Persepsi Tradisional Terhadap Modul Training Islamik

Apabila ada organisasi membeli modul-modul latihan berunsur Islami, lazimnya organisasi itu menghadapi masalah human-problem yang menjadi beban kepada pihak pengurusan. Mereka menaruh harapan, dengan menghantar staf yang bermasalah itu bagi mengikuti modul Islamik maka tingkah laku mereka akan berubah, dan dengan itu masalah tersebut dapat di selesaikan.

Antara masalah human-problem itu adalah staf yang:

a. Mempunyai masalah disiplin kerja, seperti datang lambat, ponteng, mencuri masa kerja dll.

b. Produktivitinya rendah, seperti malas, lembap, tidak mahu berinisiatif, tidak mahu bekerja lebih, tidak berdedikasi, terlampau berkira-kira, culas, tiada semangat teamwork, tiada mahu berkorban dll.

c. Tidak mahu memberi kerjasama sepenuhnya kepada ketua, selalu melanggar peraturan, menolak arahan, tidak patuh, memburuk-burukkan ketua, meracuni pemikiran rakan sekerja, dll.

d. Berkonflik sesama staf, berklik-klik, tidak mahu tolong-menolong.

e. Mencuri barang-barang pejabat seperti alat tulis dan dibawa balik ke rumah, membazir, tidak menjaga malah merosakkan peralatan kerja, menyalahgunakan harta pejabat untuk urusan peribadi.

f. Menjalin hubungan asmara terlarang di tempat kerja, seperti mempunyai affair dengan ketua ataupun dengan suami dan isteri orang.

g. Terlibat dengan aktiviti yang mempunyai conflict-of-interest yang menyebabkan organisasi menanggung kerugian.

h. Mengambil rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

Ini adalah persepsi hari ini di kalangan organisasi lokal yang membeli modul-modul Islamik. Mereka mencari ubat bagi penyakit human-problem dalam organisasi mereka. Dalam erti kata yang lain, mereka mahukan ustaz-ustaz yang didatangkan dalam modul Islamik itu berfungsi sebagai bomoh penyakit human-problem.


Tiada ulasan: