Imran
bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang
mendekati Nabi Muhammad. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi
Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang
lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad
berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain
yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi
Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” -- Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi
Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan prinsip dan teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau mengajak orang melakukan kerja-kerja baik.
Dalam hadith ini Nabi Muhammad mendorong orang-orang yang ada bersama-sama dengan beliau pada waktu itu supaya mereka belajar memberi salam dengan cara yang betul.
Beberapa perkara yang beliau lakukan, dan tidak lakukan:
Beberapa perkara yang beliau lakukan, dan tidak lakukan:
1. Beliau menunjukkan orang-orang yang melakukankerja yang betul sahaja, supaya ditiru.
2. Beliau tidak menunjukkan orang-orang yang melakukankerja-kerja tidak betul, supaya jangan ditiru.
3. Beliau menunjukkan 3 jenis contoh kerja yang dibuat dengan betul, yang betul, yang lebih betul, dan yang paling betul.
4. Beliau memberi ranking kepada 3 jenis teknik betul itu: 10 pahala, 20 pahala, 30 pahala.
4. Beliau memberi ranking kepada 3 jenis teknik betul itu: 10 pahala, 20 pahala, 30 pahala.
Hadith ini bertentangan dengan amalan menegur, mengkritik dan mengutuk golongan yang melakukan kesalahan teknikal apabila melakukan sesuatu kerja.
------------
Nota: Tuan boleh menerima kiriman dalam emel tuan semua posting dalam blog ini dengan mengisi jendela emel yang disediakan.
------------
Nota: Tuan boleh menerima kiriman dalam emel tuan semua posting dalam blog ini dengan mengisi jendela emel yang disediakan.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan