Sebagai kaunselor: Nabi Muhammad Memberi Respon kepada Tekanan Emosi Sahaja

Dalam aktiviti kaunseling, orang yang memerlukan kaunseling tidak menanggung satu tekanan sahaja, bahkan dia menanggung banyak jenis tekanan yang semuanya kait mengait.

Dalam catatan sejarah, ada peristiwa Nabi Muhammad memberi kaunseling kepada seorang lelaki yang menanggung tiga tekanan. Tekanan pertama adalah tekanan emosi. Tekanan kedua adalah urusan keluarga. Tekanan ketiga adalah tekanan kewangan, yakni hutang.

Jabir bin Abdullah melaporkan dia pernah terjumpa dengan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad berkata kepadanya, “Wahai Jabir, mengapa saya lihat saudara dalam keadaan tidak bersemangat?” Jabir menjawab, “Wahai Rasul Allah, ayah saya telah mati syahid. Dia terbunuh semasa Perang Gunung Uhud dengan meninggalkan keluarga dan hutang.” Nabi Muhammad berkata, “Mahukah saudara saya beritahu khabar gembira tentang ayah saudara yang akan berjumpa dengan Allah?” Jabir menjawab, “Mahu, wahai Rasul Allah.” Nabi Muhammad berkata, “Allah tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun, melainkan dari balik tabir. Allah akan menghidupkan semula ayah saudara, dan Allah akan bercakap kepadanya tanpa ada tabir. -
Hadith No. 3010 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad hanya memberi respon kepada tekanan emosi yang dialami oleh kaunselee. Beliau tidak memberi respon kepada tekanan urusan keluarga dan tekanan kewangan yang sedang ditanggung oleh kaunseleenya.

Dalam peristiwa itu kaunselee Jabir mengalami tekanan emosi apabila ayahnya mati dalam Perang Gunung Uhud.

Nabi sebagai kaunselor memberi respon kepada tekanan emosi kaunseleenya dengan memberi khabar gembira kepada Jabir berkenaan kedudukan mulia ayahnya di akhirat.


Tiada ulasan: