Dalam suatu peristiwa, Nabi Muhammad menunjukkan teknik menghiburkan hati seorang yang bersedih kerana ditinggal mati oleh orang yang dikasihinya.
Jabir bin Abdullah melaporkan dia pernah terjumpa dengan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad berkata kepadanya, “Wahai Jabir, mengapa saya lihat saudara dalam keadaan tidak bersemangat?” Jabir menjawab, “Wahai Rasul Allah, ayah saya telah mati syahid. Dia terbunuh semasa Perang Gunung Uhud dengan meninggalkan keluarga dan hutang.” Nabi Muhammad berkata, “Mahukah saudara saya beritahu khabar gembira tentang ayah saudara yang akan berjumpa dengan Allah?” Jabir menjawab, “Mahu, wahai Rasul Allah.” Nabi Muhammad berkata, “Allah tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun, melainkan dari balik tabir. Allah akan menghidupkan semula ayah saudara, dan Allah akan bercakap kepadanya tanpa ada tabir." - Hadith No. 3010 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi
Dalam peristiwa di atas Jabir bersedih disebabkan dia ditinggal mati oleh ayahnya. Nabi Muhammad tidak berkata:
* "Bersabar, ya, bersabar...."
* "Banyakkan bersabar...."
* "Jangan bersedih...."
* "Awak mesti redho...."
* "Tuhan lebih sayang dia...."
Pada peristiwa di atas Nabi Muhammad menghiburkan Jabir dengan memuji keistimewaan arwah ayahnya.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan