dan ibadah.
e. Menghantar staf ke kem-kem motivasi kerja.
f. Membeli pakej motivasi komersial yang diimport dari luar negara.
Tugas memberi motivasi adalah tugas ketua-ketua di tempat kerja. Sebagaimana jeneral tentera bertanggungjawab menaikkan semangat askar di bawah arahannya, demikianlah juga dengan ketua-ketua dalam organisasi. Merekalah yang semestinya menaikkan semangat kerja orang-orang bawahan mereka.
Apabila ada staf yang malas bekerja, maka ketuanya yang bertanggungjawab mendorong orang bawahannya yang malas itu, bukan tugas orang lain seperti trainer, ustaz ataupun speaker-motivator yang dibawa dari luar dan dibayar.
Banyak pelanggan membeli pakej motivasi dengan harapan selepas mengikuti pakej motivasi itu semua staf mereka akan mengalami peningkatan semangat kerja, semangat bersaing mahu naik pangkat dengan cara meningkatkan prestasi kerja masing-masing.
Banyak staf yang malas sebenarnya hanya malas apabila dia berada di tempat kerjanya sahaja, manakala dia adalah orang yang rajin di tempat-tempat lain. Ini menunjukkan ada faktor-faktor di tempat kerjanya yang menyebabkan semangat kerjanya hilang.
Tanggungjawab memulihkan semangat pekerja itu tidak dapat dipindahkan daripada ketuanya kepada orang luar seperti trainer, ustaz ataupun speaker-motivator.
Ini bermakna ketua-ketua perlu memiliki kompetensi menjadi pendorong kepada orang bawahan mereka.
Nota: Dalam sesi training, peserta akan berlatih menggunakan teknik-teknik yang Nabi Muhammad gunakan bagi menaikkan semangat orang bawahan.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan