Nabi Muhammad menjalankan banyak tugas-tugas keketuaan, antaranya adalah ketua kerja, ketua perang, ketua keluarga, dan juga ketua spiritual.
Di bawah ini adalah catatan dalam rekod sejarah yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad, sebagai ketua spiritual, memberikan dorongan kepada anak-anak buahnya supaya mahu masuk syurga:
Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi Muhammad berkata, "Sebanyak 70 ribu orang dalam kalangan pengikutku akan masuk syurga tanpa dihisab. Wajah mereka bercahaya-cahaya laksana bulan mengambang penuh." Ukasyah bin Mihson al-Asadi bangun, sambil meletakkan selimut ke badannya dia berkata, "Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah supaya saya dimasukkan dalam golongan mereka." Lalu Rasulullah berdoa, "Ya Allah, masukkanlah dia dalam golongan mereka." Lalu bangun seorang penduduk asal kota Madinah dan dia berkata, "Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah supaya saya dimasukkan dalam golongan mereka." Rasulullah berkata, "Saudara sudah mendahului Ukasyah." - Hadith ini ada dalam koleksi hadith-hadith autentik Bukhari dan koleksi Muslim.
Strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad dalam hadith di atas adalah: Berikan gambaran dan harapan bahawa masyuk syurga adalah mudah, sehinggakan orang biasa-biasa pun dapat masuk syurga.
Teknik-teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad:
1. Apabila mendorong sekumpulan orang supaya timbul perasaan ingin masuk syurga, gunakan angka. Nabi Muhammad menggunakan angka 70 ribu.
2. Berikan angka orang yang dapat masuk syurga, bukan angka orang yang gagal, yakni yang masuk neraka.
3. Jumlah angka itu adalah jauh lebih banyak daripada jumlah orang yang ada dalam kumpulan.
4. Terangkan salah satu ciri orang yang berada dalam syurga. Dalam hadith itu Nabi Muhammad menerangkan wajah mereka yang bercahaya-cahaya.
5. Gunakan anologi. Dalam hadith di atas Nabi Muhammad menggunakan anologi "laksana bulan mengambang penuh".
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan