Nabi Muhammad Mempertahankan Maruah Pedosa

Salah seorang sahabat karib Nabi Muhammad bernama Umar bin al-Khattab. Beliau kemudian berkahwin dengan anak Umar yang bernama Hafsah.

Dalam rekod-rekod sejarah ada suatu catatan berkenaan peristiwa apabila Nabi Muhammad mempertahankan maruah seorang penagih arak. Dalam undang-undang Islam, meminum arak adalah kesalahan berat, dan hukumannya adalah disebat di khalayak ramai.


Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki bernama Abdullah yang nama jolokannya adalah 'Himar' yang bermakna 'si keldai'. Dia seorang yang selalu menyebabkan Nabi Muhammad ketawa. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman sebat kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak, Nabi pun menyebat dia. Melihat peristiwa itu seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.”

Daripada peristiwa itu, beberapa prinsip dapat digali bagi menerangkan strategi dan teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi mendorong orang yang buruk akhlaknya supaya dengan sukarela berubah menjadi orang yang baik akhlaknya.

1. Ketua mempertahankan maruah anak buahnya, tanpa mengambil kira kesalahan yang telah dilakukan oleh anak buahnya itu.

2. Ketua memberikan perlindungan sosial kepada anak buahnya yang bersalah daripada dikritik dan dikutuk oleh anak-anak buahnya yang lain.

3. Ketua dengan terang dan jelas menegah anak-anak buahnya daripada mengkritik satu sama lain secara terbuka, yakni di khalayak ramai.

.

Tiada ulasan: