Pada masa ini modul-modul latihan pembangunan sumber tenaga manusia dalam organisasi menggunakan aplikasi teori-teori, prinsip, strategi, teknik dan tool-tool yang dibangunkan oleh pakar-pakar psikologi Barat dan diterangkan dalam buku-buku tingkah laku organisasi atau organizational behavior.
Teori yang paling popular digunakan adalah teori hirarki keperluan manusia oleh Abraham Maslow.
Aplikasi teori-teori Barat ini mempunyai banyak kekuatan dan kesan-kesan positifnya sendiri:
1. Teori-teori Barat itu sudah lama dicipta dan sudah diaplikasikan dalam pelbagai bidang, oleh itu teori-teori tersebut sudah mempunyai banyak data empirikal bagi menilai keberkesanannya.
2. Ada aspek-aspek pada teori-teori Barat itu yang memang terbukti betul, praktikal, dan bermanfaat apabila digunakan bagi tujuan pembangunan sumber manusia dan sekaligus pembangunan organisasi.
3. Bahan-bahan rujukan bagi teori-teori Barat itu banyak, mudah dibeli dan mudah diperoleh dari internet. Pakar-pakar tempatan yang dapat menerangkan teori-teori Barat itu juga banyak, dan mereka berada di semua fakulti psikologi universiti-universiti tempatan.
4. Produk-produk training yang diasaskan pada teori-teori Barat itu juga banyak dan mudah dibeli serta sudah lama ditawarkan dalam pasaran tempatan.
Teori, pendekatan dan teknik-teknik Barat popular digunakan oleh organisasi-organisasi Malaysia, baik organisasi awam mahupun swasta, kerana produk-produk trainingnya difrancaiskan kepada syarikat-syarikat training dalam negara.
Projek penyelidikan ini bertujuan menggali teknik-teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi mendorong perubahan tingkat laku dan meningkatkan prestasi.
1. Teknik komunikasi interpersonal cara Nabi Muhammad.
2. Teknik menyelesaikan masalah cara Nabi Muhammad.
3. Teknik mendorong perubahan tingkah laku cara Nabi Muhammad.
4. Teknik parenting cara Nabi Muhammad.
5. Teknik kaunseling cara Nabi Muhammad.
6. Teknik mendorong prestasi kerja cara Nabi Muhammad.
7. Teknik berunding cara Nabi Muhammad.
8. Teknik delegasi tugas cara Nabi Muhammad.
9. Teknik resolusi konflik cara Nabi Muhammad.
10. Teknik berniaga cara Nabi Muhammad.
11. Teknik persuasi cara Nabi Muhammad.
12. Teknik memuji cara Nabi Muhammad.
13. Teknik menegur dan menasihati cara Nabi Muhammad.
14. Teknik memberi ganjaran cara Nabi Muhammad.
15. Teknik membuat keputusan cara Nabi Muhammad.
16. Teknik mendorong kreativiti cara Nabi Muhammad.
17. Teknik memilih perkataan cara Nabi Muhammad.
18. Teknik menyusun struktur ayat cara Nabi Muhammad.
19. Teknik menyusun konten cara Nabi Muhammad.
20. Teknik menulis surat cara Nabi Muhammad.
21. Teknik bercakap kepada kanak-kanak cara Nabi Muhammad.
22. Teknik berempati cara Nabi Muhammad.
23. Teknik memujuk orang yang tidak puas hati cara Nabi Muhammad.
24. Teknik menghiburkan orang yang bersedih cara Nabi Muhammad.
25. Teknik menyantuni orang miskin cara Nabi Muhammad.
26. Teknik menyantuni orang bodoh cara Nabi Muhammad.
26. Teknik melatih orang amatur cara Nabi Muhammad.
27. Teknik mengiktiraf orang besar dan penting cara Nabi Muhammad.
28. Teknik mendorong orang yang sedia bersemangat cara Nabi Muhammad.
29. Teknik melembutkan hati bekas musuh cara Nabi Muhammad.
30. Teknik menghargai orang yang sudah mati cara Nabi Muhammad.
31. Teknik menjaga maruwah orang kecil cara Nabi Muhammad.
32. Teknik mendorong kumpulan cara Nabi Muhammad.
33. Teknik mendorong individu cara Nabi Muhammad.
34. Teknik memuji orang yang tiada di lokasi cara Nabi Muhammad.
35. Teknik memuji individu di khalayak ramai cara Nabi Muhammad.
36. Teknik menyelesaikan masalah emosi cara Nabi Muhammad.
37. Teknik memberi gelaran cara Nabi Muhammad.
38. Teknik mendorong orang bersedekah cara Nabi Muhammad.
39. Teknik memujuk orang yang tidak puas hati cara Nabi Muhammad.
40. Teknik memujuk orang yang sedang cemburu cara Nabi Muhammad.
41. Teknik menegur kesilapan orang besar cara Nabi Muhammad.
42. Teknik memberi markah cara Nabi Muhammad.
43. Teknik menggunakan bahasa mengajak cara Nabi Muhammad.
44. Teknik memuliakan orang kecil cara Nabi Muhammad.
45. Teknik menambat hati orang berdosa cara Nabi Muhammad.
46. Teknik mendapatkan kerjasama cara Nabi Muhammad.
47. Teknik mengalah cara Nabi Muhammad.
48. Teknik menghiburkan orang yang menyesal cara Nabi Muhammad.
49. Teknik menyampaikan denda alternatif cara Nabi Muhammad.
50. Teknik mengelakkan risiko sosial cara Nabi Muhammad.
51. Teknik mengajak berbuat baik cara Nabi Muhammad.
52. Teknik mengajak menghindari kejahatan cara Nabi Muhammad.
53. Teknik menunjukkan kesalahan orang di khalayak cara Nabi Muhammad.
54. Teknik menunjukkan perbuatan betul di khalayak cara Nabi Muhammad.
55. Teknik mendengar bantahan cara Nabi Muhammad.
56. Teknik menjawab cakap orang yang suka merungut cara Nabi Muhammad.
57. Teknik mendorong orang supaya mengulangi tingkah lakunya yang baik cara Nabi Muhammad.
58. Teknik mendorong orang memberhentikan tingkah laku buruknya cara Nabi Muhammad.
59. Teknik memberi amaran menggunakan cara Nabi Muhammad.
60. Teknik memberi ugutan menggunakan cara Nabi Muhammad.
61. Teknik menakut-nakuti orang supaya jangan buat salah cara Nabi Muhammad.
62. Teknik memuji dari belakang menggunakan cara Nabi Muhammad.
63. Teknik memberi nasihat menggunakan cara Nabi Muhammad.
64. Teknik mendorong orang supaya berani berangan-angan cara Nabi Muhammad.
65. Teknik mengajarkan perkara baru kepada orang berilmu cara Nabi Muhammad.
66. Teknik menaikkan rasa percaya-diri menggunakan cara Nabi Muhammad.
67. Teknik menaikkan maruah menggunakan cara Nabi Muhammad.
68. Teknik mengkritik secara terbuka menggunakan cara Nabi Muhammad.
69. Teknik menggunakan anologi bagi memotivasi cara Nabi Muhammad.
70. Teknik menyeru menggunakan cara Nabi Muhammad.
71. Perkataan-perkataan yang Nabi Muhammad gunakan dan tidak gunakan.
72. Frasa-frasa yang Nabi Muhammad gunakan dan tidak gunakan.
73. Struktur-struktur ayat yang Nabi Muhammad gunakan dan tidak gunakan.
74. Anologi yang Nabi Muhammad gunakan dan tidak gunakan.
75. Teknik menerangkan konsep tauhid kepada kanak-kanak cara Nabi Muhammad.
76. Teknik membela maruah orang berdosa cara Nabi Muhammad.
77. Teknik mendorong orang besar tiru sikap orang kecil cara Nabi Muhammad.
78. Teknik menjawab soalan dari musuh cara Nabi Muhammad.
79. Teknik menegur kesalahan orang besar cara Nabi Muhammad.
80. Teknik menaikkan maruah orang yang dihina kerana keturunannya cara Nabi Muhammad.
81. Teknik mendorong semangat juang dalam keadaan bahaya cara Nabi Muhammad.
82. Teknik mendorong orang supaya mahu menjalankan tugas berbahaya cara Nabi Muhammad.
83. Teknik mendorong amatur supaya sanggup mengambil tugas berat cara Nabi Muhammad.
84. Teknik meraikan kemenangan cara Nabi Muhammad.
85. Teknik menerima kekalahan cara Nabi Muhammad.
86. Teknik menyampaikan kata-kata nasihat cara Nabi Muhammad.
87. Teknik menjawab pertanyaan orang yang ragu cara Nabi Muhammad.
88. Teknik menolak permintaan orang cara Nabi Muhammad.
89. Teknik menerima permintaan orang cara Nabi Muhammad.
90. Teknik memberi ganjaran cara Nabi Muhammad.
91. Teknik membetulkan teknik kerja yang belum betul cara Nabi Muhammad.
92. Teknik menggunakan anologi cara Nabi Muhammad.
93. Teknik mendoakan orang lain cara Nabi Muhammad.
94. Teknik menggunakan ugutan cara Nabi Muhammad.
Buku-buku teks pengurusan organisasi yang ditulis oleh pakar-pakar pengurusan Barat tidak menyentuh peranan agama dalam meningkatkan prestasi organisasi, khususnya dalam organisasi perniagaan dan perdagangan.
Kemajuan syarikat-syarikat milik bangsa bukan Islam seperti Yahudi, Jepun, Amerika, Korea, Jerman, Itali, Perancis, Cina dan lain-lain bangsa menjadi bukti bahawa syarikat boleh berkembang tanpa menggunakan apa-apa jua elemen agama - baik agama Yahudi, Kristian, Islam, Hindu ataupun Budha - sebagai komponen dalam mekanisme operasi syarikat.
Kita dapat simpulkan bahawa tiada campur tangan Tuhan dalam pengurusan syarikat-syarikat multi-nasional. Sebaliknya syarikat-syarikat besar bertaraf dunia itu menggunakan elemen-elemen pengurusan saintifik bagi melaksanakan serba-serbi dalam SOP (standard operating procedures) operasi syarikat. Dan terbukti pengurusan saintifik dapat membangunkan organisasi dengan efektif.
Berdasarkan hujah bahawa pengurusan saintifik terbukti efektif, maka seharusnya organisasi-organisasi yang dimiliki dan dan diurus oleh individu-individu yang beragama Islam perlu menggunakan kaedah pengurusan saintifik.
Dengan memerhatikan prestasi syarikat-syarikat milik orang Islam yang wujud di negara ini, dapat dilihat bahawa syarikat-syarikat yang menggunakan kaedah pengurusan saintifik ciptaan Barat menunjukkan prestasi lebih baik dibandingkan dengan syarikat yang tidak menggunakan pengurusan saintifik.
Dalam senario seperti ini, muncul persoalan seperti:
* Dengan terbuktinya pengurusan saintifik gaya Barat berjaya membangunkan organisasi yang cemerlang, maka di mana perlunya Islam diterapkan dalam pengurusan organisasi?
* Kemajuan sains psikologi Barat terbukti berjaya dijadikan alat bagi membangunkan tenaga manusia dalam organisasi, maka di manakah keperluannya dan relevannya teknik-teknik Nabi Muhammad diperkenalkan ke dalam organisasi yang sudah menggunakan psikologi Barat?
Ini adalah contoh bagaimana Islam dapat dimasukkan ke dalam SOP (standard operating procedure) organisasi:
PTS adalah sebuah syarikat yang mengaplikasi salah satu formula bagaimana Nabi Muhammad membahagi-bahagikan keuntungan di kalangan semua pihak yang menyumbang kepada pemerolehan keuntungan itu.
Dalam kes ini PTS menggunakan formula bagaimana Nabi Nabi Muhammad membahagi-bahagikan harta rampasan perang.
Nabi Muhammad membahagikan tentera Islam ke dalam 3 kategori:
1. Tentera pasukan berkuda menerima porsi paling tinggi.
2. Tentera pasukan pemanah menerima porsi kedua tinggi.
3. Tentera pasukan berjalan kaki dan pasukan logistik menerima porsi ketiga tinggi.
Aplikasi di PTS:
Setiap bulan semua staf PTS menerima komisen daripada hasil jualan buku-bukunya. Di sini amalan PTS berbeza daripada amalan tradisional di mana komisen jualan hanya dibayarkan kepada salesman sahaja, manakala di PTS semua staf yang berjawatan tetap, termasuk cleaner-cleaner pun menerima komisen jualan.
Unit kawalan kredit bertugas mengutip hutang daripada kedai-kedai buku. Daripada jumlah hutang yang dapat dikutip itu, sebahagian daripadanya diambil dan diberikan kepada semua staf sebagai komisen jualan.
PTS membayar komisen bulanan kepada semua staf pada setiap 15 haribulan.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad, semua staf PTS dikategorikan ke dalam 3 kategori juga:
1. Staf pasukan berkuda PTS
Contoh saf yang tergolong dalam kategori ini adalah mereka yang secara langsung menjalankan kerja-kerja jualan seperti pengurus dan salesman. Kerani-kerani di jabatan jualan tidak termasuk dalam kategori ini.
2. Staf pasukan pemanah PTS
Contoh staf yang termasuk dalam kategori ini adalah semua staf jabatan editorial dan jabatan marketing.
3. Staf pasukan infantri PTS
Contoh staf yang termasuk dalam kategori ini adalah staf jabatan kewangan, staf jabatan sumber manusia dan semua staf perkeranian.
Apa yang diaplikasikan di PTS adalah contoh bagaimana Islam dapat dimasukkan ke dalam salah satu kamar di dalam jantung organisasi.
Dalam kes ini semua staf, baik yang Islam mahupun bukan Islam, berpeluang menerima benefit daripada aplikasi Islam dalam pengurusan. Malah formula yang diaplikasikan di PTS juga dapat diaplikasikan oleh organisasi-organisasi bukan Islam.
.
Pada masa ini banyak organisasi yang sahamnya dimiliki oleh orang Islam dan diuruskan oleh individu-individu Islam sudah memasukkan lebih banyak elemen-elemen Islam ke dalam urusan organisasi.
Antara langkah-langkah yang sudah banyak dilakukan bagi tujuan memasukkan elemen Islam ke dalam organisasi adalah:
1. Mendapatkan sijil halal untuk produk-produk yang mereka keluarkan dan pasarkan.
2. Tidak lagi menjual produk haram.
3. Hanya menggunakan kemudahan perbankan Islam.
4. Membina kemudahan beragama, seperti surau.
5. Menyiarkan azan solat dalam sistem PA korporat.
6. Menyiarkan doa korporat setiap pagi tepat pada waktu kerja bermula.
7. Menganjurkan siri ceramah agama bulanan untuk semua staf.
8. Menghantar staf ke kem bina-iman, aqidah dan ibadah.
9. Memberi kelonggaran bercuti panjang bagi menunaikan ibadah haji.
10. Mengenakan peraturan penampilan korporat yang menutup aurat.
11. Mengadakan jawatan imam bagi menguruskan keperluan beragama kalangan staf.
12. Menggalakkan solat berjemaah dalam kalangan staf.
13. Memulakan setiap acara dengan bacaan doa.
14. Menggalakkan staf menubuhkan persatuan pekerja Islam.
15. Menyumbangkan wang untuk tabung khairat pekerja.
16. Memberi elaun saguhati kepada staf yang naik haji.
17. Menggalakkan staf mengucapkan salam.
18. Membayar zakat keuntungan perniagaan korporat.
19. Menaja pelbagai projek kebajikan.
Dengan banyaknya langkah-langkah di atas, yang sudah dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat, maka timbul persoalan apakah masih ada aspek-aspek dalam ajaran Islam yang masih dapat diadoptasi oleh pengurusan.
Meskipun banyak aspek Islam yang sudah cuba dimasukkan ke dalam urusan organisasi, namun Islam hanya dimasukkan dalam urusan-urusan ibadah umum. Akibatnya, hanya staf yang beragama Islam sahaja yang mendapat manfaat daripada perkara-perkara itu, manakala staf bukan Islam tidak menerima apa-apa benefit.
Dalam erti kata lain, melalui pendekatan tradisional itu Islam tidak dimasukkan ke dalam jantung pengurusan organisasi supaya semua staf, Islam dan bukan Islam, menikmati benefit daripada sistem Islam.
Meskipun teori-teori Barat itu mempunyai banyak kekuatan dan nilai praktikal, namun ada aspek-aspek khusus pada teori-teori Barat itu yang tidak selaras dengan nilai-nilai budaya tempatan, dan ada pula aspek yang bertentangan dengan hukum-hukum dalam agama Islam.
Biarpun tidak selaras dan bertentangan dengan agama, modul-modul Barat itu terus diajarkan kepada peserta tempatan. Keadaan ini bukan disebabkan trainer-trainer tempatan tidak tahu akan kelemahan-kelemahan itu, tetapi disebabkan oleh perjanjian pelesenan, di mana pemegang francais tidak diizinkan mengubah mana-mana komponen dalam modul yang dilesenkan.
Contoh-contoh kelemahan dalam modul Barat:
Contoh 1: Modul komunikasi dan ucapan public-speaking yang dilesen dari Amerika melatih peserta supaya menyebut nama-diri orang kedua. Ini adalah peraturan komunikasi dalam budaya Amerika. Walaupun trainer tempatan tahu ini adalah perbuatan biadab dalam budaya Timur, namun hal itu tetap dilatihkan kepada peserta kerana isu perjanjian pelesenan.
Contoh 2: Aktiviti dan proses recall apabila ia menyebabkan berlakunya perbuatan mendedahkan aib sesiapa sahaja, maka aktiviti recall yang seperti itu hukumnya haram, namun aktiviti recall tetap dijalankan kerana isu perjanjian pelesenan.
Contoh 3: Aktiviti dan proses group-critique apabila ia menyebabkan ada seseorang yang jatuh maruahnya di hadapan orang lain, maka aktiviti seperti itu hukumnya haram. Budaya Asia pula tidak membenarkan kritikan terbuka, meskipun banyak trainer tempatan tidak selesa dengan aktiviti group-critique, aktiviti itu tetap dijalankan semata-mata kerana isu perjanjian pelesenan.
Contoh 4: Dalam modul komunikasi interpersonal Barat, peserta didorong dan dilatih supaya melakukan direct eye-contact. Namun dalam Islam direct eye-contact tidak boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan. Dalam budaya Melayu pula, direct eye-contact tidak boleh dilakukan oleh orang bawahan kepada orang atasan kerana perbuatan itu hanya dilakukan dalam situasi konflik terbuka, yakni apabila orang bawahan mencabar orang atasannya.
Isu-isu perbezaan nilai-nilai budaya dan hukum-hukum agama mendorong kami menubuhkan tim penyelidik bagi menggali strategi, pendekatan, teknik dan tool-tool yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau membangunkan sumber tenaga manusia di sekeliling beliau.
Salah satu ciri pada pakej dan modul-modul latihan yang dilesen dari luar negara adalah tiadanya kewujudan Tuhan dalam pakej-pakej itu.
Pakej-pakej training yang diimport adalah bersifat sekular, di mana budaya organisasi, pengurusan organisasi, dan dasar-dasar pembangunan sumber manusia dalam organisasi adalah dipisahkan daripada urusan agama.
Dalam pemikiran sekular, agama adalah urusan peribadi, maka dengan hal yang demikian modul-modul training yang ditargetkan kepada pelanggan korporat adalah bersih daripada unsur-unsur ketuhanan dan keagamaan.
Disebabkan pengaruh falsafah pengurusan sekular itu, maka perkataan-perkataan yang berkaitan Tuhan dan konsep-konsep yang diangkat dari kitab-kitab suci tidak digunakan dalam bahan-bahan latihan korporat yang diimport.
Satu lagi faktor yang menyebabkan Tuhan ditiadakan dalam pakej training import adalah isu pemasaran antarabangsa.
Dengan tujuan supaya pakej itu dapat dipasarkan kepada semua negara dan kepada semua bangsa, maka pakej-pakej itu perlu bersih daripada sebarang pengaruh perbezaan bangsa, budaya dan agama. Dengan cara itu barulah pakej training itu dapat dijual kepada, dan dapat dibeli oleh, semua organisasi di semua negara di dunia.
Apabila ada organisasi membeli modul-modul latihan berunsur Islami, lazimnya organisasi itu menghadapi masalah human-problem yang menjadi beban kepada pihak pengurusan. Mereka menaruh harapan, dengan menghantar staf yang bermasalah itu bagi mengikuti modul Islamik maka tingkah laku mereka akan berubah, dan dengan itu masalah tersebut dapat di selesaikan.
Antara masalah human-problem itu adalah staf yang:
a. Mempunyai masalah disiplin kerja, seperti datang lambat, ponteng, mencuri masa kerja dll.
b. Produktivitinya rendah, seperti malas, lembap, tidak mahu berinisiatif, tidak mahu bekerja lebih, tidak berdedikasi, terlampau berkira-kira, culas, tiada semangat teamwork, tiada mahu berkorban dll.
c. Tidak mahu memberi kerjasama sepenuhnya kepada ketua, selalu melanggar peraturan, menolak arahan, tidak patuh, memburuk-burukkan ketua, meracuni pemikiran rakan sekerja, dll.
d. Berkonflik sesama staf, berklik-klik, tidak mahu tolong-menolong.
e. Mencuri barang-barang pejabat seperti alat tulis dan dibawa balik ke rumah, membazir, tidak menjaga malah merosakkan peralatan kerja, menyalahgunakan harta pejabat untuk urusan peribadi.
f. Menjalin hubungan asmara terlarang di tempat kerja, seperti mempunyai affair dengan ketua ataupun dengan suami dan isteri orang.
g. Terlibat dengan aktiviti yang mempunyai conflict-of-interest yang menyebabkan organisasi menanggung kerugian.
h. Mengambil rasuah dan menyalahgunakan kuasa.
Ini adalah persepsi hari ini di kalangan organisasi lokal yang membeli modul-modul Islamik. Mereka mencari ubat bagi penyakit human-problem dalam organisasi mereka. Dalam erti kata yang lain, mereka mahukan ustaz-ustaz yang didatangkan dalam modul Islamik itu berfungsi sebagai bomoh penyakit human-problem.
Modul-modul training Islami aliran tradisional adalah berdasarkan andaian-andaian berikut:
1. Staf organisasi tidak mempunyai kefahaman yang betul tentang: (a) konsep kerja dalam pandangan Islam, dan (b) konsep ibadah.
Dengan andaian itu staf organisasi diberikan input-input tentang konsep kerja dan konsep ibadah dengan mengundang pakar-pakar agama bagi menerangkannya melalui sesi ceramah dan tazkirah.
2. Keimanan staf tidak cukup tinggi.
Dengan andaian itu, maka sesi training memasukkan aktiviti-aktiviti ibadah seperti solat berjemaah, solat malam, yang diramalkan akan dapat meningkatkan keimanan staf.
3. Akhlak staf tidak cukup baik.
Dengan andaian itu, maka sesi training membawakan ustaz-ustaz bagi menyampaikan ceramah yang menerangkan konsep-konsep akhlak yang betul seperti konsep 'amanah' dan konsep 'ikhlas'. Dalam ceramah itu juga diterangkan perkara-perkara yang haram dilakukan oleh staf dalam konteks suasana di tempat kerja dan dalam menjalankan kerja-kerja mereka.
Di sebalik andaian-andaian itu adalah keyakinan bahawa apabila staf mempunyai kefahaman agama yang tinggi, iman yang kuat, dan akhlak yang baik, maka dengan sendirinya mereka akan menjadi pekerja yang mahir menjalankan kerja-kerja teknikal masing-masing, dan produktiviti mereka meningkat.
Nota: Hipotesis di atas tidak dapat menerangkan mengapa pekerja-pekerja yang bukan beragama Islam dapat mencipta organisasi yang amat cemerlang, sebagaimana yang berlaku di kalangan bangsa-bangsa dunia.
Modul-modul training Islami yang tradisional dipakejkan dengan memberikan banyak simbol-simbol identiti Islamik seperti:a. Pasukan trainernya muncul dengan imej ustaz dan ustazah.
b. Ritual-ritual ibadah menjadi input wajib-ada dalam jadual.
c. Petikan ayat-ayat al-Quran dan hadith menjadi elemen wajib-sebut dalam wacana.
d. Topik halal-haram menjadi unsur wajib-diskusi dalam wacana trainer.
e. Gaya bahasa trainer adalah gaya bahasa kitab agama.
f. Nama syarikat pembekal modul pun berbau kearab-araban.
g. Nama program latihan pun menggunakan kata pinjaman Arab.
Antara kesan-kesan yang merugikan adalah terciptanya persepsi-persepsi negatif terhadap modul latihan Islamik, tanpa menolak memang ada betulnya bahawa modul-modul training Islamik yang tradisional itu hanya sesuai untuk:
a. Organisasi orang Melayu sahaja
b. Staf yang beragama Islam sahaja
c. Sektor kerajaan sahaja
d. Matlamat yang berkaitan dengan keagamaan sahaja
Bagi organisasi yang stafnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama, wang bajet latihan mesti dibelanjakan supaya menguntungkan semua pihak. Jadi mereka tidak boleh membelanjakan bajet latihan di mana hanya satu kumpulan sahaja yang akan mendapat manfaatnya.
Simbol-simbol itu juga menyebabkan strategi dan teknik-teknik yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad tidak berpeluang diperkenalkan kepada staf bukan Islam. Ia juga tidak berpeluang dimanfaatkan oleh organisasi milik bukan-Islam.
Nabi Muhammad adalah anugerah kepada semua manusia. Semua orang berpeluang belajar dan menggunakan ilmu dan teknik-teknik yang beliau tunjukkan tanpa mereka dikenakan apa jua bentuk prasyarat sebelum mempelajarinya.
Dalam desain modul latihan Islami yang pragmatik, apabila diperlukan, simbol-simbol itu disenyapkan, sehingga organisasi bukan Islam pun mendapati modul itu sangat berguna dan praktikal. Mereka sama sekali tidak menyangka rupa-rupanya modul itu berorigin dari Nabi Muhammad..
Tuan Mohammed Zakir Husin menulis...
Assalamualaikum Puan Ainon Mohd yang budiman. Semoga puan terus kekal sihat demi meneruskan perjuangan memandaikan bangsa.
Selepas saya mengikuti Kursus Mendorong Mengubah Tingkah Laku Pekerja Menggunakan Teknik Nabi Muhammad pada 27 Julai 2011 yang lalu, saya boleh merasakan kesannya pada diri saya sendiri. Benar-benar puas dengan ilmu lama yang baru ditemui oleh tim pengkaji hadith yang dipelopori oleh puan.
Malamnya saya bermenung memikirkan rahsia-rahsia psikologi yang terdapat dalam hadith-hadith yang diketengahkan. Terasa malu juga kepada Nabi Muhammad kerana sebagai umatnya, selama ini terlalu mengagungkan dan mempercayai teknik-teknik dan teori-teori psikologi dari barat ketika berhadapan dengan pekerja yang bermasalah.
Alhamdulillah, sehari selepas mengikuti kursus yang puan kendalikan, saya berpeluang untuk mempraktikkannya kepada seorang pegawai yang baik dan sekumpulan 4 orang pekerja yang bermasalah.
Kes Pertama:
Seorang pegawai muda terpilih untuk menyertai Kursus Pemantapan Prestasi Pekerja sebagai urus setia dan penceramah di Yan, Kedah. Beliau diminta untuk pergi bersama-sama urus setia yang lain dengan menaiki kenderaan jabatan.
Malam sebelum hari berangkat, beliau menghubungi saya untuk pergi berasingan kerana mahu menyaksikan perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Singapura. Saya memaklumkan bahawa kita akan singgah di mana-mana restoran yang memilih siaran langsung perlawanan itu. Namun memaklumkan juga jika beliau sudah ada tiket untuk menyaksikan perlawanan itu di stadium, teruskan hasrat itu dan terus ke Yan selepas itu. Beliau mengucapkan terima kasih atas kebenaran yang diberi.
Esok paginya beliau bertanya lagi kepada saya tentang kebenaran yang diberi pada malam tadi. Saya masih kekal dengan keputusan itu dengan menambah bahawa jika Malaysia memang dalam perlawanan itu, ianya akan menjadi sejarah. Saya juga mahu beliau menjadi sebahagian daripada ribuan orang di stadium pada malam bersejarah itu. Beliau sekali lagi ucapkan terima kasih.
Pada petang sebelum pihak urus setia dan peserta bergerak ke Yan dari Kuala Selangor, beliau menghubungi saya lagi dengan melahirkan kebimbangan. Beliau bimbang jika pengurusan tertinggi mengetahui perkara ini lalu saya akan dimarahi. Saya menjelaskan bahawa biarlah saya yang uruskan dengan pihak pengurusan. Lagipun, kebimbangan dia hanyalah sebagai satu risiko sahaja. Belum tentu ianya akan berlaku. Jika ianya berlaku saya akan bertanggung jawab. Jika ianya tidak berlaku, bonuslah untuk kita.
Semasa bersama-sama untuk melepaskan urus setia dan peserta, saya lihat beliau ada bersama. Bila ditanya mengapa dia tidak ke stadium, beliau menyatakan bahawa dia tidak mahu menyusahkan saya dan tidak mahu saya dimarahi oleh pihak pengurusan.
Sebenarnya semasa beliau memohon pergi berasingan, saya merasa marah. Namun, beliau adalah pegawai yang baik maka saya tidak mahu melupakan kebaikannya hanya kerana pertama kali dia bercadang untuk tidak mahu mengikut arahan. Setelah menggunakan kaedah yang dipelajari, akhirnya, hasilnya memihak juga kepada saya tanpa perlu memarahi atau menyinggung perasaan pegawai itu tadi.
August 21, 2011 2:24 AM
Nota kaki: Tuan Mohammed Zakir Husin adalah pengurus jabatan pentadbiran dan sumber manusia di mana beliau kini bertugas.
Petang semalam berakhirnya tugas saya di Pusat Islam UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada Pusat Islam UTM yang mengundang saya sebagai salah seorang daripada fasilitator dan penceramah di dalam Kem Generasi Qurani (GEN_Q 11) yang dijalankan. Ada sesuatu yang amat berharga saya kutip di dalam Kem ini.Semasa perjalanan waktu program, saya berpeluang mengikuti "Kursus Mendorong Pelajar Kelas Corot Menggunakan Teknik Nabi Muhammad" pada 17.12.11 yang telah di adakan di hotel De' Palma Ampang. Sebahagian teknik yang diajarkan dalam bengkel tersebut, telah saya praktikkan di dalam Kem ini, hasilnya sangat menakjubkan. Subhanallah. Hampir sahaja saya menitiskan airmata melihat perubahan peserta yang corot akhlak dan akademiknya. Insyaallah, akan tuliskan catatan mengenainya di blog nanti.Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Ainon Mohd. bersama kajian Tim Hadith Psikologi yang telah berusaha keras memperkenalkan teknik-teknik pengajaran ini. Allah berkati usaha kalian dengan pahala yang tidak akan pernah putus insyaallah.Disember
Siti Khadijah23 Disember 2011
Hari Khamis lalu, semasa di sekolah, saya cuba test teknik Nabi, iaitu tidak menyuruh-nyuruh pelajar untuk gotong royong. Apa yang saya lakukan adalah saya bangkit dan bergotong royong bersama pelajar-pelajar yang rajin. Sambil bekerja, saya memandang kepada pelajar-pelajar malas tanpa apa-apa memek muka, kadang kala ada tersenyum.
Boleh dikatakan ramai pelajar turut sama bekerja setelah melihat tindakan saya itu. Namun ia tidak menyeluruh, kerana apa yang saya buat itu tidak diikuti oleh guru-guru lain. Guru-guru itu hanya melihat dan menyuruh-nyuruh pelajar-pelajar mereka.
Ada pelajar yang asalnya tidak mahu buat kerja, datang membantu sama. Apabila bertembung dengan saya yang sedang bekerja, saya memujinya, "Bagus awak, tentu Nabi suka kalau tengok awak buat ni." Pelajar itu menyapu sampah sehingga licin kawasan itu, sedangkan sebelum itu dia melihat sahaja.
Kekurangan kesan tindakan saya itu adalah kerana saya bertindak berseorangan tanpa kerja sama guru-guru lain. Sekiranya guru-guru lain melakukan sama seperti saya, tentu sekolah pada hari itu lebih bersih lagi.
Selepas gotong-royong, semua orang berehat. Sebelum balik diadakan perhimpunan diberikan sumbangan hari raya kepada pelajar (jumlah pelajar kecil sahaja, sekolah kampung).
Saya diminta oleh tuan mudir (pengetua) untuk taaruf sebagai guru baru dan menyampaikan tazkirah. Tazkirah saya hanya membaca dua hadith, pertama bersabit gotong-royong, di mana saya baca hadith Ma Ahsana Haza, dan kedua tentang solat.
Sepanjang saya tazkirah, saya cuma menyebut beberapa ayat saya sendiri, selebihnya saya membaca hadith-hadith itu. Semua pelajar tekun mendengar dan diam. Berbanding dengan pengetua yang bercakap selepas itu, di mana pelajar bercakap-cakap pula. Hehehe....
Nota: Tuan Ahmad Saifuddin adalah seorang guru di Kota Baru, Kelantan.
Tim kami menawarkan kepada pelanggan modul latihan seperti di bawah:
Modul 1. Mendorong perubahan tingkah laku di kalangan staf yang bermasalah dengan menggunakan prinsip, strategi dan teknik Nabi Muhammad.
Modul 2. Mengarang kandungan, menulis dan menyampaikan teks ucapan dengan menggunakan teknik bahasa Nabi Muhammad.
Modul 3. Prinsip dan teknik kaunseling menggunakan cara Nabi Muhammad.
Modul 4. Prinsip dan teknik komunikasi interpersonal menggunakan cara Nabi Muhammad.
Modul 5. Strategi dan teknik mendorong staf yang baik supaya menjadi staf cemerlang menggunakan cara Nabi Muhammad.
Modul 6. Strategi dan teknik untuk ketua-ketua mendapatkan kerjasama, sokongan dan kepatuhan orang bawahan menggunakan cara Nabi Muhammad
Modul 7. Latihan untuk para pengurus dan staf tentang cara efektif bagaimana memberikan dan menerima maklumbalas tentang carakerja masing-masing dengan menggunakan teknik Nabi Muhammad.
Permohonan bagi mendapatkan proposal modul latihan:
Kepada tuan dan puan yang mahu menilai potensi keberkesanan modul kami untuk diperkenalkan kepada organisasi tuan, mohon tulis emel kepada Puan Ainon Mohd. di alamat ainon@pts.com.my
Training adalah proses memindahkan skill dari trainer kepada trainee. Ini dilakukan dengan trainer menerangkan kepada trainee teknik-teknik yang betul bagaimana sesuatu kerja itu dijalankan, dan seterusnya dengan membimbing trainee berlatih menggunakan teknik itu.
Cara-cara menunjukkan teknik yang betul:
a. Trainer sendiri melakukan demo. Trainee tengok bagaimana trainer menggunakan teknik itu. Sebagai contoh trainer ambil air sembahyang. Semua trainee tengok sahaja.
b. Tunjukkan contoh-contoh teknik yang salah. Dengan menunjukkan cara-cara yang salah, maka trainee dapat kaitkan dengan kesilapan yang mereka pernah lakukan.
c. Gunakan alat bantu seperti klip video dll.
Cara-cara memindahkan skill dari trainer kepada trainee:
a. Desain aktiviti latihan yang berkaitan dengan skill. Sebagai contoh, adakan sesi di mana tiap-tiap trainee berlatih mengambil air sembahyang di hadapan trainer. Trainee buat, trainer perhatikan.
b. Bimbing trainee berlatih melakukan kerja itu dengan menggunakan teknik-teknik yang ditunjukkan. Apabila trainee buat kesilapan, tunjukkan teknik yang betul, sehinggalah dia dapat melakukannya dengan betul.
Seorang pengurus latihan di sebuah syarikat menerima cadangan modul bina insan dari sebuah syarikat pembekal perkhidmatan training aliran Islamik. Apabila modul itu dijalankan, pengurus latihan itu mendapati tokoh-tokoh yang mengendalikan sesi telah banyak bercakap kepada peserta dengan gaya memberi kuliah agama. Semasa bercakap itu tokoh-tokoh tersebut menerangkan perkara-perkara penting berkenaan kaitan antara agama, insan, ibadah dan pekerjaan. Namun kuliah yang diberikan itu tidak termasuk dalam bidang 'training'.
Nabi Muhammad menunjukkan banyak ilmu yang relevan dengan sains dan kemahiran mendorong orang supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka kepada yang lebih baik. Antara perkara-perkara yang Nabi Muhammad tunjukkan adalah: (i) Apa itu prinsip, dan (ii) Apa itu teknik.
Memahami perbezaan antara apa yang disebut dengan istilah 'prinsip' dan istilah 'teknik' adalah kemahiran kritikal kepada pendakwah, motivator, trainer dan penceramah. Prinsip adalah statement yang memberitahu apa yang betul dan apa yang salah. Statement 'kerja adalah ibadah' adalah contoh sebuah prinsip. Memang betul bahawa dalam Islam kerja ada sejenis ibadah. Satu lagi contoh statement prinsip adalah 'nasihat yang baik adalah sedekah'.
Prinsip-prinsip adalah sebahagian daripada ilmu, itulah sebabnya hanya tokoh yang mempunyai ilmu sahaja yang dapat menerangkan prinsip-prinsip itu. Banyak sesi training yang dikendalikan oleh tokoh yang mempunyai banyak ilmu berakhir dengan peserta belajar dan faham apa yang dikatakan perkara-perkara yang penting, tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menterjemahkan perkara-perkara penting menjadi tindakan atau action.
Apabila tokoh menerangkan prinsip, yakni ilmu, automatik tokoh itu akan banyak bercakap manakala peserta sesi training duduk mendengar sahaja. Tokoh itu banyak bercakap disebabkan dia mahu mengajarkan prinsip-prinsip itu kepada peserta. Dia mahu mencurahkan ilmunya yang banyak.
Salah satu mitos dalam bidang training adalah: Kalau peserta sudah tahu apa yang penting, maka peserta akan dapat memikirkan sendiri bagaimana perkara penting itu perlu diterjemahkan menjadi amalan praktis di tempat kerjanya. Namun ini adalah mitos. Ia umpama kita percaya apabila peserta faham bahawa sukan adalah penting bagi kesihatan, maka secara automatis mereka akan pandai bermain bola. Namun mitos ini sangat popular di kalangan tokoh-tokoh yang mengendalikan sesi training, di mana mereka banyak bercakap kepada peserta menerangkan prisnisp-prinsip. Hasilnya peserta tahu apa yang penting tetapi tidak pandai mengaplikasikan perkara-perkara penting itu.
Teknik-teknik menerangkan 'how to'. Jadi, teknik adalah cara dan prosedur bagaimana sesuatu kerja itu dilakukan step-by-step. Sebagai contoh, semua orang sudah tahu bahawa 'nasihat yang baik adalah sedekah', namun apabila nasihat yang baik itu diberikan dengan menggunakan teknik yang salah, kesannya orang yang dinasihati itu mungkin menolak nasihat itu, malah dia mungkin membenci si penasihat. Ini kerana tokoh-tokoh itu menerangkan hal-hal yang menjadi prinsip.
Cara-cara mengajarkan prinsip-prinsip dalam agama adalah melalui kuliah dan tazkirah, kerana prinsip-prinsip adalah sebahagian daripada 'ilmu pengetahuan', oleh itu ilmu disampaikan dengan teknik mengajar, ceramah dan tazkirah. Selepas menerangkan prinsip-prinsip, langkah seterusnya adalah menterjemahkan prinsip-prinsip itu menjadi teknik-teknik, dan seterusnya bagaimana menggunakan teknik-teknik itu.
Setakat mengetahui prinsip-prinsip adalah tidak cukup kerana bukan semua orang pandai mencipta sendiri strategi, prioriti, prosedur dan teknik-teknik bagi menerapkan prinsip-prinsip yang sudah diterangkan itu. Tugas menciptakan strategi, proriti, prosedur dan teknik-teknik adalah tugas kepakaran tinggi.
Teknik adalah sebahagian daripada skill atau kemahiran. Oleh itu skill dipindahkan daripada trainer kepada trainee menggunakan aktiviti-akitiviti problem-solving approach. Trainee diberikan problem dan mereka berlatih menyelesaikan problem itu. Pada akhir sesi, mereka sudah dapat mempelajari dan juga menguasai teknik-teknik yang diperlukan semasa menyelesaikan problem itu.
Nabi Muhammad ada menunjukkan teknik dan prosedur yang betul apabila menyebut kata-kata nasihat. Sebagai contoh, salah satu teknik Nabi Muhammad menyebutkan kata-kata nasihat adalah dengan bertanya dahulu kepada target apakah dia mahu mendengar nasihat yang akan diberikan itu. Sebelum memberi nasihat, Nabi Muhammad berkata, "Mahukah kamu....?" Hanya selepas target menjawab, "Mahu...." barulah Nabi menyebutkan kata-kata nasihat itu.
Jadi, Nabi Muhammad menunjukkan kepada kita bahawa teknik yang betul memberikan kata-kata nasihat adalah dengan bertanya dahulu kepada target apakah dia mahu mendengar apa yang akan disampaikan kepadanya ataupun tidak. Dengan lain perkataan, kita perlu meminta izin terlebih dahulu daripada target sebelum menyampaikan kata-kata nasihat kepadanya. Jika target setuju dan mahu, barulah nasihat itu diberikan. Jika dia tidak mahu, jangan diberikan nasihat itu.
Pada prinsipnya, mengucapkan kata-kata nasihat adalah perbuatan yang betul dan baik. Namun, apabila kata-kata nasihat yang betul diberikan dengan menggunakan teknik yang tidak betul, ia boleh menyebabkan banyak kesan negatif, terutamanya kesan emotif kepada target. Berdasarkan teknik yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad itu, sebelum menyampaikan ceramah yang mengandungi kata-kata nasihat, kita perlu bertanya dahulu kepada hadirin apakah mereka mahu mendengar nasihat yang akan kita sampaikan.
Apakah itu prinsip?
Prinsip menerangkan apa yang betul. Contoh prinsip:
* Jawatan ketua adalah amanah.
* Ketua hendaklah bersikap adil kepada orang bawahan.
* Ketua tidak boleh menyalahgunakan kuasa.
* Kerja adalah ibadah yang diberi ganjaran pahala.
Kerana prinsip menerangkan perkara-perkara yang betul, maka oleh itu prinsip disampaikan dengan menggunakan format ceramah, kuliah dan tazkirah.
Apa itu metod?
Metod terdiri daripada suatu set teknik-teknik yang menggunakan asas yang serupa. Contoh-contoh metod memotivasi staf:
Metod aplikasi teori psikologi Barat
Metod memberi pelbagai ganjaran
Metod mengenakan denda
Metod berkongsi keuntungan
Metod feedback
Apakah itu teknik?
Teknik adalah cara dan prosedur langkah-demi-langkah bagaimana menjalankan sesuatu kerja.
Contoh: Teknik mengambil air sembahyang.
Langkah pertama: Sediakan air.
Langkah kedua: Niat.
Langkah ketiga: seterusnya....
Apakah itu skill?
Skill adalah kemahiran. Skill bertambah baik dengan melakukan sesuatu kerja itu berkali-kali dengan menggunakan teknik-teknik yang betul.
Dalam sesi training, prinsip diterangkan pada bahagian pembukaan setiap sesi, yakni sebelum memperkenalkan teknik dan seterusnya diikuti oleh sesi latihan menggunakan teknik itu.
Contoh pembahagian masa bagi modul yang selama 30 minit:
05 minit = Trainer merangkan prinsip 'Ketua hendaklah menilai kerja orang bawahan.'
10 minit = Trainer menerangkan teknik bagaimana Nabi Muhammad memberikan markah kepada kerja yang dijalankan.
15 minit = Peserta berlatih mendapatkan skill dengan memberi markah menggunakan teknik Nabi.
Teknik adalah sesuatu yang bebas agama. Justeru teknik menendang bola, ataupun teknik berpidato tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana agama. Teknik-teknik itu dapat dipelajari dan diamalkan oleh sesiapa sahaja.
Teknik-teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad dapat dipisahkan daripada elemen keberagamaan, oleh itu teknik-teknik tersebut dapat dipelajari dan digunakan oleh sesiapa sahaja, baik oleh orang Islam mahupun oleh orang yang menganut agama-agama lain. Inilah yang dilakukan oleh orang-orang bukan Islam apabila mereka meminjam elemen-elemen dalam Islam.
Sebagai contoh, teknik Nabi Muhammad memberi markah kepada hasil sesuatu kerja dapat digunakan oleh sesiapa sahaja. Di bawah ini adalah hadith yang menunjukkan teknik pemarkahan yang digunakan oleh Nabi Muhammad:
Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” (Dari Kitab Shahih Sunan Tarmizi: Hadith No. 2689)
Teknik pemarkahan itu dapat diaplikasikan bagi menilai dan memberi ganjaran kepada apa-apa sahaja kerja, bukan khusus untuk kerja memberi salam.
Dengan memisahkan teknik daripada agama, organisasi bukan milik orang Islam pun dapat menggunakan teknik-teknik Nabi Muhammad. Malah trainer bukan Islam pun dapat menyampaikan modul yang menggunakan teknik-teknik Nabi Muhammad.
Nota: Dalam sesi training peserta akan belajar dan berlatih menggunakan teknik-teknik Nabi Muhammad sahaja. Mereka tidak dipaksa mengikuti program ritual ibadah bersama trainer.
Nabi Muhammad melakukan kerja-kerja sebagai guru dan juga kerja-kerja sebagai trainer. Pada satu masa beliau mengajarkan ilmu. Pada masa lain beliau memberikan skill.
Disebabkan ada perbezaan antara tugas-tugas trainer dan tugas-tugas guru, maka itulah sebabnya banyak trainer tidak mahir mengajar, manakala banyak guru tidak mahir melatih.Guru mengajarkan ilmu kepada pelajarnya, seperti ilmu sains, matematik, sejarah, bahasa dan lain-lain. Tanggungjawab guru adalah memasukkan informasi ke dalam otak pelajarnya. Ilmu sains yang digunakan oleh guru semasa mengajar disebut pedagogi.
Trainer melatihkan skill kepada traineenya. Sebagai contoh trainer bidang kreativiti melatih trainee teknik-teknik berfikir secara kreatif sehingga trainee mempunyai skill itu. Trainer tidak menggunakan sains pedagogi. Metod, teknik dan alat-alat yang digunakan oleh trainer berbeza daripada yang digunakan oleh guru.
Ada masanya seseorang itu keliru antara profesion trainer dan profesion guru. Sebagai contoh, dia datang atas nama trainer yang akan menjalankan sesi training, namun apa yang berlaku adalah apabila di masuk ke dalam bilik training dia mula mengajar. Sebagai contoh, dia banyak bercakap, manakala peserta banyak diam mendengar. Dia obses memberi penerangan itu dan ini, yakni aktiviti memasukkan informasi ke dalam otak peserta dengan tujuan mahu memberi kefahaman. Itu adalah kerja guru, bukan kerja trainer....
.
Orang yang memiliki banyak ilmu belum tentu dapat menjadi trainer dalam bidang ilmunya. Sebagai contoh, profesor komunikasi belum tentu pandai melatih orang sampai menjadi komunikator yang baik.
Orang yang pandai membuat sesuatu kerja pun belum tentu pandai menjadi trainer kerana 'pandai buat' dan 'pandai train' orang lain adalah dua skill yang berlainan. Sebagai contoh, orang yang pandai menghias kek pengantin belum tentu pandai melatih orang-orang lain sampai orang itu pandai macam dia apabila menghias kek pengantin.
Trainer yang bagus tahu menggunakan teknik-teknik yang betul bagi memindahkan skill kepada trainee.
Dengan lain perkataan trainer yang bagus memiliki skill dalam 2 perkara:
a. Trainer memilik skill dalam bidang 'teknik mengajarkan teknik'
b. Trainer memiliki 'skill memindahkan skill'
Dua skill di atas dapat diperoleh dengan:
a. Mengikuti kursus TOT (train the trainer)
b. Berlatih di bawah bimbingan trainer senior
.
Ada beberapa profesion yang termasuk dalam industri training.
Speaker
Speaker tampil di hadapan audiens dan menyampaikan ceramah, kuliah, tazkirah dan syarahan. Contoh speaker yang terkenal adalah Datuk Dr. Fadzillah Kamsah.
Objektif speaker bercakap adalah memberi awareness kepada audiens berkenaan topik ceramahnya. Jadi, pada akhir ceramah mereka yang mendengar sedar akan perkara-perkara yang disampaikan dalam ceramah.
Speaker tidak menjalankan fungsi latihan, oleh itu audiens tidak belajar skill.
Trainer
Trainer mengendalikan sesi training. Tugas trainer adalah memberikan skill kepada trainee. Mereka datang dengan modul-modul dan bahan-bahan latihan. Mereka mengendalikan sesi di mana trainee berlatih skill-skill baru.
Trainer tidak menyampaikan ceramah, oleh itu mereka tidak banyak bercakap di hadapan peserta.
Coach
Mereka juga mengendalikan sesi training yang tetapi cara kerja mereka berbeza sedikit. Lazimnya mereka melatih individu.
Fasilitator
Mereka membantu sesi training supaya berjalan lebih lancar.
Ada kalanya pelanggan keliru antara speaker dan trainer. Mereka mengundang speaker bagi menjalankan sesi training. Hasilnya mereka mendengar banyak ceramah, bukan mendapat skill-skill yang dimahukan.
.
Showmanship adalah salah satu alat kerja yang digunakan oleh speaker bagi menyampaikan ceramah mereka supaya berkesan. Speaker yang mahir menggunakan showmanship berpeluang menjadi selebriti dan menerima yuran tinggi. Sebaliknya, speaker yang tidak memiliki bakat showmanship yang tinggi akan menerima yuran biasa-biasa sahaja.
Menyampaikan ceramah adalah suatu bentuk drama, yang mempunyai skrip yang dilakonkan bagi menyampaikannya. Inilah faktor yang menyebabkan para speaker mempunyai busana khusus, menggunakan prop, dan mempunyai bakat berlakon. Faktor-faktor itu menjadikan mereka orang lain, yakni bukan diri mereka yang sebenar, semasa mereka sedang berada di hadapan audiens.
Disebabkan speaker mempunyai 2 wajah, iaitu satu wajah palsu yang ditampilkan di pentas, dan satu lagi wajah sebenar di dalam kehidupan peribadi. Apabila berada di pentas mereka menampilkan wajah orang yang serba-serbi bagus dan cemerlang. Ini memaksa mereka sentiasa sangat menjaga imej dan penampilan mereka di khalayak.
Trainer tidak menggunakan showmanship kerana keberkesanan training tidak memerlukan showmanship kerana dalam training kualiti modul adalah faktor paling penting yang mempengaruhi keberkesanan sesi training.
.
Ini adalah contoh bagaimana Islam dapat dimasukkan ke dalam SOP (standard operating procedure) organisasi:
PTS adalah sebuah syarikat yang mengaplikasi salah satu formula bagaimana Nabi Muhammad membahagi-bahagikan keuntungan di kalangan semua pihak yang menyumbang kepada pemerolehan keuntungan itu.
Dalam kes ini PTS menggunakan formula bagaimana Nabi Nabi Muhammad membahagi-bahagikan harta rampasan perang.
Nabi Muhammad membahagikan tentera Islam ke dalam 3 kategori:
1. Tentera pasukan berkuda menerima porsi paling tinggi.
2. Tentera pasukan pemanah menerima porsi kedua tinggi.
3. Tentera pasukan berjalan kaki dan pasukan logistik menerima porsi ketiga tinggi.
Aplikasi di PTS:
Setiap bulan semua staf PTS menerima komisen daripada hasil jualan buku-bukunya. Di sini amalan PTS berbeza daripada amalan tradisional di mana komisen jualan hanya dibayarkan kepada salesman sahaja, manakala di PTS semua staf yang berjawatan tetap, termasuk cleaner-cleaner pun menerima komisen jualan.
Unit kawalan kredit bertugas mengutip hutang daripada kedai-kedai buku. Daripada jumlah hutang yang dapat dikutip itu, sebahagian daripadanya diambil dan diberikan kepada semua staf sebagai komisen jualan.
PTS membayar komisen bulanan kepada semua staf pada setiap 15 haribulan.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad, semua staf PTS dikategorikan ke dalam 3 kategori juga:
1. Staf pasukan berkuda PTS
Contoh saf yang tergolong dalam kategori ini adalah mereka yang secara langsung menjalankan kerja-kerja jualan seperti pengurus dan salesman. Kerani-kerani di jabatan jualan tidak termasuk dalam kategori ini.
2. Staf pasukan pemanah PTS
Contoh staf yang termasuk dalam kategori ini adalah semua staf jabatan editorial dan jabatan marketing.
3. Staf pasukan infantri PTS
Contoh staf yang termasuk dalam kategori ini adalah staf jabatan kewangan, staf jabatan sumber manusia dan semua staf perkeranian.
Apa yang diaplikasikan di PTS adalah contoh bagaimana Islam dapat dimasukkan ke dalam salah satu kamar di dalam jantung organisasi.
Dalam kes ini semua staf, baik yang Islam mahupun bukan Islam, berpeluang menerima benefit daripada aplikasi Islam dalam pengurusan. Malah formula yang diaplikasikan di PTS juga dapat diaplikasikan oleh organisasi-organisasi bukan Islam.
.
Trainer bertugas memindahkan skill. Bagi memindahkan skill, trainer menggunakan metod, teknik-teknik, tool-tool dan prosedur yang spesifik pada jenis-jenis skill yang akan dipindahkan dari trainer kepada trainee. Sebagai contoh, bagi melatih orang skill bermain bola sepak dan melatih orang skill berfikir secara kreatif metod, teknik-teknik, tool-tool dan prosedur yang digunakan adalah amat berbeza.
Iman dan akidah bukan sejenis skill. Iman dan akidah adalah sejenis kepercayaan. Fungsi memberikan iman kepada seseorang adalah fungsi ketuhanan, manakala fungsi menerangkan dan memperbaiki kefahaman tentang akidah adalah fungsi pakar-pakar agama. Oleh itu bagi menerangkan apa itu iman dan akidah, sesi yang diperlukan bukan sesi training, sebaliknya adalah sesi berdakwah.
Banyak pelanggan keliru apabila membeli modul training dari pembekal. Ada 3 kekeliruan yang biasa berlaku:
1. Pelanggan mengundang pakar agama bagi menjalankan sesi training, sebagai contoh training skill bekerjasama dalam pasukan. Hasilnya, pakar-pakar agama itu menjalankan sesi ceramah, tazkirah dan ritual ibadah secara berjemaah.
2. Pelanggan mengundang pakar agama bagi mengubati penyakit staf yang malas dan tidak mahu berinisiatif, sebagai contoh skill mendorong diri sendiri. Hasilnya, pakar-pakar agama itu menjalankan sesi ceramah, tazkirah dan ritual ibadah.
3. Pelanggan mengundang pakar agama bagi menjalankan sesi motivasi bagi menaikkan semangat kerja di kalangan staff. Hasilnya, pakar-pakar agama itu menjalankan sesi ceramah, tazkirah dan ritual ibadah.
Kekeliruan pada pihak pelanggan menyebabkan kekeliruan pada pihak pembekal. Hasilnya, modul training yang dibekalkan tidak menghasilkan apa yang dimahukan oleh pelanggan.
Dalam profesion training, tugas trainer adalah memindahkan skill yang dimilikinya kepada peserta-peserta dalam sesi training yang dijalankan. Sebagai contoh:
a. Pilot senior melatih pilot junior menerbangkan pesawat yang terbaru dibeli oleh syarikat.
b. Pakar bedah senior melatih doktor bedah junior menjalankan pembedahan mikro.
c. Chef hotel melatih tukang masak cara-cara menyediakan omelet ala-Perancis.
d. Coach pasukan bola melatih pemain bola bermain menggunakan strategi open-football.
e. Trainer yang fasih bercakap menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) melatih peserta kursus bercakap menggunakan BMT juga.
Namun banyak pelanggan mahukan supaya trainer membetulkan dan mengubah sikap staf mereka yang bermasalah. Ini lebih-lebih lagi apabila pelanggan hendak membeli modul training Islami. Mereka mempunyai pengharapan yang sangat tinggi modul Islamik itu dapat mengubah sikap staf yang dihantar mengikutinya.
Fungsi mengubah dan membetulkan sikap bukan tugas trainer. Ia adalah fungsi dan tugas kaunselor. Namun, disebabkan pelanggan cenderung menghantar ke sesi training staf-staf yang menunjukkan masalah human-problem, akibatnya para trainer cenderung cuba mengubah sikap peserta, padahal trainer tidak memiliki kelayakan dalam bidang perubahan sikap.
Apabila sekembalinya staf dari sesi training dengan tidak menunjukkan perubahan sikap, pelanggan cenderung menyalahkan kegagalan pihak trainer. Manakala trainer cenderung menyalahkan peserta!
Tugas trainer adalah memberikan skill, skill, skill. Tugas trainer bukan membetulkan kepercayaan dan sikap-sikap buruk peserta.
Menurut ahli-ahli psikologi, sikap adalah pancaran sistem kepercayaan seseorang. Oleh yang demikian, sikap berubah apabila sistem kepercayaan itu berubah. Tingkah laku pula adalah pancaran sikap. Tingkah laku berbubah apabila sikap berubah.Sebagai contoh, apabila seseorang sangat percaya kepada perkara-perkara tahyul, maka sikapnya terhadap tahyul akan selaras dengan kepercayaannya itu. Walaupun ada pihak mengatakan itu tahyul semata-mata, namun dia percaya perkara itu benar, bukan tahyul. Sikapnya itu menyebabkan dia melakukan perbuatan-perbuatan yang selaras dengan sikapnya itu.
Di kalangan staf organisasi, setiap orang staf mempunyai jumlah kepercayaan yang tidak terhitung banyaknya. Sebagai contoh, ada staf yang percaya mereka tidak perlu melakukan lebih banyak kerja daripada apa yang diarahkan oleh ketua. Ada pula staf yang percaya pekerjaannya hanyalah cara dia mencari makan.
Tugas mengubah sistem kepercayaan bukan tugas trainer. Ia adalah tugas pakar-pakar dalam bidang-bidang lain, seperti pakar psikologi dan pakar agama.
Namun ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa fungsi terpenting kepimpinan dalam organisasi adalah mengubah sikap staf. Hasil kajian projek ini mendapati Nabi Muhammad menjalankan fungsi mengubah sistem kepercayaan anak-anak buahnya. Dengan perubahan kepercayaan itu, sikap mereka berubah, dan seterusnya tingkah laku mereka berubah. Kepimpinan jenis inilah yang disebut dengan istilah transformational leadership. Bagi melaksanakan kepimpinan transformasi, ertinya ketua-ketua dalam organisasi memerlukan kompetensi bagi menjalankan fungsi itu.
Nota: Kajian ini menggali strategi, prinsip, teknik, prosedur dan prioriti yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi dijadikan konten dalam modul latihan bagi meningkat kompetensi peserta kursus.
Dalam semua organisasi sentiasa ada sebilangan kecil staf yang prestasi kerjanya tidak cukup tinggi. Mereka menjadi beban kepada pengurusan, oleh itu lazimnya pengurusan cuba menaikkan semangat kerja staf itu dengan mengambil beberapa langkah seperti:
a. Mengadakan jawatan kaunselor yang memiliki ijazah dalam bidang psikologi organisasi.
b. Mengadakan program bimbingan rakan sekerja.
c. Mengundang speaker-motivator datang menyampaikan ceramag motivasi kerja.
d. Mengundang ustaz menyampaikan tazkirah tentang kaitan kerja dan ibadah.
e. Menghantar staf ke kem-kem motivasi kerja.
f. Membeli pakej motivasi komersial yang diimport dari luar negara.
Tugas memberi motivasi adalah tugas ketua-ketua di tempat kerja. Sebagaimana jeneral tentera bertanggungjawab menaikkan semangat askar di bawah arahannya, demikianlah juga dengan ketua-ketua dalam organisasi. Merekalah yang semestinya menaikkan semangat kerja orang-orang bawahan mereka.
Apabila ada staf yang malas bekerja, maka ketuanya yang bertanggungjawab mendorong orang bawahannya yang malas itu, bukan tugas orang lain seperti trainer, ustaz ataupun speaker-motivator yang dibawa dari luar dan dibayar.
Banyak pelanggan membeli pakej motivasi dengan harapan selepas mengikuti pakej motivasi itu semua staf mereka akan mengalami peningkatan semangat kerja, semangat bersaing mahu naik pangkat dengan cara meningkatkan prestasi kerja masing-masing.
Banyak staf yang malas sebenarnya hanya malas apabila dia berada di tempat kerjanya sahaja, manakala dia adalah orang yang rajin di tempat-tempat lain. Ini menunjukkan ada faktor-faktor di tempat kerjanya yang menyebabkan semangat kerjanya hilang.
Tanggungjawab memulihkan semangat pekerja itu tidak dapat dipindahkan daripada ketuanya kepada orang luar seperti trainer, ustaz ataupun speaker-motivator.
Ini bermakna ketua-ketua perlu memiliki kompetensi menjadi pendorong kepada orang bawahan mereka.
Nota: Dalam sesi training, peserta akan berlatih menggunakan teknik-teknik yang Nabi Muhammad gunakan bagi menaikkan semangat orang bawahan.
.
Ketua-ketua yang efektif dapat mentransformasi orang-orang bawahannya menjadi staf yang lebih baik dan tinggi produktivitinya dari waktu ke waktu. Tugas memotivasi dan mentransformasi staf tidak boleh diserahkan kepada motivator dari luar.
Tugas memotivasi orang bawahan adalah tugas keketuaan yang sentiasa dijalankan pada bila-bila masa. Pada setiap saat, semua tindakan dan perkataan yang diucapkan oleh ketua adalah dengan tujuan memberikan motivasi kepada orang bawahannya. Bagi melakukan ini, ketua-ketua memerlukan ilmu, teknik dan skill. Ketiga-tiga komponen itu dapat diberikan oleh trainer yang spesialis dalam sains motivasi.
Tiga kualiti dan kompetensi yang wajib dimiliki oleh seseorang ketua adalah:
1. Kemahiran memotivasi orang-orang bawahannya
2. Kemahiran berkomunikasi
3. Memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam hal-ehwal teknikal tugas-tugas perjawatannya
Dalam pendekatan Barat, ketua-ketua diberikan pendedahan tentang teori-teori tingkah laku organisasi (organisational behavior) bagi meningkatkan kompetensi mereka sebagai ketua. Teori-teori ciptaan pakar-pakar Barat itu sangat berguna, tetapi tidak semestinya sesuai pada semua ketika dan dalam semua keadaan.
Nabi Muhammad adalah seorang motivator dan transformer. Beliau menggunakan pelbagai strategi, metod, teknik dan prosedur bagi memberikan pelbagai dorongan kepada individu-individu di sekelilingnya sehingga mereka mampu melaksanakan tugas-tugas mereka dengan cemerlang.
Nota: Dalam sesi training, peserta akan ditunjukkan dan dilatih menggunakan strategi, metod, teknik dan prosedur Nabi Muhammad supaya mereka memiliki kompetensi menjalankan fungsi mereka sebagai ketua-cum-motivator kepada orang bawahan mereka sendiri.
.
Di bawah ini adalah contoh surat emel yang pernah diterima dari peserta training yang tidak puas hati dengan mutu training yang beliau pernah ikuti sebelumnya.
Senarai rungutan beliau itu menunjukkan perkara 1 - 4 yang penting dielakkan.
Puan Ainon yang dihormati, pagi ini saya menerima emel daripada jabatan HR (Human Resource) meminta supaya saya hadir ke training ini:
Tarikh: 22 & 23 Oktober 2011
Tajuk: Effective Communication Through Emotional Intelligence & Managing Conflicts
Hati saya rasa sangat berat mahu pergi. Saya sudah bayangkan apa akan berlaku selama 2 hari itu, walau saya harap ia tidak berlaku:
1. Trainer memberitahu perkara-perkara yang saya boleh baca dalam buku.
2. Trainer menunjukkan klip-klip video yang didownload dari YouTube.
3. Peserta diminta menjawab soalan dan melakukan aktiviti dalam kelas yang memalukan atau tidak menarik.
4. Trainer menasihatkan peserta seperti budak-budak.
5. Para peserta akan bermuka masam sepanjang sesi, kecuali mereka yang boleh berlakon.
6. Para peserta akan mengumpat dan mengutuk-ngutuk sesi training ketika sesi makan tengah hari.
Nota: Penulis surat di atas adalah seorang eksekutif kanan dalam sebuah korporat Bumiputera yang sahamnya didagangkan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Soalan 1: Mengapa penyelidikan ini berfokus kepada cara Nabi Muhammad dan bukannya balik kepada sumber hukum yang utama iaitu kitab al-Quran?
Al-Quran menerangkan prinsip-prinsip umum, manakala sunnah Nabi Muhammad menterjemahkan prinsip-prinsip umum dalam al-Quran itu ke dalam bentuk strategi, pendekatan, teknik, prosedur, prioriti, kata-kata dan tool-tool yang praktikal.
Soalan 2: Berikan satu contoh yang menunjukkan perbezaan yang terang antara teknik Barat dan teknik Nabi Muhammad.
Contoh perbezaan cara Barat dan cara Nabi Muhammad:
Apabila ada orang datang berjumpa Nabi Muhammad dan mengaku dia telah melakukan kesalahan, Nabi Muhammad tidak menyiasat latar belakang orang itu ataupun mengapa dia telah melakukan kesalahan itu. Ini sangat berbeza dengan pendekatan kaunseling Barat di mana kaunselor akan mendorong kaunselee supaya menceritakan faktor-faktor yang menyebabkan dia melakukan kesalahannya.
Dalam teori kaunseling Barat, kita dikehendaki menyiasat latar belakang peribadi kaunselee dan punca-punca yang menyebabkan dia melakukan kesalahan atas alasan selepas kita tahu latar belakang itu baru kita dapat mencari jalan menyelesaikannya. Namun, Nabi Muhammad tidak menggunakan prosedur itu, sebaliknya beliau terus memberikan penyelesaiannya.
Soalan 3: Apakah teknik-teknik Nabi Muhammad nanti mengakibatkan semua teknik Barat tidak boleh diamalkan lagi dalam organisasi kami?
Tidak. Tidak semua teknik Barat tidak selaras dengan teknik Nabi Muhammad. Banyak teknik Nabi Muhammad adalah selaras dengan hasil penemuan penyelidikan dalam bidang sains psikologi Barat.
Teknik-teknik Barat yang selaras dengan teknik Nabi Muhammad boleh terus diaplikasikan di tempat kerja, manakala mana-mana teknik yang tidak selaras digantikan dengan teknik Nabi Muhammad yang kita tunjukkan.
Soalan 4: Apakah elemen berguna yang terhasil daripada penyelidikan ini?
Penemuan-penemuan daripada penyelidikan ini telah membolehkan kami menggali dan mengkonstruksi formula-formula di bawah:
a. Strategi-strategi yang Nabi Muhammad gunakan.
b. Pendekatan-pendekatan yang Nabi gunakan.
c. Teknik-teknik yang Nabi gunakan.
d. Prosedur-prosedur kerja yang Nabi gunakan.
e. Sistem prioriti yang Nabi gunakan.
f. Tool-tool yang Nabi gunakan.
g. Kata-kata yang Nabi gunakan.
h. Kata-kata yang Nabi tidak gunakan.
Soalan 5: Apakah kesan positif paling serta-merta yang diperoleh apabila staf diberikan latihan teknik-tenik Nabi Muhammad?
Kesan serta-merta adalah staf berasa yakin bahawa kali ini mereka dapat mengaplikasikan teknik yang dipelajari itu dengan mudahnya kepada orang-orang bawahan mereka. Apabila mereka yakin, mereka mempunyai dorongan tinggi mahu cepat-cepat menggunakan teknik-teknik itu sebaik-baik mereka tamat kursus.
Soalan 6: Staf organisasi kami terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, bukannya orang Melayu sahaja.
Modul ini hanya menerangkan teknik-teknik Nabi Muhammad dan melatih peserta menggunakan teknik-teknik itu. Justeru sesiapa sahaja dapat mengikuti sesi training ini tanpa jiwa mereka berasa tertekan disebabkan perbezaan fahaman agama.
Soalan 7: Bolehkah teknik Nabi Muhammad digunakan ke atas staf bukan Islam?
Teknik-teknik Nabi Muhammad boleh digunakan ke atas sesiapa sahaja kerana teknik-teknik itu dapat dipisahkan daripada sistem kepercayaan seseorang, sebagaimana dalam sukan boleh di mana teknik menendang bola dapat dipisahkan daripada agama pemainnya.
Soalan 8: Apakah bahan-bahan yang dijadikan sumber penyelidikan?
Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan catatan-catatan hadith dalam rekod (i) Imam Bukhari dan (b) Imam Muslim. Dua koleksi rekod itu dipilih berdasarkan status autentisiti koleksi tersebut mengikut konsensus para ulama besar.
Soalan 9: Apakah aspek-aspek yang dikaji, dianalisis dan ditafsir dalam hadith-hadith itu?
Penyelidikan dilakukan bagi mengetahui elemen-elemen praktikal seperti:
a. Apa peristiwa yang telah berlaku lalu dirujukkan kepada Nabi Muhammad.
b. Siapa yang melakukannya.
c. Apa kata-kata sebenar yang diucapkan oleh pengadu kes.
d. Apa konten dalam kata-kata si pengadu.
e. Siapa orang-orang lain yang kebetulan hadir pada waktu Nabi Muhammad mendengar kes itu dirujukkan kepada beliau.
f. Apa kata-kata yang diucapkan oleh orang-orang lain yang ada di situ.
g. Apa perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang lain itu.
h. Apa kata-kata yang diucapkan oleh Nabi Muhammad.
i. Apa kata-kata yang tidak diucapkan oleh Nabi Muhammad.
j. Kepada siapa kata-kata Nabi Muhammad itu ditujukan.
k. Apakah konten dalam kata-kata Nabi Muhammad.
l. Apakah cadangan yang Nabi Muhammad berikan kepada pengadu kes.
m. Berapa jumlah cadangan yang Nabi Muhammad berikan.
n. Siapa yang diarahkan oleh Nabi Muhammad supaya melakukan sesuatu pada sesi itu
o. Bila arahan Nabi Muhammad itu dilaksanakan.
p. Apa yang berlaku selepas Nabi Muhammad berkata-kata.
q. Apa yang Nabi Muhammad lakukan selepas beliau habis berkata-kata.
Soalan 10: Apakah tiada kemungkinan hasil penyelidikan ini tidak betul?
Bagi mengelakkan risiko hasil penyelidikan ini tidak betul, langkah-langkah berikut sudah dimasukkan dalam desain penyelidikan:
a. Melantik Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan sebagai penasihat desain penyelidikan supaya memenuhi ciri-ciri penyelidikan saintifik dan empirikal yang baik.
b. Dalam anggota tim penyelidik terdapat 3 orang lulusan fakulti pengajian Islam. Salah seorang adalah pakar hadith.
Soalan 11: Siapakah yang sesuai dihantar mengikuti kursus ini?
a. Staf yang mempunyai orang-orang bawahan.
b. Staf yang menjalankan tanggungjawab pengurusan sumber manusia.
c. Staf yang perlu meningkatkan prestasi orang bawahannya.
d. Staf yang mempunyai orang bawahan yang bermasalah.
Soalan 12: Organisasi kami sudah membeli pakej dan modul pembangunan insan yang dibekalkan oleh syarikat lain. Tidakkah nanti modul ini bertindan dengan pakej dan modul yang kami sudah beli itu?
Modul kami hanya menerangkan dan melatihkan teknik-teknik Nabi Muhammad kepada peserta. Modul kami tidak menghendaki peserta supaya membetulkan kefahaman mereka tentang konsep iman, ibadah, amanah dan lain-lain kerana topik-topik itu sebaiknya dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang-bidang itu.
.
Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki yang bernama Abdullah, yang nama jolokannya adalah 'Himar' (keldai), seorang yang personalitinya selalu menyebabkan Nabi Muhammad ketawa. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman rotan kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari, sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak. Nabi pun merotan Abdullah. Melihat peristiwa itu, seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata kepada lelaki itu, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.” --
Hadith No. 2161 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.