Petang tadi saya menanda latihan-latihan bagi tingkatan 3 Ibnu Khaldun (kelas corot). Sengaja saya berikan soalan-soalan yang memang boleh dijawab dan tidak perlu fikir apa-apa. Sebelum saya keluar, saya minta semua menghantar sebelum waktu balik. Sewaktu saya hendak keluar, saya bertanya, "Ada sesiapa yang sudah siap, boleh hantar sekarang." Ada pelajar lelaki gaya samseng di belakang sekali menghulurkan bukunya. Dia seorang sahaja, saya terkejut kerana dia cepat jawab. Bermakna dia budak pandai, cuma dia pemalas.
Saya puji sedikit, "Bagus awak, cepat awak siapkan jawapan." Dia menjawab, "Gerenti semua betul ustaz." Saya jawab, "Mesti gerenti betul." Hanya buku dia sahaja saya bawa keluar. Selepas itu datang pelajar-pelajar lain menghantar buku latihan ke meja saya. Guru-guru lelaki lain bertanya, "Pelajar kelas mana ustaz?" Saya jawab, "Pelajar kelas 3K (Ibnu Khaldun)." Mereka nampak terkejut. Bila datang pelajar lain lagi. Rakan guru lelaki lain turun memuji, "Bagus awak, terus hantar latihan."
Saya fikir mahu tanda minggu hadapan. Tetapi saya tidak sabar mahu test teknik memuji dalam buku latihan. Pertama saya tanda buku pelajar gaya samseng itu. Memang semua jawapannya betul (walaupun 3 soalan sahaja saya berikan). Selepas ditanda betul, saya tulis, "Saya kagum cara kamu menjawab soalan latihan ini. Cepat betul, saya yakin kamu mesti dapat A bagi subjek Pendidikan Islam."
Selepas itu, semua buku kawan-kawannya saya puji walaupun ada satu sahaja betul. Saya puji tulisannya mudah dibaca, saya puji cara dia susun jawapan yang baik, saya puji cantik jawapannya dengan mengasingkan warna tulisan antara soalan dan jawapan. Macam-macam saya tulis. Hanya seorang pelajar sahaja saya tidak puji, kerana saya tidak jumpa pula kebaikannya, tulisannya buruk, jawapannya semua salah. Mungkin dia geram betul bila dia baca buku latihan rakannya nanti.
Kesan awal, mereka suka saya. Sebelum balik, ada pelajar yang suka menyampuk dalam kelas itu datang bersalam dan cium tangan saya. Memang betul, mengajar kelas corot lebih seronok, mereka suka menyampuk berbanding kelas pandai kerana kelas pandai tidak berani buka mulut kerana takut salah. Kelas corot, dia main hentam sahaja. Hahaha!
Sewaktu sedang menunggu untuk balik, saya keluar sambil bersiap untuk solat zohor. Ada rakan-rakannya menyapa, "Ustaz, belum siap lagi la." Saya jawab, "Ikut kamulah." Sambil senyum. Kelas corot. Nanti dia iri hati bila dia baca buku rakannya nanti. Hehe!
Saya sudah tunjukkan contoh yang saya tulis itu kepada guru Bahasa Inggeris. Beliau suka dengan apa yang saya tulis. Nanti beliau akan praktikkan sewaktu menanda buku latihan pelajar-pelajarnya.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan