Dalam profesion training, tugas trainer adalah memindahkan skill yang dimilikinya kepada peserta-peserta dalam sesi training yang dijalankan. Sebagai contoh:
a. Pilot senior melatih pilot junior menerbangkan pesawat yang terbaru dibeli oleh syarikat.
b. Pakar bedah senior melatih doktor bedah junior menjalankan pembedahan mikro.
c. Chef hotel melatih tukang masak cara-cara menyediakan omelet ala-Perancis.
d. Coach pasukan bola melatih pemain bola bermain menggunakan strategi open-football.
e. Trainer yang fasih bercakap menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) melatih peserta kursus bercakap menggunakan BMT juga.
Namun banyak pelanggan mahukan supaya trainer membetulkan dan mengubah sikap staf mereka yang bermasalah. Ini lebih-lebih lagi apabila pelanggan hendak membeli modul training Islami. Mereka mempunyai pengharapan yang sangat tinggi modul Islamik itu dapat mengubah sikap staf yang dihantar mengikutinya.
Fungsi mengubah dan membetulkan sikap bukan tugas trainer. Ia adalah fungsi dan tugas kaunselor. Namun, disebabkan pelanggan cenderung menghantar ke sesi training staf-staf yang menunjukkan masalah human-problem, akibatnya para trainer cenderung cuba mengubah sikap peserta, padahal trainer tidak memiliki kelayakan dalam bidang perubahan sikap.
Apabila sekembalinya staf dari sesi training dengan tidak menunjukkan perubahan sikap, pelanggan cenderung menyalahkan kegagalan pihak trainer. Manakala trainer cenderung menyalahkan peserta!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan