Dalam amalan lazim, kita cenderung menegur perbuatan yang salah, khususnya apabila ada orang yang mengatakan sesuatu yang haram disebut, contohnya mengutuk orang ataupun mendoakan orang lain supaya binasa.
Kita percaya kesalahan wajib ditegur kerana jika orang itu tidak ditegur dia akan terus melakukan kesalahannya.
Namun, dalam rekod sejarah terdapat banyak catatan yang menunjukkan Nabi Muhammad tidak menegur perbuatan yang salah. Catatan di bawah ini adalah salah satu daripadanya:
Abu Hurairah melaporkan, pada suatu hari Thufail bin Amr al-Dawsi dan beberapa orang rakan-rakannya daang berjumpa Nabi Muhammad. Thufai berkata, “Wahai Rasul Allah, orang-orang suku Daus tidak mahu ikut tuan. Mohonlah supaya Allah binasakan mereka.” Orang-orang yang ada di situ ketika itu berkata, “Binasalah suku Daus!” Nabi Muhammad berkata, “Ya Allah, berilah suku Daus pentunjuk, dan bukalah hati mereka supaya masuk Islam.” Hadith No. 1265 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari
Dalam peristiwa di atas orang-orang itu melakukan kesalahan apabila mereka berkata, “Binasalah suku Daus!”
Mendengar kata-kata itu Nabi Muhammad diam sahaja, tidak menegur mereka. Sebagai contoh, Nabi Muhammad tidak berkata:
* "Kamu tidak boleh cakap macam itu!"
* "Jangan cakap begitu."
* "Kamu tidak boleh mendoakan orang lain binasa."
* "Jangan doakan orang lain ditimpa bala."
* "Haram! Haram! Apa yang kamu sebut itu haram!"
Sebaliknya, Nabi Muhammad hanya menunjukkan apa yang betul dengan berkata, “Ya Allah, berilah suku Daus pentunjuk, dan bukalah hati mereka supaya masuk Islam.”
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan