Abu Hurairah melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki peminum arak dibawa ke hadapan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad berkata, “Pukul dia.” Abu Hurairah melaporkan lagi, ada sebahagian orang yang ada di situ memukul lelaki itu dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar, ada yang memukul dengan baju. Apabila hukuman seslesai dijalankan, ada seseorang berkata, “Moga-moga Allah merendahkan kamu!” Mendengar kata-kata itu Nabi Muhammad berkata, “Jangan kata begitu, kerana saudara menolong syaitan menguasai dirinya.” -- Hadith No. 2159 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari
Pada peristiwa itu ada seorang peminum arak dibawa ke hadapan Nabi Muhammad. Beliau pun menjatuhkan hukuman ke atas peminum arak itu.
Daripada teks hadith ini, kita dapat andaikan bahawa lelaki itu dibawa ke hadapan Nabi Muhammad dalam keadaan dia masih mabuk, kerana itulah Nabi Muhammad terus menjatuhkan hukuman.
Apabila peminum arak itu selesai menjalani hukuman ada seorang lelaki mengutuk dia dengan berkata, “Moga-moga Allah merendahkan kamu!” Kutukannya itu sangat berat sebab dia bukan sahaja mengutuk peminum arak itu, malah dia telah meminta supaya Allah mengutuknya juga.
Kita dapat andaikan bahawa si pengutuk adalah orang yang alim, yang baik amalan agamanya dan baik akhlaknya, di mana dia juga tidak meminum arak. Orang baik-baik sahaja yang berani secara terbuka mengutuk orang-orang yang tidak baik. Orang yang tidak meminum arak sahaja yang berani secara terbuka mengutuk orang yang minum arak.
Nabi Muhammad telah menegur si pengutuk dengan berkata: “Jangan kata begitu, kerana saudara menolong syaitan menguasai dirinya.”
NOTA: Hadith ini memberitahu bahawa perbuatan mengutuk secara terbuka orang Islam yang melakukan dosa besar adalah sebenarnya perbuatan menolong kerja-kerja syaitan. Pedosa yang dikutuk oleh orang alim akan membenci orang-orang alim. Apabila seseorang itu membenci orang-orang alim, maka pada saat itu dirinya sudah dikuasai oleh syaitan, dan akibatnya dia akan melakukan perkara-perkara yang syaitan mahukan, seperti membenci agama Islam, membenci ulamak, membenci ustaz-ustaz dan lain-lain.
.
1 ulasan:
Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.
lidwa, sunan Termidzi, no 1368, hasan sahih
syarah:
penipu (CBT atau pecah amanah)
perampas (pencopet dgn keganasan)
pencopet atau peragut
ini semua kesalahan takzir. cth, si A menipu orang ramai dgn skim cepat kaya, maka dia akan dikenakan hukum Takzir
perampas dan pencopet yg semakin berleluasa, atas budi bicara Hakim samada nak dakwa bawah Hudud mencuri atau Takzir..
KONSEP
1- Dalam Islam, tidak boleh menuduh perempuan baik berzina.
2- Begitu juga suami tidak boleh menuduh isteri berzina.
3- Sesiapa yang menuduh seorang wanita berzina, maka secara automatik, dia akan dikenakan hukuman qazaf iaitu dia akan disebat 80 kali.
4- Hukuman itu akan terbatal jika dia dapat membawa 4 orang saksi mata. (Kamera, DNA tidak laku!)
5- Jika tidak dapat membawa 4 orang saksi mata, sebatan akan dilaksanakan (walaupun sungguh orang itu berzina!).
6- KONSEP yang ingin diajar ialah segala berita tentang zina hendaklah dirahsiakan/ dipendamkan/ tidak disebarkan.
KONSEP
1- Ia bukan isu doktor bersaksi atau pemeriksaan doktor.
2- Doktor tidak masuk langsung dalam pembuktian kes zina dalam Islam.
3- Sebaliknya dalam Islam, pembuktian kes zina hanya dan hanya dengan saksi mata. Dan saksi itu mesti 4 orang lelaki. Dan lelaki itu mesti nampak kepala zakar memasuki faraj. Dan setiap seorang daripada lelaki itu mesti melihat hal ini. Jika hanya lihat 'goyang' atau punggung atau lain-lain, tidak dikira.
4- Ambil kes: suami balik kerja nampak isteri berbogel dengan seorang lelaki lain, ketika itu lelaki di atas wanita, dan ada air mani di atas perut wanita.
4b) Suami masih tidak boleh menuduh mereka berdua telah melakukan zina.
4c) Jika suami sebut apa-apa walau satu ayat yang menyebut bahawa isterinya telah berzina, maka suami itu akan dikenakan 80 kali sebatan.
4d) Hukuman qazaf (80 kali sebatan) itu tidak akan gugur, kerana suami tidak mempunyai 4 saksi mata.
4e) Justeru, suami harus senyap sahaja, dan menceraikan isterinya tanpa menyebut apa-apa alasan.
TAMBAHAN DAN INGATAN
1- Wartawan yang menulis berita bahawa "Wanita itu telah berzina ..." juga disebat 80 kali.
2- Pembaca berita yang membaca berita dan menyebut "Wanita yang telah berzina itu..." juga disebat 80 kali.
3- Kecuali jika mereka membawa 4 orang saksi mata.
WaLlahu a`lam.
Rogol sudah dipindah ke jinayah hirabah (merompak kesucian/maruah)
Banyak fuqaha' moden setuju rogol dipindahkan dari jinayah zina ke jinayah Hirabah.
Jika jinayat rompakan, maka bolehlah nak guna DNA pun...
sahabat afn
kalau kisah begini bagaimana...
se ore pemimpin telah pergi ke US
di sana dia nak dipamerkan kereta canggih...untuk matlamat membangunkan teknologi automotif...
sampai di tempat pamiran tertutup...
apabila dibuka aje pintu bilik pamiran dia lihat ada sebuah kereta canggih
sebab yang uruskan hal pamiran kereta nak perangkap pemimpin A
...tiba tiba muncul perempuan separuh bogel hampir dgn kereta canggih...
ini kisah seperti masa Sultan Muhammad Al Fatih bersama 1000 prajurit terbilang sepanjang zaman yang di pamirkan wanita bogel rom sepanjang laluan nak ke istana kaisar rom di constantiniah...
kaisar rom beritahu...kita letak wanita bogel di laluan menuju ke istana
jika mujahidin islam terpengaruh dgn wanita kita maka kita akan lawan habis habisan mempertahankan istana rom dan kerajaan rom di constantiniah
apabila tentera islam yang hebat melalui jalan menuju ke istana kaisar
memang sepanjang jalan ada wanita seksi yang berbogel atau separuh bogel
tentera islam yang hebat kuat Iman
langsung TIDAK melihat kepada wanita itu...
semua mujahiddin menuju ke istana kaisar...
apabila tiba....
kaisar rom terus tak melawan dan mneyerahkan tahta kerajaan rom kepada tentera islam
Catat Ulasan