Abu Sa'id al-Khudri melaporkan bahawa seorang lelaki dari negeri Najran pernah datang
berjumpa Nabi Muhammad. Pada jarinya dia memakai cincin emas. Nabi Muhammad memalingkan muka dan berkata, "Saudara datang berjumpa saya, pada jari saudara itu ada bara api neraka." -- Rekod hadith ini terdapat dalam koleksi hadith al-Nasa'i.
Teknik yang Nabi gunakan adalah tidak menerangkan kepada lelaki itu hukum memakai emas.
Konteks dalam hadith ini adalah:
1. Seorang lelaki menegur seorang lelaki atas kesalahan personal.
2. Berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukannya, lelaki yang ditegur itu adalah seorang lelaki yang berharta, yakni dia memakai cincin emas.
3. Emas adalah simbol kekayaan.
4. Harta dan kekayaan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan maruah dan status sosial seseorang lelaki.
Dalam hadith-hadith lain, apabila Nabi Muhammad menegur orang yang melakukan kesalahan teknik yang beliau gunakan adalah dengan menerangkan peraturan di sebalik kesalahan itu, yakni Nabi Muhammad menerangkan apa yang salah dan apa yang betul. Dalam hadith ini, Nabi Muhammad tidak melakukan itu.
Teknik menegur yang digunakan oleh Nabi Muhammad adalah:
1. Lelaki kaya itu memakai cincin emas. Nabi Muhammad tidak menyebut perkataan 'cincin emas' dalam ayat teguran yang diucapkannya. Beliau menggunakan perkataan 'bara dari api neraka'.
2. Lelaki itu lelaki kaya. Nabi Muhammad tidak menyebut perkataan-perkataan yang membawa makna kaya, kekayaan, harta dan lain-lain perkataan seperti itu.
3. Kepada lelaki kaya itu Nabi Muhammad TIDAK berkata:
a. "Haram! Haram!" (salah - ayat hukum)
b. "Orang lelaki haram memakai cincin emas." (salah - ayat hukum)
c. "Tidakkan saudara tahu bahawa memakai cincin emas adalah haram hukumnya?" (salah - ayat hukum)
NOTA: Isu bagaimana hendak menegur perbuatan orang kaya yang mempamerkan simbol-simbol kekayaannya adalah isu yang sangat sensitif.
.
1 ulasan:
Cadangan, meneruskan kajian banyak kes-kes di mana Nabi Muhammad memalingkan mukanya bila mana orang membuat salah.
Catat Ulasan