Kelemahan Desain Tradisional Modul Training Islami

Modul-modul training Islami yang tradisional dipakejkan dengan memberikan banyak simbol-simbol identiti Islamik seperti:

a. Pasukan trainernya muncul dengan imej ustaz dan ustazah.
b. Ritual-ritual ibadah menjadi input wajib-ada dalam jadual.
c. Petikan ayat-ayat al-Quran dan hadith menjadi elemen wajib-sebut dalam wacana.
d. Topik halal-haram menjadi unsur wajib-diskusi dalam wacana trainer.
e. Gaya bahasa trainer adalah gaya bahasa kitab agama.
f. Nama syarikat pembekal modul pun berbau kearab-araban.
g. Nama program latihan pun menggunakan kata pinjaman Arab.

Antara kesan-kesan yang merugikan adalah terciptanya persepsi-persepsi negatif terhadap modul latihan Islamik, tanpa menolak memang ada betulnya bahawa
modul-modul training Islamik yang tradisional itu hanya sesuai untuk:

a. Organisasi orang Melayu sahaja
b.
Staf yang beragama Islam sahaja
c. Sektor kerajaan sahaja
d. Matlamat yang berkaitan dengan keagamaan sahaja

Bagi organisasi yang stafnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama, wang bajet latihan mesti dibelanjakan supaya menguntungkan semua pihak. Jadi mereka tidak boleh membelanjakan bajet latihan di mana hanya satu kumpulan sahaja yang akan mendapat manfaatnya.

Simbol-simbol itu juga menyebabkan strategi dan teknik-teknik yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad tidak berpeluang diperkenalkan kepada staf bukan Islam. Ia juga tidak berpeluang dimanfaatkan oleh organisasi milik bukan-Islam.

Nabi Muhammad adalah anugerah kepada semua manusia. Semua orang berpeluang belajar dan menggunakan ilmu dan teknik-teknik yang beliau tunjukkan tanpa mereka dikenakan apa jua bentuk prasyarat sebelum mempelajarinya.

Dalam desain modul latihan Islami yang pragmatik, apabila diperlukan, simbol-simbol itu disenyapkan, sehingga organisasi bukan Islam pun mendapati modul itu sangat berguna dan praktikal. Mereka sama sekali tidak menyangka rupa-rupanya modul itu berorigin dari Nabi Muhammad.


.

1 ulasan:

s berkata...

Lazimnya program training Islami hanya memahami Islami bukan manusiawi. Sedang Islam itu mau disampaikan kepada manusia. Maka penyampai perlu memahami Islam dan manusia. Para Nabi bukan hanya faham agama, mereka faham cara menyampaikan agama (baca manusia).