Aplikasi Hadith dalam Pengurusan

Ini adalah contoh bagaimana Islam dapat dimasukkan ke dalam SOP (standard operating procedure) organisasi:

PTS adalah sebuah syarikat yang mengaplikasi salah satu formula bagaimana Nabi Muhammad membahagi-bahagikan keuntungan di kalangan semua pihak yang menyumbang kepada pemerolehan keuntungan itu.

Dalam kes ini PTS menggunakan formula bagaimana Nabi Nabi Muhammad membahagi-bahagikan harta rampasan perang.

Nabi Muhammad membahagikan tentera Islam ke dalam 3 kategori:

1. Tentera pasukan berkuda menerima porsi paling tinggi.
2. Tentera pasukan pemanah menerima porsi kedua tinggi.
3. Tentera pasukan berjalan kaki dan pasukan logistik menerima porsi ketiga tinggi.

Aplikasi di PTS:
Setiap bulan semua staf PTS menerima komisen daripada hasil jualan buku-bukunya. Di sini amalan PTS berbeza daripada amalan tradisional di mana komisen jualan hanya dibayarkan kepada salesman sahaja, manakala di PTS semua staf yang berjawatan tetap, termasuk cleaner-cleaner pun menerima komisen jualan.

Unit kawalan kredit bertugas mengutip hutang daripada kedai-kedai buku. Daripada jumlah hutang yang dapat dikutip itu, sebahagian daripadanya diambil dan diberikan kepada semua staf sebagai komisen jualan.

PTS membayar komisen bulanan kepada semua staf pada setiap 15 haribulan.

Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad, semua staf PTS dikategorikan ke dalam 3 kategori juga:

1. Staf pasukan berkuda PTS
Contoh saf yang tergolong dalam kategori ini adalah mereka yang secara langsung menjalankan kerja-kerja jualan seperti pengurus dan salesman. Kerani-kerani di jabatan jualan tidak termasuk dalam kategori ini.

2. Staf pasukan pemanah PTS
Contoh staf yang termasuk dalam kategori ini adalah semua staf jabatan editorial dan jabatan marketing.

3. Staf pasukan infantri PTS
Contoh staf yang termasuk dalam kategori ini adalah staf jabatan kewangan, staf jabatan sumber manusia dan semua staf perkeranian.

Apa yang diaplikasikan di PTS adalah contoh bagaimana Islam dapat dimasukkan ke dalam salah satu kamar di dalam jantung organisasi.

Dalam kes ini semua staf, baik yang Islam mahupun bukan Islam, berpeluang menerima benefit daripada aplikasi Islam dalam pengurusan. Malah formula yang diaplikasikan di PTS juga dapat diaplikasikan oleh organisasi-organisasi bukan Islam.

.

Tiada ulasan: