Bagaimana Nabi Muhammad Memberi Gelaran

Nabi Muhammad seorang ketua yang banyak memberikan gelaran kepada orang-orang di sekelilingnya.

Di bawah ini adalah catatan dalam rekod sejarah bagaimana Nabi Muhammad memberi gelaran kepada Zubair:


Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Jabir bin Abdillah melaporkan bahawa pada hari berlakunya Perang Khandaq, Nabi Muhammad telah mengumumkan panggilan perang, lalu Zubair bin Awam menyahut panggilan perang itu. Selepas itu, sekali lagi Nabi Muhammad menyeru panggilan perang, lalu sekali lagi Zubair bin Awwam menyahut panggilan itu. Kemudian, sekali lagi Nabi Muhammad menyeru panggilan perang, lalu sekali lagi Zubair bin Awwam menyahut panggilan itu. Lalu Nabi Muhammad berkata, “Sesungguhnya, tiap-tiap nabi mempunyai pembela, dan pembela saya adalah Zubair.” - Hadith nombor 1643 dalam kitab Ringkasan Sohih Muslim

1. Nabi Muhammad memberi gelaran 'pembela' kepada Zubair, sebaik-baik Zubair mengulangi perbuatan baiknya sebanyak 3 kali.

2. Nabi Muhammad menyebutkan dahulu keistimewaan gelaran yang akan diberikannya kepada Zubair dengan berkata,
“Sesungguhnya, tiap-tiap nabi mempunyai pembela...."

3. Gelaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad kepada Zubair adalah berdasarkan peranan yang dimainkan oleh Zubair, yakni 'membela' Nabi Muhammad.

4. Gelaran itu diberikan di tempat kejadian.

5. Gelaran itu diberikan serta-merta, sebaik-baik Zubair melakukan kebaikannya.

6. Gelaran itu diberikan semata-mata dengan ucapan, tanpa diberikan simbol-simbol lain seperti pedang, pakaian dan lain-lain simbol.

7. Gelaran itu diberikan dengan cara diumumkan kepada orang ramai yang kebetulan ada di tempat kejadian.


.

Tiada ulasan: