Set Andaian di Sebalik Pendekatan Tradisional

Modul-modul training Islami aliran tradisional adalah berdasarkan andaian-andaian berikut:

1. Staf organisasi tidak mempunyai kefahaman yang betul tentang: (a) konsep kerja dalam pandangan Islam, dan (b) konsep ibadah.

Dengan andaian itu staf organisasi diberikan input-input tentang konsep kerja dan konsep ibadah dengan mengundang pakar-pakar agama bagi menerangkannya melalui sesi ceramah dan tazkirah.

2. Keimanan staf tidak cukup tinggi.

Dengan andaian itu, maka sesi training memasukkan aktiviti-aktiviti ibadah seperti solat berjemaah, solat malam, yang diramalkan akan dapat meningkatkan keimanan staf.

3. Akhlak staf tidak cukup baik.

Dengan andaian itu, maka sesi training membawakan ustaz-ustaz bagi menyampaikan ceramah yang menerangkan konsep-konsep akhlak yang betul seperti konsep 'amanah' dan konsep 'ikhlas'. Dalam ceramah itu juga diterangkan perkara-perkara yang haram dilakukan oleh staf dalam konteks suasana di tempat kerja dan dalam menjalankan kerja-kerja mereka.

Di sebalik andaian-andaian itu adalah keyakinan bahawa apabila staf mempunyai kefahaman agama yang tinggi, iman yang kuat, dan akhlak yang baik, maka dengan sendirinya mereka akan menjadi pekerja yang mahir menjalankan kerja-kerja teknikal masing-masing, dan produktiviti mereka meningkat.

Nota: Hipotesis di atas tidak dapat menerangkan mengapa pekerja-pekerja yang bukan beragama Islam dapat mencipta organisasi yang amat cemerlang, sebagaimana yang berlaku di kalangan bangsa-bangsa dunia.


Tiada ulasan: