Perlukah seseorang ketua berfikir sendiri bagi menghasilkan idea-idea kreatif, manakala tugas anak-anak buahnya adalah melaksanakan sahaja idea-idea sang ketua? Nampaknya inilah yang cenderung berlaku dalam budaya organisasi di Amerika.
Berdasarkan hadith di bawah ini, tugas mencipta idea boleh diserahkan kepada anak-anak buah.
Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar melaporkan, semasa orang-orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah, mereka semua berkumpul sementara menunggu masuknya waktu sembahyang. Pada masa itu belum ada apa-apa cara memanggil orang supaya bersembahyang. Disebabkan keadaan itu, pada suatu hari mereka berbincang berkenaan perkara tersebut. Ada antara mereka yang berkata, “Gunakan loceng macam orang-orang Kristian.” Ada pula yang berkata, “Gunakan trompet daripada tanduk, macam orang-orang Yahudi.” Lalu Umar berkata, “Bagaimana kalau saudara-saudara suruh seorang lelaki supaya melaungkan panggilan sembahyang?” Nabi Muhammad pun berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkan panggilan sembahyang.” -- Hadith No. 190 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim
Dalam hadith di atas dapat digali teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi tujuan mencari idea menyelesaikan masalah secara kreatif:
1. Proses berfikir secara kreatif itu dijalankan secara berkumpulan. Ini dilakukan dengan mengadakan sesi khas, yakni secara 'bermesyuarat' ataupun secara 'brainstorming'.
2. Agenda mesyuarat itu cuma satu dan sangat spesifik, yakni semua yang datang hanya akan mencari idea bagaimana mahu memberitahu orang ramai bahawa waktu sembahyang sudah masuk.
3. Semua idea yang dikemukakan tidak diulas mahupun dikritik.
3. Nabi Muhammad sebagai ketua kumpulan tidak mengemukakan sebarang idea. Beliau hanya menilai idea-idea yang dikemukakan dan memilih idea yang akan dilaksanakan.
4. Beliau juga tidak memberikan rasional mengapa sesuatu idea itu ditolak ataupun diterima.
5. Apabila Nabi Muhammad sudah membuat pilihan, beliau segera melantik orang yang ditugaskan melaksanakan idea itu. Beliau juga terus mengarahkan idea itu dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan