Anas bin Malik melaporkan, katanya, "Kami pernah ikut Rasulullah dalam suatu perjalanan. Ada antara kami yang berpuasa, dan ada yang tidak berpuasa. Lalu kami singgah di satu tempat persinggahan dalam cuaca yang panas. Mereka yang dapat berlindung daripada panas terik matahari adalah orang-orang yang mempunyai pakaian luar, manakala ada antara kami hanya menutup kepala dengan tangan sahaja. Mereka yang berpuasa duduk, manakala mereka yang tidak berpuasa pula bekerja mendirikan khemah dan memberi minum haiwan tunggangan. Lalu Rasulullah berkata, "Orang-orang yang tidak berpuasa pada hari ini berjalan sambil membawa pahala." -- Hadith ini ada dalam koleksi sahih al-Bukhari dan sahih Muslim.
Analisis hadith di atas:
1. Dalam peristiwa di atas, ada 2 golongan.
(a) Golongan cemerlang: Golongan pertama adalah orang-orang yang berpuasa sunat, ertinya mereka ini sangat alim. Kalau di sekolah, mereka adalah golongan pelajar cemerlang. Mereka suka belajar subjek akademik dan membaca buku teks.
(b) Golongan biasa-biasa: Golongan kedua adalah mereka yang tidak berpuasa, ertinya mereka ini kurang alim. Kalau di sekolah, mereka ini pelajar kelas corot. Mereka tidak suka belajar subjek akademik tetapi suka buat kerja aktiviti ko-kurikulum.
2. Nabi Muhammad memuji golongan yang kurang alim. Kata-kata pujian beliau kepada mereka berbunyi: "Orang-orang yang tidak berpuasa pada hari ini berjalan sambil membawa pahala." (Maksudnya, berjalan sambil membawa pahala itu sama statusnya dengan orang yang berpuasa.) Kalau di sekolah, golongan pelajar corot yang rajin buat aktiviti ko-kurikulum itu sama baiknya dengan golongan pelajar cemerlang.
3. Nabi Muhammad tidak menangguhkan pujian, di mana beliau mengucapkan pujian itu serta-merta, yakni semasa orang-orang yang kurang alim itu masih sedang bekerja. Prinsip memberi pujian serta-merta adalah prinsip yang penting.
4. Nabi Muhammad memuji secara terbuka, yakni kata-kata pujiannya itu dapat didengar oleh semua orang. Jadi golongan orang-orang yang berpuasa pun dapat mendengar Nabi Muhammad memuji mereka yang tidak berpuasa. Prinsip ini sangat penting. Bagi kerja-kerja baik yang dilakukan secara terbuka, Nabi Muhammad memberikan pujiannya secara terbuka.
5. Nabi Muhammad menyebut dengan jelas perkataan 'orang-orang yang tidak berpuasa' di mana fokus beliau adalah pada perbuatan 'tidak berpuasa'.
6. Dalam kata-kata pujiannya itu, Nabi Muhammad menyebut impak kerja-kerja mendirikan khemah dan memberi minum haiwan tunggangan dengan menyebut 'berjalan sambil membawa pahala'.
7. Nabi Muhammad memberikan pujian itu semasa mereka masih menjalankan kerja-kerja menaikkan khemah dan memberi minum unta tunggangan, yakni sebelum kerja-kerja itu siap dilakukan.
3 ulasan:
Mengkategorikan sahabat2 r.hum kepada golongan biasa dan golongan cemerlang berdasarkan sama ada mereka berpuasa atau tidak semasa di dalam perjalanan (musafir), saya fikir tidak begitu tepat. [Huraian panjang http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg36.htm]
Jadi apabila puasa atau tidaknya seseorang ketika bermusafir tidak boleh dijadikan ukuran yang mana yang lebih baik (dan berhak dipuji), maka yang membezakan 'darjat' antara 2 golongan tersebut adalah yang mana yang lebih ber'manfaat' atau memberi bakti kepada orang lain, dan jelas dalam kes ini dinyatakan golongan yang tidak berpuasalah yang lebih memberi 'manfaat'.
http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/hadits-manusia-paling-bermanfaat.htm
Allahualam.
[url=http://viagraboutiqueone.com/#ftryy]viagra 25 mg[/url] - viagra 200 mg , http://viagraboutiqueone.com/#obrmt viagra online
[url=http://fastcashloandirectly.com/#ujwch]advance payday loans[/url] - payday loans , http://fastcashloandirectly.com/#wmewm payday loans
Catat Ulasan