Pada masa ini modul-modul latihan pembangunan sumber tenaga manusia dalam organisasi menggunakan aplikasi teori-teori, prinsip, strategi, teknik dan tool-tool yang dibangunkan oleh pakar-pakar psikologi Barat dan diterangkan dalam buku-buku tingkah laku organisasi atau organizational behavior.Teori yang paling popular digunakan adalah teori hirarki keperluan manusia oleh Abraham Maslow.
Aplikasi teori-teori Barat ini mempunyai banyak kekuatan dan kesan-kesan positifnya sendiri:
1. Teori-teori Barat itu sudah lama dicipta dan sudah diaplikasikan dalam pelbagai bidang, oleh itu teori-teori tersebut sudah mempunyai banyak data empirikal bagi menilai keberkesanannya.
2. Ada aspek-aspek pada teori-teori Barat itu yang memang terbukti betul, praktikal, dan bermanfaat apabila digunakan bagi tujuan pembangunan sumber manusia dan sekaligus pembangunan organisasi.
3. Bahan-bahan rujukan bagi teori-teori Barat itu banyak, mudah dibeli dan mudah diperoleh dari internet. Pakar-pakar tempatan yang dapat menerangkan teori-teori Barat itu juga banyak, dan mereka berada di semua fakulti psikologi universiti-universiti tempatan.
4. Produk-produk training yang diasaskan pada teori-teori Barat itu juga banyak dan mudah dibeli serta sudah lama ditawarkan dalam pasaran tempatan.
Teori, pendekatan dan teknik-teknik Barat popular digunakan oleh organisasi-organisasi Malaysia, baik organisasi awam mahupun swasta, kerana produk-produk trainingnya difrancaiskan kepada syarikat-syarikat training dalam negara.
Projek penyelidikan ini bertujuan menggali teknik-teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi mendorong perubahan tingkat laku dan meningkatkan prestasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan