Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar
melaporkan, semasa orang-orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah,
mereka semua berkumpul sementara menunggu masuknya waktu sembahyang.
Pada masa itu belum ada apa-apa cara memanggil orang supaya
bersembahyang. Disebabkan keadaan itu, pada suatu hari mereka
berbincang berkenaan perkara itu. Ada antara mereka yang berkata,
“Gunakan loceng macam orang-orang Kristian.” Ada pula yang berkata,
“Gunakan trompet daripada tanduk, macam orang-orang Yahudi.” Lalu Umar
berkata, “Bagaimana kalau saudara-saudara suruh seorang lelaki supaya
melaungkan panggilan sembahyang?” Nabi Muhammad pun berkata, “Wahai
Bilal, berdirilah, dan laungkan panggilan sembahyang.” -- Hadith No. 190 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim
Dalam hadith di atas, Nabi Muhammad 2 kali membuat pilihan dan keputusan:
1. Memilih idea panggilan azan.
2. Memilih Bilal sebagai pelaung panggilan azan.
Sewaktu membuat pilihan dan keputusan itu beliau bertindak sebagai ketua.
Sewaktu membuat pilihan dan keputusan itu beliau bertindak sebagai ketua.
Beberapa perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad:
1. Tidak memberitahu kriteria yang digunakan bagi memilih idea.
2. Tidak memberitahu dan memuji kelebihan yang ada pada idea laungan azan.
3. Tidak mengkritik kelemahan yang ada pada idea loceng dan trompet.
4. Tidak memberitahu kriteria yang beliau gunakan sewaktu memilih Bilal sebagai pelaung azan.
5. Tidak menggunakan sistem undian bagi memilih idea.
6. Tidak menawarkan kepada sesiapa yang ingin ke hadapan bagi menjalankan tugas melaungkan azan.
1. Tidak memberitahu kriteria yang digunakan bagi memilih idea.
2. Tidak memberitahu dan memuji kelebihan yang ada pada idea laungan azan.
3. Tidak mengkritik kelemahan yang ada pada idea loceng dan trompet.
4. Tidak memberitahu kriteria yang beliau gunakan sewaktu memilih Bilal sebagai pelaung azan.
5. Tidak menggunakan sistem undian bagi memilih idea.
6. Tidak menawarkan kepada sesiapa yang ingin ke hadapan bagi menjalankan tugas melaungkan azan.
Nota: Dalam budaya kepimpinan zaman sekarang, ketua-ketua dikehendaki supaya menerangkan semua kriteria dan alasan yang digunakan di sebalik semua pilihan dana kepuusan yang diambil. Gaya Nabi Muhammad membuat keputusan dalam hadith di atas dilabelkan sebagai gaya autokratik atau kuku besi.
4 ulasan:
Assalamualaikum, saya tidak bersetuju mengatakan yang gaya tersebut ialah gaya autokratik. Sebabnya ialah kita tidak boleh melihat autokratik atau tidak seseorang hanya berpandukan pada satu situasi tetapi kepada sejarah atau kepada semua situasi di mana baginda Rasulullah s.a.w. membuat keputusan. Ada ketika beliau menggunakan syura dan pendapat ramai ada masa juga beliau bersyura tetapi membuat keputusan sendiri. Ada juga keadaan di mana para sahabat tidak bersetuju dengan pendapat beliau tetapi menurut disebabkan atas kapasiti beliau sebagai Rasul dan Ketua.. Wallahu'alam..
Entri ini apa maksudnya? Saya tak faham. Adakah ini kritikan terhadap Rasulullah SAW?
DK
Ada masanya autokratik tu perlu..
Maaf mencelah sedikit..Perkongsian yang baik cuma Hadith ini ada tambahannya dalam riwayat2 yang lain..yg menjelaskan sebab pemilihan Bilal iaitu keenakan dan kelunakan suaranya.. begitu juga difahami dari hadith2 yang lain bahawa Baginda sentiasa mengelakkan persamaan dengan agama lain malah melarang keras al-tasyabbuh atau mencontohi agama lain.. (loceng utk agama Kristian dan trompet utk agama Yahudi)..
Satu lagi, ada hadith lain yang menceritakan mimpi2 sahabat nabi berhubung lafaz2 azan yg disampaikan kpd pengetahuan Baginda dalam majlis yg sama..yg membawa kepada pemilihan azan.. Justeru, di sini ada unsur perbincangan, dan Baginda membuat keputusan. Rasanya tidak autokratik bagi kes ini.. wallahu a'lam bissawab
Catat Ulasan