Ibnu Umar menceritakan, pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran seorang lelaki berkata, "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila." Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya kepada orang-orang yang ada, "Siapakah tadi yang membaca ucapan itu?" Lelaki itu menjawab, "Saya, ya Rasul Allah." Lalu Nabi Muhammad berkata, "Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu." Dalam laporannya itu, Ibnu Umar berkata, "Semenjak saya terdengar Nabi Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata itu." - Catatan peristiwa ini ada dalam rekod koleksi hadith-hadith autentik Muslim.
Analisis hadith:
1. Dalam hadith ini Nabi Muhammad menunjukkan prinsip yang penting apabila mendorong perubahan tingkah laku 'orang corot'. Prinsip itu adalah, perbuatan baik hendaklah dipuji serta-merta, manakala perbuatan yang tidak baik didiamkan sahaja.
2. Peristiwa ini berlaku di dalam masjid semasa waktu solat sudah sangat hampir masuk. Lelaki itu melanggar peraturan bahawa di dalam masjid tidak boleh buat bising. Dia membaca zikir dengan kuat sehingga Ibnu Umar dan Nabi Muhammad dapat mendengar dengan jelas. Ayat zikir itu adalah "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila."
3. Lelaki itu melakukan secara terbuka 1 kesalahan dan 1 perkara baik di mana orang-orang dalam masjid dapat mendengarnya.
4. Nabi Muhammad diam sahaja, tidak menegur kesalahan lelaki itu, padahal semua orang tahu dia melakukan kesalahan.
5. Lelaki itu melakukan 1 perbuatan baik iaitu berzikir dengan membaca: "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila."
6. Nabi Muhammad memuji kualiti zikir yang dibacanya itu dengan berkata: "Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu."
7. Pujian Nabi Muhammad itu dibuat secara terbuka, semua orang mendengarnya.
8. Nabi Muhammad tidak menangguhkan masa pujian itu diberikan.
9. Kesan mendengar pujian Nabi Muhammad, Ibnu Umar jadi termotivasi mahu berzikir dengan kata-kata itu. Kata Ibnu Umar, "Semenjak saya terdengar Nabi Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata itu."
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan