Nota: Tuan Zakir Husin adalah Pengarah Pentadiran dan Sumber Manusia di sebuah agensi kerajaan yang pernah mengiktui latihan modul mendorong pekerja corot.
Semasa mengendalikan satu kursus dalaman untuk kakitangan di tempat saya, ada 4 orang kakitangan yang sentiasa corot disiplin dan kedatangannya semasa bekerja.
Pada suatu kelas malam, mereka lambat datang dan terlepas untuk makan malam. Mereka tidak mahu masuk ke kelas sebab belum makan malam.
Kemudian saya minta pemandu membawa mereka keluar ke pekan berhampiran untuk makan di kedai. Saya keluarkan duit sendiri membelanja mereka. Selepas makan mereka masuk ke kelas dan saya lihat mereka memberi tumpuan yang lebih berbanding sebelumnya. Lebih melibatkan diri dalam aktiviti kelas.
Hingga hari ini saya belum mendengar lagi rungutan berkaitan sikap corot mereka dari sesiapa. (Tuan Zakir menggunakan teknik Nabi Muhammad dalam hadis 'orang dusun kencing dalam masjid')
Saya baru menerima satu kes seorang kakitangan yang disahkan mengambil ganja. Peraturan jelas memperuntukan dia mesti dibuang kerja. Ketua jabatan sudah meminta kakitangan ini diberhentikan dengan menamatkan khidmat sambilannya.
Saya mohon supaya beri peluang kepada saya untuk membetulkan kakitangan ini. Kakitangan tersebut saya panggil dan minta cadangan penyelesaian dari dia sendiri. Beliau berjanji tidak akan mengambil ganja lagi. Saya juga meminta beliau supaya bekerja bersungguh-sungguh.
Sekarang beliau dalam pemerhatian saya dan berharap teknik ini akan berjaya merubah diri beliau. (Tuan Zakir menggunakan teknik Nabi Muhammad dalam hadith 'sebakul kurma'.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan