Kreativiti: Strategi Kerja Bagaimana Nabi Muhammad Melaksanakan Idea Kreatif

Salah satu faktor yang menyebabkan orang tidak mahu mengemukakan cadangan-cadangan dalam mesyuarat adalah disebabkan adanya risiko di mana dia khuatir apabila dia mengemukakan sesuatu idea akibatnya nanti dirinya sendiri yang diarahkan supaya melaksanakan cadangannya itu.

Nabi Muhammad tidak menyuruh orang yang mengemukakan idea supaya dia sendiri yang melaksanakan ideanya itu. Beliau mengasingkan antara:

(i) Pihak yang mencipta dan mengemukakan idea-idea kreatif, dan
(ii) Pihak yang dilantik melaksanakan idea-idea kreatif.


Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar melaporkan, semasa orang-orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah, mereka semua berkumpul sementara menunggu masuknya waktu sembahyang. Pada masa itu belum ada apa-apa cara memanggil orang supaya bersembahyang. Disebabkan keadaan itu, pada suatu hari mereka berbincang berkenaan perkara tersebut. Ada antara mereka yang berkata, “Gunakan loceng macam orang-orang Kristian.” Ada pula yang berkata, “Gunakan trompet daripada tanduk, macam orang-orang Yahudi.” Lalu Umar berkata, “Bagaimana kalau saudara-saudara suruh seorang lelaki supaya melaungkan panggilan sembahyang?” Nabi Muhammad pun berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkan panggilan sembahyang.” -- Hadith No. 190 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Dalam peristiwa di atas, idea kreatif dikemukakan oleh Umar bin Khatab. Tetapi Nabi Muhammad melantik Bilal bin Rabah sebagai pelaksana idea itu.


Tiada ulasan: