Sebagai Motivator: Nabi Muhammad Menggunakan Model Dalam Kumpulan sebagai Alat Mendorong

Salah satu teknik yang Nabi Muhammad gunakan apabila mendorong orang supaya meningkatkan kualiti kerja mereka adalah dengan menggunakan model-model, atau disebut juga sebagai 'pecontoh', yakni orang yang dijadikan contoh supaya ditiru oleh target.

Dalam psikologi Barat, teori modeling adalah sangat popular dan pengaruhnya sangat kuat dan meluas. Teori modeling mengatakan salah satu cara manusia belajar tingkah laku baik dan buruk adalah dengan memerhatikan tingkah laku orang-orang di sekeliling mereka. Sebagai contoh, anak belajar memasak nasi dengan memerhatikan bagaimana ibunya memasak nasi.

Apabila memilih model yang mahu dijadikan sebagai pecontoh kepada orang yang hendak kita dorong supaya mengubah tingkah lakunya, tidak semua model dapat meninggalkan kesan efekif. Ada model yang efektif, manakala ada yang tidak.

Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad
.
Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” --
Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad ciri-ciri model yang dipilih oleh Nabi Muhammad adalah:

1. Nabi menggunakan 3 orang sebagai model pecontoh, tidak hanya seorang model.

2. Ketiga-tiga model intu adalah model internal, yakni model yang dipilih daripada anggota kumpulan yang sama dengan orang-orang yang menjadi target dorongan. Dalam lain perkataan, model-model itu dikenali oleh target.

3. Tiga model itu terdiri daripada (a) seorang model mutu baik, (b) seorang model mutu lebih baik, dan (c) seorang model ideal.


Tiada ulasan: